Bahagia itu subjektif.

Semua orang ada definisi bahagia tersendiri.

Lebih-lebih lagi jika anda sudah berpasangan sama ada bertunang mahu pun berkahwin.

Di sini ada 11 tanda orang bahagia yang dikongsikan oleh Allahyarham Dato’ Ismail Kamus.

Jika anda tiada ciri-ciri yang disebutkan di bawah, anda boleh cuba mengamalkan perkara yang disebut di bawah.

1. Kurang bercakap, melainkan perlu

Tak banyak cakap.

Cakap bila perlu kerana lebih banyak anda diam, lebih banyak anda akan berfikir sedalam-dalamnya.

2. Sentiasa merendah diri (tawwaduk)

Rendah diri dalam apa cara pun.

Kalau anda hebat macam mana pun, hatta setinggi mana pencapaian anda di dunia, cubalah merendah diri.

Tak rugi pun jika merendah diri.

3. Berkasih sayang sesama makhluk

Spread love not hate.

Sayang semua orang sebagai manusia.

Jangan ada sekelumit benci dalam hati kepada orang lain.

Kalau rasa geram atau marah, cuba istighfar banyak-banyak.

4. Bersahabat dengan orang soleh

Cuba berkawan dan bergaul dengan orang soleh.

Kalau tak, cuba tengok video-video ilmu di dalam Youtube.

Ada banyak ilmu yang dapat diperoleh.

5.Menjauhi benda yang haram

Benci benda haram.

Jauhi semuanya.

Jangan cuba-cuba hendak dekat dengan benda-benda haram.

Yakinlah sekali anda sudah mendekati benda haram, anda akan menderita kerana anda susah sangat untuk meninggalkannya semula.

6. Berguna kepada masyarakat

Be good to everyone.

Tak susah pun.

Layan semua orang baik-baik.

Selagi boleh berbakti kepada masyarakat, cubalah berbakti.

Kutip sampai tengah jalan, angkat halangan tengah jalan dan ajar anak-anak jiran.

7. Tidak rakus dengan dunia

Ingatlah satu hari di akhirat sama macam 1000 tahun di dunia.

Lama kan?

Oleh itu, janganlah kita merasa terlalu selesa dengan dunia kerana dunia ini hanyalah tempat persinggahan semata-mata.

8. Memelihara solat 5 waktu

Jaga solat 5 waktu.

Kalau boleh solatlah di awal waktu, pasti anda akan rasa panjangnya masa dan boleh buat amal ibadah yang lain.

9. Sentiasa mengingati mati

“Setiap yang bernyawa (berjiwa) pasti akan merasai mati.” (Surah Ali Imran :185).

Sebenarnya, kita semua akan mati tetapi untuk hidup tu tak pasti lagi.

Orang yang selalu ingat mati, akan lebih teratur hidupnya.

10. Pemurah dan baik hati.

“ Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.”

Surah Ali Imran, 133-134.

Bersedekahlah sebab sedekah tidak akan buat anda jadi miskin.

Anda akan rasa lebih gembira bila bersedekah.

Cubalah.

Kalau anda rasa anda tidak bahagia, cubalah reflek kembali hidup anda.

Kalau boleh, ajak pasangan anda sekali untuk jadi bahagia bersama-sama anda.

Yakinlah bahawa bahagia itu wujud.

Jika anda merasakan dunia sekarang sangat kelam, percayalah sang pelangi pasti akan muncul selepas hujan ribut.

About the Author

Adzrif

Penulis

Seorang 'Wedding Videographer' yang minat melihat detik-detik indah di majlis kahwin. Juga, peminat kopi yang tegar!

View All Articles