Wanita lebih setia daripada lelaki. Tidak ada orang lelaki yang dapat mengalahkan tahap “sayang” seorang wanita terhadap seorang lelaki. Wanita yang benar-benar menyayangi orang lain bermakna mereka benar-benar menyayanginya. Sebenarnya, adalah sukar bagi seorang wanita untuk mempermainkan hati seorang lelaki.
Namun apabila mereka sudah tawar hati, jangan terkejut jika mereka meninggalkan anda secara tiba-tiba. Pada waktu itu, anda mungkin berfikir tentang sebab atau kesalahan yang anda lakukan terhadapnya. Jadi ini antara sebab kenapa wanita boleh hilang perasaan terhadap pasangannya.
1)Si lelaki cepat marah
Wanita boleh menerima baik dan buruk pasangannya, tetapi apabila lelaki itu cepat marah dan menggunakan kata-kata kasar apabila mereka berselisih, si wanita akan tawar hati untuk hidup bersama lelaki itu.
2)Si lelaki suka bercakap bohong
Jika wanita telah ditipu oleh lelaki sekali atau dua kali, mereka mungkin masih boleh menerima penipuan lagi, tetapi bagaimana jika penipuan ini berlaku berulang kali? Mereka akan mula kehilangan rasa sayang mereka terhadap pasangannya.
3)Si lelaki tidak mengambil berat
Hati wanita cepat terasa. Lebih-lebih lagi, bagi mereka lelaki yang tidak mengambil berat langsung tentang si wanita memberi gambaran bahawa mereka tidak pedulikan mereka. Jika anda seorang lelaki, tidak kira betapa sibuk anda, cuba curi sedikit masa untuk bertanyakan khabar pasangan anda.