Orang selalu cakap, perempuan ialah makhluk yang complicated tapi sebenarnya lelaki pun makhluk yang complicated.
Itulah sebab Allah menciptakan Hawa untuk Adam, untuk melengkapi antara satu sama lain.
Penulisan kali ini agak menjengkelkan kerana akan mengupas tentang ciri-ciri perempuan yang lelaki tak suka.
Mungkin ada pihak yang akan tidak puas hati kerana merasakan perkara yang disebutkan tidak benar.
Namun, anda hendaklah muhasabah diri supaya tidak tergolong dalam sifat-sifat yang akan dikongsikan di bawah.
1. Al Annanah
Al Annanah bermaksud suka mengeluh.
Sebenarnya, mengeluh biasa-biasa normal sahaja.
Contohnya, pensyarah bagi assignment yang banyak dan perlu hantar pada due yang dah dekat.
Kemudian, anda pergi mengeluh di media sosial, “Banyaknya kerja…”.
Kemudian, anda buat kerja itu sampai siap.
Itu normal.
Yang tidak normal adalah apabila anda asyik merungut dan mengeluh sepanjang masa tentang semua perkara.
Semua perkara anda nak lihat secara negatif dan mengeluh.
Jangan begitu, lelaki tidak suka kerana lelaki tidak gemar perempuan yang nampak terlalu lembik dan bising kerana mengeluh.
Mereka akan rasa anda bising dan menyemak telinga mereka.
2. Al-Mananah
Al mananah bermaksud suka mengungkit.
“Eh, awak buat macam tu dulu boleh? Saya bagi hutang pada awak dulu boleh? Takkan awak tak ingat.”
Tiap kali bergaduh atau ada perselisihan faham, pasti akan mengungkit.
Tak habis-habis mengungkit.
Cerita yang lima tahun yang lalu pun akan keluar.
Kepada kaum Hawa, Allah kurniakan anda daya ingatan yang kuat tentang sesuatu perkara tetapi janganlah jadikan kelebihan itu untuk mengungkit.
Lelaki tidak suka perempuan mengungkit kerana mereka rasa terancam dengan maklumat-maklumat yang boleh menghancurkan mereka pada masa akan datang.
Sebab mengungkit ni boleh bawa kepada putusnya sesuatu perhubungan tau.
3. Al Hananah
Al hananah atau suka membeza-bezakan.
Lelaki cukup pantang kalau perempuan yang ada sifat ini.
Hal ini kerana ada ke manusia yang suka dibeza-bezakan?
Rasanya tiada.
Apabila wanita membuka mulut untuk membeza-bezakan orang, tidak kisahlah membeza-bezakan pasangan sendiri atau pun orang lain, itu memberi tanggapan yang wanita itu sangat suka menghukum tanpa periksa.
Baik lelaki mahupun wanita pasti tidak suka dibeza-bezakan, lagi-lagi kalau dibezakan dengan bekas kekasih pasangan.
Panas beb!
4. Al Haddaqah
Al haddaqah atau suka boros.
Boros sampai habis semua duit.
Boros beli barang yang bukan menjadi keperluan anda.
Boros sampai tiada apa-apa yang tinggal, pantang nampak sales semua benda hendak dibeli.
Jangan boros.
Kalau anda ada sifat ini, silakan kikis dengan kadar segera.
Lelaki sangat tidak suka dengan perempuan yang boros kerana mereka merasakan bahawa perempuan yang boros ini tidak akan mempunyai perancangan kewangan yang baik dan tidak akan menjadi isteri yang baik.
Nanti habislah duit suami sebab berbelanja lebih-lebih untuk isteri, tak dapat nanti muncung pula.
5. Al Barraqah
Less is more.
Al barraqah bermaksud berhias berlebihan.
Berhias sagat berlebihan.
Keluar pergi makan sahaja pun anda pergi pakai baju macam mahu pergi Malam Anugerah Skrin TV3.
Tidak salah untuk berhias sebab lelaki memang suka tengok perkara-perkara yang cantik.
Tetapi janganlah over sangat. Lelaki tak suka tau.
Nampak macam badut.
Lelaki suka yang cantik-cantik tapi tak berlebihan.
Contohnya kalau pergi dating biasa-biasa kan, cukuplah pakai blouse, seluar dengan tudung.
Tidak perlulah berkain kembang bagai.
Kalau ada event, tak mengapa juga.
6. Asy Syaddaqah
Purata perkataan yang diucapka oleh perempuan dalam masa sehari ialah 20 hingga 25 ribu manakala lelaki hanya mempunyai kuota 7 ribu perkataan.
Asy syaddaqah membawa maksud banyak cakap.
Memang fitrah perempuan banyak cakap tapi jangan sampai tahap membebel.
Lelaki rimas tau.
Lagi-lagi kalau jenis bercakap tentang perkara-perkara yang tak berfaedah, lagilah lelaki menyampah sebab nampak macam kepoh sangat.
Oleh itu, kawallah percakapan supaya tidak membuat mana-mana pihak menyampah dengan anda.
Fikir dulu sebelum bercakap.
Semoga anda tidak tergolong dalam ciri yang disebut di atas.
Kalau ada ciri yang anda ada, masih berlum terlambat untuk berubah sikit-sikit kerana benda ini boleh diubah. Jangan risau.
Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.