Doa merupakan senjata ampuh bagi semua mukmin.

Mintalah sebanyak mana pun daripada Allah dan yakinlah bahawa Allah itu Maha Mendengar.

Anda boleh berdoa pada bila-bila masa namun ada beberapa waktu yang mustajab untuk berdoa.

Jika anda mengalami kesulitan untuk melancarkan majlis perkahwinan anda atau sedang menghadapi krisis dalam rumah tangga anda, anda boleh cuba amalkan berdoa ketika waktu-waktu ini.

1. Berdoa sewaktu hujan turun

Hujan yang turun membawa sekali rezeki-rezeki turun ke bumi.

2. Berdoa ketika mahu mengerjakan solat

Sebelum anda mahu mula menunaikan solat.

3. Pada waktu malam, sepertiga malam

Lazimnya boleh disertai dengan Qiamulail

4. Ketika sujud dalam solat

Waktu sujud, niatkan dalam hati doa-doa anda.

Ini merupakan titik paling rendah anda, hanya Allah yang berkuasa.

Jadi mintalah banyak-banyak daripadaNya.

5. Waktu di antara azan dan iqamah

Selepas azan dan sebelum iqamat, boleh juga berdoa

6. Ketika selesai solat fardu

Habis saja solat fardu, jangan terus bangun.

Doa dulu.

7. Ketika berpuasa

Bila berada dalam bulan puasa,

Doa banyak-banyak.

In shaa Allah akan dikabulkan lambat atau cepat.

8. Ketika Malam Lailatul Qadr

Waktu bulan puasa, cubalah cari malam lailatul qadr.

Kalau nak senang, setiap masa pada bulan Ramadan, berdoalah.

9. Ketika khatam 30 juzuk Al-Quran

Bila sudah habis baca al-Quran pun boleh berdoa tapi lagi afdal kalau dah khatam al-Quran

10. Sepanjang hari Jumaat

Sayyidul ayyam – penghulu segala hari.

Hari ini juga doa-doa akan diangkat.

Jangan lupa baca Al-Kahfi!

11. Sepanjang perjalanan seorang musafir

Bila anda travel, jangan untuk fun-fun sahaja.

Jangan lupa selit doa.

12. Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah haji atau umrah

Doa depan kaabah paling seronok sekali, jika mampu pergilah berdoa banyak-banyak sangat apabila di Mekah

13. Ketika ayam berkokok.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :

“Apabila kamu mendengar ayam berkokok maka mohonlah anugerahNya kerana ayam itu melihat malaikat.”

Hadis Riwayat Bukhari.

Ada banyak sangat waktu mustajab untuk berdoa.

Yang penting, sabar dan teruslah meminta daripada Allah.

Allah selalu mendengar doa hamba-hambaNya.

Jika anda sedang menghadapi krisis atau masalah dalam hidup anda, semoga Allah permudahkan semua urusan anda.

About the Author

Adzrif

Penulis

Seorang 'Wedding Videographer' yang minat melihat detik-detik indah di majlis kahwin. Juga, peminat kopi yang tegar!

View All Articles