Dalam hidup ini, pasti akan ada banyak perkara yang akan melukakan hati kita, kadangkala pasangan kita sendiri yang akan mengguriskan hati kita tanpa sedar. Sudah menjadi lumrah hidup buat kita sebagai manusia dan hambanya diuji dengan pelbagai cabaran hidup, Sedih dan tawa akan sentiasa menemani kehidupan, tetapi kita harus ingat bahawa perasaan cinta itu merupakan perasaan suka dan sayang yang mendalam terhadap seseorang yang akan membuatkan kita sanggup untuk berkorban apa saja demi mempertahankan hubungan cinta yang kita bina bersama pasangan tersayang.

Ujian hati dan perasaan akan sentiasa mengetuk pintu hati pasangan yang sudah berkahwin mahunpun yang sedang bercinta. Tawar hati merupakan sebuah rasa yang boleh menjadi pembunuh dalam sesebuah perhubungan. Bagaimana untuk kita lihat adakah pasangan kita baik baik saja ataupun sudah ada rasa tawar hati terhadap kita? mari kita lihat tanda tanda apabila pasangan sudah mula tawar hati.

1. Banyak diam

Kalau dulunya pasangan kita itu seorang yang banyak berkata-kata namun tiba-tiba ia menjadi seseorang yang sangat pendiam, hati-hati kerana orang yang tiba tiba diam membawa seribu satu kesedihan dalam diri mereka, Mereka juga akan bercakap apabila perlu sahaja dan hal ini akan membuatkan perhubungan menjadi dingin antara satu sama lain. Apabila kita sudah mula sedar hubungan semakin dingin, kita sama sama adakan sesi deep talk bersama pasangan dan jangan sesekali mengabaikan pasangan anda begitu sahaja, ataupun jika anda membiarkannya, satu hari dia akan pergi tinggalkan anda tanpa satu penjelasan pun darinya.

2. Kurang berikan respon

Orang yang dah mula tawar hati ni akan malas nak menjawab panggilan telefon pasangan dia, dia dah mula tak endahkan tentang pasangan dia. Kalau dulu mungkin dia akan sentiasa mengemis perhatian dan masa anda, tapi sekarang dia takkan seperti dulu lagi. Apa saja yang anda lakukan sudah tidak menjadi kepentingan buat diri mereka lagi. .

3. Tak berkongsi masalah

Bagi mereka, untuk apa berkongsi masalah lagi, lebih baik pendam. Mereka merasakan anda tidak akan memahami, malah akhirnya nanti anda akan sentiasa meletakkan salah kepada diri mereka. Mereka juga tidak akan berkongsi pengalaman dan tentang hari mereka kepada anda, hal ini boleh terjadi jika anda sering mengabaikan pasangan dan kurang meluangkan masa bersama mereka.

Jangan biarkan pasangan kita tawar hati jika kita masih sayangkannya, usaha menangi hatinya semula, ingat, hubungan cinta yang hebat adalah dua orang yang saling berkorban antara satu sama lain, dimana ada seorang yang sering meminta maaf dan ada seorang lagi yang sering memafkan. Hargailah setiap masa bersama orang yang kita sayang kerana kita tidak tahu bila kematian akan menjemput.

.