Kad kahwin video adalah masa depan. Cara yang lebih mudah, kos lebih rendah untuk mengundang tetamu ke majlis raja sehari anda.

Masa depan majlis raja sehari telah berevolusi menjadi kad kahwin video. Jika tidak pernah terjangkau di akal fikiran anda, inilah masanya untuk mengundang tetamu dengan lebih mudah dan lebih pantas, supaya majlis raja sehari lebih menjimatkan kos, dan hebahannya jauh lebih mudah!

Pernah tak anda terfikir, ke mana perginya kad-kad kertas yang diedarkan selepas selesai majlis raja sehari anda? Tiada siapa lebih menghargai kad-kad tersebut melainkan diri anda sendiri, kerana nilai sentimental kad itu hanya ada pada raja sehari.

Sudahnya, kad tersebut masuk ke dalam tong sampah setelah anda berpenat lelah mengedarkannya di seluruk ceruk rumah jiran dan kenalan.

Zaman sudah berubah.

Kad kahwin biasa sudah ketinggalan zaman.

Mengapa anda seharusnya meninggalkan kad kahwin konvensional, dan beralih arah kepada kad kahwin video?

Penat kenduri pun belum habis, remuk redam hati melihat kad kahwin masuk dalam tong sampah.

Ini adalah 5 sebab kenapa perlu guna kad kahwin video digital yang perlu anda tahu.

Menjimatkan kos

Tahukah anda?

Kos menghasilkan kad kahwin mencecah harga ratusan hingga ke ribuan Ringgit. Dan akhirnya, kad-kad mahal itu kembali kepada tong sampah.

Di sinikah anda ingin leburkan wang Ringgit anda?

Penyebaran lebih pantas

Kita berada di zaman media sosial. Undanglah tetamu di WhatsApp, di Facebook, dan media sosial.

Lebih mudah dan pantas, bukan?

Mesra alam

Penghasilan kad kahwin video tidak melibatkan sebarang kertas mahupun pencetakan.

Sumber alam dapat dijimatkan, dan kebersihan lebih terjaga.

Pelbagai pencontoh untuk dipilih

Pelbagai pencontoh direka sesuai dengan reka bentuk yang kontemporari mengikut citarasa.

Pilihlah yang sesuai dengan citarasa anda sama ada bermotifkan floral, moden, elegan, mahupun Islamik.

Butang play

Dengan satu butang play, segala maklumat majlis raja sehari dirungkai satu per satu dengan cara yang lebih moden dan interaktif.

Dengan tulisan yang jelas dan besar, anda tidak perlu lagi risau jika tertinggal cermin mata.

Sekarang anda sudah tahu 5 sebab kenapa kita perlu guna kad kahwin video digital untuk manfaat kita bersama.

Jika kad kahwin video digital menjadi pilihan anda, silalah layari laman web www.kadkahwinvideo.com untuk dapatkan kad kahwin video digital idaman anda!

Kenapa Kad Kahwin Video menjadi pilihan?

  • Servis sepantas 1-3 hari bekerja, kerana tiada pencetakan diperlukan.
  • Kod QR tersedia di dalam kad kahwin video bagi memudahkan tetamu meraikan majlis raja sehari dengan lebih lancar.
  • Anda tidak puas hati dengan rekaan yang diberikan? Tak usah bimbang, kerana pembetulan dan pengubahsuaian diberikan satu kali sekiranya tidak menepati citarasa anda.

Masih belum terlambat untuk anda beralih arah kepada kad kahwin video digital demi menyempurnakan majlis raja sehari anda! Untuk tengok pakej kad kahwin video digital, sila klik link di bawah ini ya.

About the Author

Adzrif

Penulis

Seorang 'Wedding Videographer' yang minat melihat detik-detik indah di majlis kahwin. Juga, peminat kopi yang tegar!

View All Articles