Bila baru kahwin kita mestilah kena pandai amik hati ibu & pak mertua kita, barulah dia rasa selamat yang anak dia kahwin dengan kita yang orangnya pemurah suka bagi hadiah hehe. Even sebelum kahwin pun lah takkan kita sikit pun taktau tentang ibu mertua kita, baik lelaki baik perempuan, takkan nama ibu mertua pak mertua korang pun korang taktau kan? haaa kita ni kenalah ambil tau sikit barulah tak kekok bila dah kahwin nanti, janganlah buat hal korang je, hidup berumah tangga ni bukannya macam kita hidup single dulu.
Dalam blog minggu ni i nak share dengan korang macam mana nak ambil hati pak mertua & ibu mertua. Ada banyak cara sebenarnya, tapi i akan share beberapa tips untuk ambil hati pak mertua & ibu mertua korang. I nak tanya korang, dalam hidup ni siapa je yang tak suka dengan hadiah? kenapa hadiah? bila orang bagi hadiah dekat kita, kita mestilah akan rasa ada orang yang masih ingat dan fikir tentang kita, dan ada juga orang ambil berat dan hargai diri kita ni, betul tak? Jom kita tengok apa je yang kita boleh hadiahkan untuk pak mertua & ibu mertua kita.
1. Telekung/baju melayu
Kalau korang perasan biasanya orang tua suka hadiah yang macamni, sebab apa? sebab diorang akan guna, kalau diorang dah ada banyak telekung & baju melayu pun, korang belikan material yang paling bagus sampai dia tak boleh lupa dan rasa nak guna! biasa orang tua akan guna 2 benda untuk pergi ke masjid / surau kan? haaa jangan lupa letak wish card sekali, mesti pak mertua & ibu mertua korang suka.
2. Kain batik/kain pelikat
Dua benda ni dah macam nyawa diorang dah, kalau diorang tak pakai pun mesti diorang suka punya sebab 2 benda ni kita mesti akan guna sama ada bila di rumah ataupun ketika kita sakit nanti. Kain batik & kain pelikat adalah dua benda yang sangat bermanfaat untuk kita hadiahkan. Kain pelikat boleh dipakai untuk solat jugak dan kain batik bukan sahaja boleh dipakai ketika berada di rumah, tapi boleh jugak digayakan dengan baju kurung! Beli kain atau material yang best tau korang! pakai sekali confirm suka!
3. Jam tangan
Wahh siapa je yang tak suka dengan jam tangan? kalau keluar tak pakai jam tangan kan rasa pelik tu, kalau keluar mesti nak tau sekarang pukul berapa, kalau korang nak buat mak mertua atau pak mertua hangpa happy, hang pi beli 2 set jam couple untuk diorang, kan comel tuuuuuuu. Jam tangan satu benda yang semua orang kena ada, kenapa eh agak agaknya? sebab kita kan manusia yang selalu kejar masa.
4. Sandal/kasut
Orang tua ni kadang kadang suka sangat pakai selipar yang tapaknya dah haus, kita cuba hadiahkan pak mertua dan mak mertua kita dengan sandal atau kasut yang selesa untuk mereka gunakan dan mudah untuk mereka pakai pergi ke mana mana. Sandal & kasut baru tu sedikit sebanyak akan memberikan keselesaan kepada mereka!
5. Bag
Seperti yang kita tahu, takkira lelaki ke perempuan ke mesti kena ada bag, kalau untuk mak mertua handbag, kalau untuk pak mertua push bag hihi, bag kita selalu bawa ke mana mana untuk simpan kunci, handphone, purse banyakk lagi lah kita suka sumbat dalam bag.
Itu yang i boleh share untuk blog kita minggu ni, yang paling penting gaiss kalau datang rumah mak mertua pak mertua tolong lah diorang buat kerja lepastu janga lupa bawak buah tangan! okeh? hadiah ni tak semestinya berbentuk barang yang mahal atau apa, keprihatinan kita, cara kita hormat diorang itu pun penting tau! kalau korang nak hadiahkan cucu untuk diorang pun boleh hahahhaha, i doakan semoga korang semua dikurniakan zuriat ya, semoga tips i ni bermanfaat untuk semua! jangan lupa share tau!
Menarik idea idea perkongsian ni. Selalunya mentua juga akan lagi suka bila kita bawa balik hadiah selepas balik dari bercuti/melancong XD