Kisah kali ini adalah berkenaan dengan “pangkat” seseorang isteri yang kadangkala tanpa sedar isteri tersebut telah membawa pulang pangkatnya ke rumah setelah selesai waktu bekerja.

Hendaklah diceritakan di sini tanpa sedar juga isterinya telah melukakan hati suami yang merasakan bahawa dirinya seperti seorang staff di pejabat isterinya.

Tidak dinafikan mana-mana suami pun akan berasa terkilan atau berkecil hati apabila isterinya sudah mula berubah.

Semakin menunjukkan sikap negatif apabila sering mengarah, menengking, memarahi, mengabaikan anak, membawa pulang kerja di rumah tanpa henti dan sentiasa dengan smartphone.

Sebenarnya, waktu bersama keluarga mestilah dimanfaatkan sebaik mungkin terutama pada yang bekerja di sektor swasta yang mana waktu di rumah sangatlah berharga.

Mungkin anda stress dengan pekerajaan anda sehinggakan ada terlupa bahawa anda berhadapan dengan suami mahupun anak-anak.

Saya sering berurusan dengan suami yang bernasib kurang baik yang di mana sebelum ini suami sangat menyokong kerjaya isterinya.

Akan tetapi semakin hari isterinya semakin berubah sikap sehinggakan suami berasa seperti seorang staff pejabat.

Malah, suami juga sering dimarahi di hadapan anak-anak, tambahan pula kini isteri tidak lagi berbincang dalam membuat sebarang keputusan.

Contohnya tugas mengambil dan menghantar anak ke sekolah tanpa bertanyakan waktu kerja suami terlebih dahulu dengan alasan “nak cepat, takut anak balik lambat” , “pastikan anak berada di rumah pada waktu yang ditetapkan” dan sebagainya.

Selain itu, si isteri sering kali mengingatkan suaminya bahawa “staff di pejabat menghormatinya dan patuh arahan apabila diminta membuat kerja”.

Jadi, isteri tersebut juga berkehendak suaminya tidak boleh menolak sebarang arahan yang diberikan.

Contohnya,  tidak terlewat mengambilnya pulang selepas bekerja, jika terlewat suami tersebut akan ditengking di hadapan rakan-rakan isteri yang lain.

Sesampainya di rumah pula, isteri tersebut meminta tiada sesiapa menganggunya termasuk anak-anak.

Kesemua tentang anak, suami uruskan sendiri sehinggalah anak-anak tidur.  

Kadangkala dengan sikap negatif isteri tersebut, suami merasakan dirinya seperti staff pejabat yang wajib patuh kehendak isterinya tanpa sebarang bantahan.

Jika membantah, isterinya mula mengungkit pemberian wang yang dibelanjakan untuk isi rumah, staff pejabat lebih patuh arahan dari suami yang sepatutnya lebih memahami kehendaknya dan bermacam-macam lagi isterinya akan bersuara sehingga menyakitkan hatinya. – isteri semakin “biadab”.

“Jadi para isteri janganlah membawa “pangkat” kita pulang ke rumah”.

Tiada masalah sekiranya hanya sesekali sahaja kita mengarah ataupun menyuruh suami untuk mengikuti arahan kita.

Bab memarahi pula, tidaklah sehingga kita membandingkan suami dengan staff pejabat pula, sedangkan tanpa isteri sedar bahawa suami lebih tinggi pangkatnya berbanding pangkat isteri dan staff-staff isteri yang lain.

Jika ini mencerminkan peribadi kita yang gagal mengawal diri kita, untuk apa kita nak banggakan dengan “pangkat”?

Tambahan pula, jika pendapatan isteri lebih besar berbanding pendapatan bulanan suami.

Berbincanglah, dan menegur pula jangan sampai menghina pasangan kita.

Waallahu’alam.

About the Author

Amalina

Peguam Syarie

Nur Amalina Adam merupakan seorang Peguam Syarie Kedah & Pulau Pinang. Beliau berkhidmat di Tetuan Shazril Khairy Mustafa & Associates.

View All Articles