Emosi adalah satu rasa yang kita tak dapat elak, kadang-kadang apabila terlalu emosi kita akan lukakan hati pasangan dan orang disekeliling kita. Tapi kita perlu tahu dan faham bahawa emosi ini perlu dikawal, pernah dengar tak peribahasa “sakit menimpa, sesal terlambat” haaaa jangan bertindak ikut emosi, nanti menyesal dah tak gunaaaa.
Dalam topik harini kita akan bahaskan tentang Ketidaksiapan Emosi pasangan dalam bahasa omputih kata “emotional unavailable” Jom kita tengok pasangan korang yang mana satu!
1.Lari dari “deep talk”
Pasangan yang tak bersiap sedia secara emosi biasanya taksuka deep talk ni, diorang selalunya akan mengelak untuk berbincang atau bersembang hal yang serius dalam perhubungan ataupun tentang komitmen. Sebenarnya kita kena tahulah, deep talk ni penting tau untuk hubungan yang kekal, tanpa deep talk bersama pasangan, banyak salah faham dan perasaan yang dipendam yang kita tak tahu.
Pucuk pangkalnya, berbincanglah dengan seelok-eloknya bersama pasangan, tanpa perbincangan dan luahan hati, ia akan mengkeruhkan lagi keadaan dan menjejaskan hubungan.
2.Tak cukup mesra
Bagi orang yang emotional unavailable ni biasanya diorang tak suka tunjuk sikap romantik dekat pasangan dan diorang rasa sikap romantik ni tak patut ada pun dalam sesebuah perhubungan. Tak rugi pun kalau kita tunjukkan sikap romantik dekat pasangan, lebih banyak sikap romantik yang kita tunjukkan, lebih banyak rasa bahagia dan cinta yang pasangan kita akan rasa. Janganlah pentingkan emosi atau amarah sampai buatkan hubungan makin tak mesra, dingin dan renggang.
3.Tak ada effort
Dalam menjalinkan sesebuah hubungan, pasangan yang berada dalam kondisi emotionally unavailable biasanya nak ada masa bersama sama dengan pasangan bila diorang ada dalam mood yang baik je, bila mood tak okay diorang akan abaikan pasangan, bagi bermacam macam alasan, padahal takda mood. Dari sini kita boleh nampaklah, orang yang macamni takde effort pun nak share masalah atau rasa tak puas hati, dah lah seharian bekerja, sibuk dengan aktiviti harian, effort nak bagi masa pada pasangan pun takda.
Sebaiknya, control lah emosi kita dan jangan libatkan pasangan atau orang lain dalam masalah dan kemarahan yang kita alami, lebih baik kita luahkan pada pasangan dan minta pendapat dan bukannya bersifat kebudak budakan.
Mari sama sama kita perbaiki apa yang patut dan jangan sesekali kita bertindak mengikutkan perasaan dan emosi. Paling penting, kerapkan ucapan maaf pada pasangan jika buat salah dan maafkan(kalau tak curanglah) pasangan. Hiduplah berbahagia dengan banyakkan berbincang dan belajar dari kesilapan, jangan ulang kesilapan yang sama tau!!!
Nice eyfa
saya suka saya suka😘