Perkahwinan adalah hubungan yang memerlukan pengorbanan untuk kekal bersama selama-lamanya. Terdapat beberapa tanggungjawab dan pengorbanan yang perlu dilakukan selepas anda memutuskan untuk berkahwin. Pasangan boleh berlaku curang dalam perkahwinan dan menyebabkan hubungan mereka tidak bertahan lama, sekiranya mereka tidak bekerjasama dan berusaha untuk bercinta.

Oleh itu, walaupun pasangan sudah lama berkahwin, mereka mesti sentiasa memupuk perasaan cinta antara satu sama lain. Sebagai contoh, jika anda mahu pasangan anda berasa dihargai, anda harus meluangkan masa dengan mereka dengan cara yang berbeza dan sentiasa mengingati tarikh penting.

Pernah anda memikirkan sebab pasangan anda curang? Dunia akhir zaman ni tak kira jantina dan status diri tau untuk curang!

Jadi ini adalah diantara sebab kenapa terjadinya CURANG tu

1.KURANG PERSEFAHAMAN

Suami tidak mahu memahami apa yang perlu dilakukan isteri dan isteri tidak memahami tanggungjawab suami. Ini juga boleh menjadi punca berlakunya curang , kerana suami atau isteri terlalu mementingkan diri sehingga tidak memahami tanggungjawab atau keinginan pasangan boleh menyebabkan perhubungan rumahtangga tidak bahagia dan ianya boleh mendorong kepada keinginan untuk mencari kebahagian lain.

2. KEPUASAN HUBUNGAN SEKSUAL YANG TIDAK DIPENUHI

Lelaki lebih cenderung untuk curang berbanding wanita apabila kepuasan seksual tidak dapat  dipenuhi. Ini disebabkan oleh fakta bahawa lelaki lebih suka menunjukkan rasa cinta mereka kepada pasangan dengan cara bertindak daripada bercakap.

Ini kerana, bagi seorang suami, aktiviti seksual adalah penting untuk menunjukkan perasaan sayang dan keintiman mereka terhadap isteri mereka. Jika pasangan menolak, lelaki akan merasakan seperti mereka tidak diingini, dan mula untuk berlaku curang untuk memenuhi kepuasan mereka.

 3. TIDAK BERFIKIR SECARA MATANG

Sesetengah lelaki masih tidak bersedia untuk menerima hakikat bahawa mereka sudah berkahwin dan masih mengekalkan kebiasaan lama. Mereka juga kekurangan kematangan emosi dan tidak mempunyai keupayaan untuk berfikir dengan lebih lama berbanding wanita. Seorang lelaki yang belum mempunyai pengalaman dalam hubungan serius mungkin mempunyai kemungkinan yang lebih besar untuk berlaku curang kerana jenis orang seperti ini percaya bahawa curang bukanlah sesuatu yang salah.

Sebaliknya, mereka menggunakan perkahwinan sebagai penutup untuk perbuatan mereka, walaupun sebenarnya ia menjerat diri mereka sendiri.