Kursus Kahwin Online

Kursus Kahwin Online

PERHATIAN!

"Untuk membantu lebih ramai pasangan dan bakal pengantin melangsungkan perkahwinan - KURSUS KAHWIN ONLINE kami DILANJUTKAN sehingga 31 Dis 2022!"


Caranya - anda hanya perlu berada di depan

handphone atau laptop anda sahaja, plus follow peraturan simple untuk anda layak dapat sijil kursus kahwin.


NOTA PENTING:

Sijil kursus kahwin online W.Persekutuan (JAWI) TIDAK BOLEH DIGUNAKAN kalau nak buat permohonan kebenaran nikah di negeri Sabah/Terengganu/Perlis/Perak (bagaimana pun, kalau warga Sabah/Terengganu/Perlis/Perak nak buat permohonan di negeri-negeri lain selain 4 negeri ini - tiada masalah gunakan sijil kursus kahwin online ini).

_______________________________________________________________________


Apa Yang Kami Boleh Bantu Anda?


Saudara dan saudari, 

Sejak tahun 2008 lagi, kami adalah PENGANJUR KURSUS KAHWIN BERTAULIAH dari JAWI untuk Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).

Setiap tahun, kami dah bantu puluhan ribu muda-mudi, pasangan atau bakal pengantin dengan khidmat kursus kahwin ini.

  • Kami bantu mereka DAPATKAN sijil kursus kahwin.

    • Kami bantu mereka dapatkan SOLUSI kalau mereka ada halangan nak memohon kebenaran nikah.


    Pada waktu ini (sehingga 31 Dis 2022), sebagai satu usaha membantu pasangan dan bakal pengantin di seluruh Malaysia yang sedang merancang atau bakal berkahwin, kami di kursus kahwin Danau Kota telah menyediakan khidmat kursus kahwin secara online.


    Kini, untuk melayakkan anda memperolehi sijil kursus kahwin (yang menjadi salah salah satu dokumen wajib pemohonan kebenaran nikah anda) - anda hanya perlu:


    1. Berada di depan gajet anda - handphone, atau tablet, atau PC, atau pun laptop - yang ada camera selama 1 hari suku sahaja (13 jam 15 minit sahaja).

    2. Habiskan "ceramah live" sebanyak 10 topik (modul).

    _______________________________________________________________________________


    Laku Ke Sijil Kursus Kahwin Ni?

    Buat pengetahuan anda:

    • Sijil kursus kahwin ini TIADA tarikh luput

    • Sijil kursus kahwin ini SAH LAKU seumur hidup

    • Sijil kursus kahwin ini DIIKTIRAF oleh JAWI dan JAKIM


    ________________________________________________________________________________


    Bila Tarikh Kursus Kahwin Online Yang Available?


    Pada waktu ini, kursus kahwin online kami ini hanya dibenarkan dianjurkan pada hari Sabtu dan Ahad sahaja setiap minggu.

    Setiap 1 sesi kursus kahwin hanyalah 1 hari setengah sahaja (13 jam 15 minit pembelajaran).

    Dan kursus TAMAT pada jam 2.15 petang pada hari ke-2 (Ahad).

    Untuk tarikh tepat dan jumlah seat yang masih available (real time), anda boleh lihat "di bawah sekali pada laman web ini".

    __________________________________________________________________


    Waktu Atau Masa Kursus Kahwin Online?

    Sabtu:

    8.30 – 9.00 pagi – dapatkan arahan dan link dalam Whatsapp Group Peserta untuk join kursus kahwin online. Check audio dan visual. Serta dengar penerangan dari Admin

    9.00 pagi – kursus kahwin bermula hingga 6.30 petang (ada break antara topik/modul dan rehat 1-2 petang)


    Ahad:

    8.30 pagi - kursus bermula sehingga jam 2.15 petang.

    2.15 petang - kursus kahwin online TAMAT (ada break antara topik/modul).

    ________________________________________________________________________________


    Berapa Yuran Tu?

    Yuran kursus kahwin online yang telah ditetapkan oleh JAWI adalah RM85 untuk setiap peserta (mengikut SOP terkini JAWI bermula 15 Okt 2022).

    Bagaimanapun, setiap peserta wajib ambil sekali buku Gerbang Perkahwinan, RM15.

    Oleh itu, dengan yuran all in dan buku Gerbang Perkahwinan (wajib), penyertaan kursus kahwin online kami ini hanyalah RM100 sahaja bagi setiap peserta (yuran RM85 + buku wajib Gerbang Perkahwinan RM15).

    Ianya sudah "all in" (tidak termasuk bayaran pos) kerana sudah termasuk proses sijil kursus kahwin, 7 orang tenaga pengajar dan lain-lain perkhidmatan yang diberikan.

    Tiada caj tambahan dan tiada caj tersembunyi yang lain.
    __________________________________________________________________



    Bila Tamat Kursus Kahwin Online, Bilakah Saya Akan Dapat Sijil Kursus Kahwin Saya?

    Setelah anda sertai kursus kahwin online, sijil akan dikeluarkan oleh JAWI dalam masa 3 hari bekerja (jangkaan jika tiada apa-apa masalah).

    Apabila sijil kursus kahwin sudah siap dan sudah ada di ofis kami, kami akan segera maklumkan kepada semua peserta dalam WhatsApp Group Peserta.


    Macam Mana Saya Nak Ambil Sijil Kursus Kahwin Saya?

    Setelah sijil kursus kahwin anda siap dan sudah berada di ofis kami, anda boleh ambil sijil kursus kahwin anda dengan 3 cara:

    1.  Anda boleh datang ambil sendiri setelah anda menerima makluman dari kami (dalam Whatsapp Group Peserta). Ofis kami dibuka 5 hari seminggu dari pukul 10 pagi sehingga 3 petang (Isnin dan Jumaat - ofis cuti). Bawa resit kursus kahwin anda (print out atau gambar).

    Sebelum datang, mohon tunggu makluman dalam Whatsapp Group Peserta terlebih dahulu.

    Atau,

    2. Anda boleh gunakan wakil untuk ambil sijil kursus kahwin anda.  Bawa resit kursus kahwin anda (print out atau gambar).

    Ataupun,

    3. Anda boleh gunakan khidmat courier yang kami sediakan. Ianya sesuai sekiranya anda tinggal jauh atau tak cukup masa untuk datang ambil sijil kursus kahwin anda.

    Nota:

    Perkara ini akan diterangkan dalam kursus kahwin online nanti.
    ____________________________________________________________________

    Apa Yang Anda Perlu Sediakan Untuk Sertai Kursus kahwin Online Ini?

    1.Pastikan anda menggunakan "handphone, atau tablet, atau pun pc/laptop yang CAMERANYA BERFUNGSI". Ini kerana anda mesti nampakkan wajah atau muka anda sepanjang waktu kursus nanti). Team kami akan guide dan sediakan turorial dalam WhatsApp group nanti bagaimana anda dapat join kursus kahwin online nanti.

    2.Talian internet yang baik menggunakan fixed broadband, wireless broadband atau talian cellular (stand by 20Gb).

    3. Apps "Zoom" yang anda boleh download dari Google Play Store atau Apple Apps Store. Nak gunakan Zoom ni mudah sahaja.

    4. Pada hari kursus kahwin online, mohon anda berada di kawasan yang mempunyai network atau coverage internet yang baik.
    _______________________________________________________________________________________


    PENTING! Peraturan Kursus Kahwin Online


    A. Peraturan SEBELUM BERKURSUS KAHWIN ONLINE BERMULA

    1. BACA semua peraturan-peraturan dalam WhatsApp group peserta.

    2. DOWNLOAD siap-siap APPS ZOOM dan TEST sebelum hari kursus berlangsung (kami sediakan sesi test audio dan visual Zoom pada hari Jumaat petang sebelum kursus berlangsung).

    3. SETKAN SIAP-SIAP NAMA PENUH IKUT IC pada ruang "DISPALY NAMA" dalam Zoom.

    4. PASTIKAN lokasi untuk cik/tuan berkursus kahwin online ADA INTERNET yang bagus. Jika tidak, masalah internet akan ganggu kelancaran kursus.

    5. Kalau menggunakan DATA (bukan fixed broadband macam Unifi) - pastikan ADA DATA SEKURANG-KURANGNYA 20GB.

    6. PASTIKAN gajet yang digunakan ADA CAMERA (wajib).

    7. Anda boleh gunakan handphone atau tablet atau PC/laptop. TAPI PASTIKAN ianya ADA CAMERA YANG BERFUNGSI dengan baik.

    8. Peserta DILARANG KERAS BERKURSUS SECARA "2 IN ONE" (DILARANG KERAS berkursus sambil bekerja, sambil memandu atau buat perkara-perkara lain). Mohon siap-siap ambil cuti jika cik/tuan bekerja.

    9. PEMBATALAN atau TANGGUH KURSUS MESTI DIBUAT "SEBELUM 48 JAM" dari tarikh kursus yang telah didaftarkan. Jika tidak, TIADA REFUND yang akan diberikan (kecuali bagi kes-kes kecemasan seperti yang dimaklumkan dalam WhatsApp group peserta).
    --------------------------------------------

    B. Peraturan SEWAKTU KURSUS KAHWIN ONLINE BERLANGSUNG

    1. KLIK LINK ZOOM KURSUS dan MASUK ke kursus kahwin online MELALUI LINK ZOOM yang kami BERIKAN DALAM WhatsApp group, SEAWAL 20 minit sebelum taklimat diberikan (rujuk atucara). Ianya untuk check/detect sebarang masalah audio dan visual (jika ada).

    2. CAMERA GAJET KENA ON (MIC OFF) DAN NAMPAKKAN WAJAH CIK/TUAN SEPANJANG WAKTU kursus kahwin online berlangsung. 

    3. MENYAHUT (MIC ON) apabila nama cik/tuan dipanggil oleh penceramah/Admin/Pemantau.

    4. Mohon inform melalui ruang chat di Zoom kalau cik/tuan nak ke tandas.

    5. DILARANG KERAS:

    + merokok, hisap vape
    + berkacamata hitam
    + pakai topi, pakai hoody, cap, subang, lukisan logo pada muka
    + KELUAR dari sesi kursus kahwin online untuk settle perkara lain
    + dengar kursus sambil baring-baring
    + hantar mesej/chat mengutuk, troll, provokasi atau apa saja mesej/chat yang menjejaskan perjalanan kursus kahwin online
    + berada dalam kereta, tempat awam, pasaraya, kedai makan dan apa saja tempat yang tak sesuai untuk berkursus kahwin online.
    + tak tutup aurat (wajib bertudung bagi peserta perempuan)

    6. AMARAN hanya akan diberikan sebanyak DUA KALI sahaja sebelum Admin/Pemantau terpaksa REMOVE peserta yang langgar/tak nak ikut peraturan dari Zoom dan WhatsApp group.

    7. Bagi peserta yang kena remove, TIADA REFUND yang akan diberikan.

    8. PALING PENTING bagi peserta yang berpasangan - DILARANG KERAS DUDUK BERSAMA atau DUDUK BERSEBELAHAN DALAM CAMERA YANG SAMA. Masing-masing perlu menggunakan gajet dan camera masing-masing (yang asing-asing).

    9. JAWAB soalan kefahaman mudah dari JAWI sebaik sahaja ceramah selesai untuk layak dapat sijil kursus kahwin (link soalan kefahaman JAWI akan diberikan oleh Admin).

    10. Jika ada masalah audio dan visual - mohon SEGERA INFORM Admin/Pemantau dalam ruang chat Zoom atau WhatsApp group.
    ----------------------------------------------------

    C. Peraturan SELEPAS KURSUS KAHWIN ONLINE BERLANGSUNG

    1. Mohon cik/tuan tidak left WhatsApp group dan tunggu makluman tentang sijil kursus kahwin dalam WhatsApp group.

    2. Kami akan maklumkan bila sijil kursus kahwin akan siap.

    3. Kami juga maklumkan bagaimana dan proses cik/tuan boleh dapatkan sijil kursus kahwin cik/tuan - sama ada cik/tuan nak datang ambil sendiri, hantar wakil untuk ambil atau poskan kepada cik/tuan.

    _______________________________________________________________________________________

    Soalan Lazim

    Q. Bolehkah saya sertai kursus kahwin online ini tanpa pasangan?
    A. Boleh. Tiada masalah. Ramai muda-mudi atau bakal pengantin yang telah hadir sertai kursus kahwin walaupun hadir tanpa pasangan.

    Q. Bolehkah saya sertai kursus kahwin online ini walaupun saya masih solo atau belum merancang untuk berkahwin.
    A. Boleh. Tiada masalah. Ramai muda-mudi yang masih solo atau belum ada tarikh nikah telah sertai kursus kahwin dan telah mendapat sijil kursus kahwin. Sijil kursus kahwin kan tak expired. Simpan dan gunakannya bila anda dah sampai jodoh nanti.

    Q. Bolehkah warga asing sertai kursus kahwin online ini dan mendapat sijil kursus kahwin?
    A. Boleh. Untuk warga asing yang ingin melaksanakan pernikahan di Malaysia, mereka boleh sertai kursus kahwin ini dan mendapat sijil kursus kahwin. 
    ______________________________________________________________________________


    Jadi, Macamana Nak Daftar Kursus Kahwin Online Kat Sini?

    Anda boleh buat macam ni:

    1 pendaftaran untuk 1 peserta sahaja. Kalau 2 peserta, buat pendaftaran 2 kali. Dan seterusnya ikut jumlah peserta (ini untuk elakkan SPAM dari pihak yang tidak bertanggungjawab).

    1. Isi borang online kat bawah ni dengan buat pilihan tarikh kursus kahwin anda.

    2. Masukkan BUTIRAN PELANGGAN - nama, email, handphone dan IC anda.

    3. Masukkan BUTIRAN PESERTA - kalau sama dengan butiran pelanggan, tick sahaja. Kalau berlainan, isi butiran peserta.

    4.  PADA BUTIRAN PEMBAYARAN - buat bayaran melalui bank transfer (sama ada perbankan internet atau mesin deposit tunai).

    Sewaktu anda lakukan transaksi dari bank account anda, mohon anda letakkan reference sewaktu nak transfer online:

    a. RECIPIENT REFERENCE: masukkan TARIKH KURSUS ANDA 

    b. Dan OTHER PAYMENT DETAILS / PAYMENT DETAILS : masukkan NAMA PESERTA


    5. Mohon anda isi ruang maklumat transaksi dan sertakan "resit bank transfer atau proof of payment".

    6. Di ruang PENGESAHAN, tick "akuan" dan klik "hantar".


    7. Selepas pengesahan dilakukan, kami akan masukkan nombor telefon anda ke dalam Whatsapp Group Peserta yang kami telah sediakan. Ianya untuk sampaikan arahan, makluman dan persediaan sebelum hari kursus kahwin online seperti ATURCARA, PERATURAN dan CARA DOWNLOAD dan gunakan apps Zoom.

    8. Untuk rujukan apabila berkomunikasi dengan Admin, mohon anda gunakan "nombor invois". 

    ______________________________________________________________________________________________________

    Apa Yang Anda Perlu Lakukan Selepas Mendaftar Kursus Kahwin Online?


    Selepas anda mendaftar pada laman web ini:


    1.  Mohon tunggu Admin masukkan nombor telefon anda ke dalam WHATSAPP GROUP PESERTA 5 hari sebelum kursus bermula (ikut tarikh kursus).

    2. Dalam WhastApp Group Peserta ini, anda akan diberi aturcara, peraturan yang anda kena follow untuk layak dapat sijil kursus kahwin dan cara join kursus kahwin online secara live pada hari kursus kahwin online anda nanti.




    Jom daftar!



    Ribuan terima kasih,


    Affendy

    Admin Kursus Kahwin Online Danau Kota




    Mohon anda lihat dan pilih tarikh kursus kahwin online dan seat yang available (real time) di bawah.

    Nota: 1 pendaftaran untuk 1 peserta sahaja. Kalau 2 peserta, buat pendaftaran 2 kali. Dan seterusnya ikut jumlah peserta (untuk elakkan SPAM dari pihak yang tidak bertanggungjawab)
    _______________________________________________________________________________________

    TIADA REFUND akan diberikan sekiranya: 

    1. Ada "pembatalan last minit" atau "penangguhan last minit" (dalam masa 48 jam dari tarikh kursus yang didaftar). 

    ATAU, 2. TIDAK HADIR atau TIDAK SERTAI kursus yang telah didaftar TANPA sebarang makluman kepada Admin sebelum 48 jam dari tarikh kursus .

    ATAU, 3. Memaklumkan ketidakhadiran "SELEPAS" sesi kursus kahwin yang didaftar telah tamat atau telah berlangsung.
    _______________________________________________________________________________________

    PERINGATAN SEKALI LAGI:

    Sijil kursus kahwin online W.Persekutuan (JAWI) TIDAK BOLEH DIGUNAKAN kalau nak buat permohonan kebenaran nikah di negeri Sabah/Terengganu/Perlis/Perak (bagaimana pun, kalau warga Sabah/Terengganu/Perlis/Perak nak buat permohonan di negeri-negeri lain selain 4 negeri ini - tiada masalah gunakan sijil kursus kahwin online ini).

    ____________________________________________________________________________________________


    Permit Penganjuran JAWI:

    Danau Kota – MYD Solution 200903030813 (001829252-W)

    Hotline, 013 4133343




    Payment gateway dan payment processing oleh:

    AFA Training Sdn Bhd (1157094-V )


    Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

    Ruangan yang wajib diisi

    BUTIRAN PEMBELIAN

    Produk Kuantiti Harga (RM)
    Kursus kahwin Online Danau Kota 05 & 06 Nov 2022 (Sabtu & Ahad) - Yuran RM85 + Buku Gerbang Perkahwinan RM15 (wajib)
    HABIS STOK
    Kursus kahwin Online Danau Kota 12 & 13 Nov 2022 (Sabtu & Ahad) - Yuran RM85 + Buku Gerbang Perkahwinan RM15 (wajib)
    HABIS STOK
    JUMLAH
    JUMLAH KESELURUHAN (RM)
    Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

    BUTIRAN PELANGGAN

    BUTIRAN PEMBAYARAN

    PENTING - Mohon anda isi maklumat transaksi yang anda telah lakukan pada ruang di bawah dan "sertakan file atau image bukti pembayaran" pada ruang upload file.

    PALING PENTING  - sewaktu anda lakukan transaksi dari bank account anda, mohon anda letakkan reference sewaktu nak transfer online: RECIPIENT REFERENCE: masukkan TARIKH KURSUS ANDA dan OTHER PAYMENT DETAILS / PAYMENT DETAILS : masukkan NAMA PESERTA

    TIADA REFUND akan diberikan sekiranya: 1. Ada "pembatalan last minit" atau "penangguhan last minit" (dalam masa 48 jam dari tarikh kursus yang didaftar).  ATAU, 2. TIDAK HADIR atau TIDAK SERTAI kursus yang telah didaftar TANPA sebarang makluman kepada Admin sebelum 48 jam dari tarikh kursus . ATAU, 3. Memaklumkan ketidakhadiran "SELEPAS" sesi kursus kahwin yang didaftar telah tamat atau telah berlangsung.

    PenamaAFA Training Sdn Bhd
    No. Akaun564221636721
    Buka Maybank2u  

    PENGESAHAN

    Boleh saya bantu?