“Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu berkeinginan mengubahnya sendiri”.

Ar –Rad :11

Hai semua!

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa untuk mendapatkan sesuatu, anda kena usaha dengan sebaik mungkin.

Untuk mendirikan sebuah masjid bukanlah satu perkara yang mudah, terdapat banyak usaha yang perlu dilakukan untuk menghadapi cabaran termasuklah cabaran kewangan.

Jika anda sedang menghadapi masalah kewangan untuk mengumpul duit kahwin, ada satu cadangan yang ingin diusulkan iaitu perniagaan atau bisnes tudung.

“Alahai, boleh jalan ke bisnes tudung ni?”

Ada satu cerita yang menarik milik seorang gadis yang bernama Madihah Mustafha.

Beliau pemilik Madihah Scarf.

Beliau memulakan bisnes tudung beliau ketika beliau belajar lagi di IPT.

Muda-muda lagi sudah pandai cari duit.

Hanya bermula dengan sebagai ejen dropship, kini Madihah telah mempunyai jenamanya yang tersendiri.

Daripada sekecil-kecil pendapatan, pendapatan Cik Madihah sudah mencecah 25k sebulan tau!

Ha, jangan kata bisnes tudung tak laku.

Ada orang cakap, bisnes tudung ni terlalu banyak saingan sebab macam anda dapat lihat, ramai penjual tudung bukan?

Namun ingatlah bahawa permintaan dan target customer bagi penjualan tudung amatlah besar.

Hal ini demikian kerana tudung merupakan satu keperluan yang penting masa kini kerana ramai wanita di Malaysia memakai tudung.

Demand tidak akan habis kerana setiap tudung itu hanya dapat di match kan dengan beberapa tudung sahaja.

Jadi, mereka perlu banyak tudung.

Nak mula buat bisnes tudung ni, tidaklah terlalu susah!

Anda boleh mula sedikit-sedikit dahulu.

Pulangan penjualan tudung ini juga cepat dan modal dapat dipusingkan segera.

Tidak perlu anda risau tentang kerugian atau apa-apa.

Anda juga boleh jumpa lubuk jualan dengan cepat kerana market tudung ni besar.

Sangat besar.

Ibu, kakak, adik perempuan, sepupu, kawan-kawan dan jiran-jiran perempuan semua ramai pakai tudung.

Bisnes tudung ini juga dapat dilakukan dari rumah sahaja.

Tidak perlu ada kedai pun.

Kalau hendak pos barang boleh guna website My Parcel Asia di mana, abang posmen yang perlu pick up barang di rumah anda.

Tidak perlu kenderaan pun untuk pergi pos barang.

Masa pun jimat.

Kalau bab-bab pemasaran pula, nak guna model.

Tidak perlu upah model mahal-mahal.

Anda sendiri boleh jadi model.

Kalau malu, boleh minta tolong rakan-rakan atau adik beradik.

Anda juga boleh menggunakan feedback dari pelanggan anda. Lebih diyakini.

Cik Madihah juga ada berkongsi tentang produk killer yang boleh dikesan selama sebulan anda menjalankan bisnes tudung.

Sebagai contoh, anda menjual tudung selama sebulan dan anda dapat kesan ada satu produk yang memang orang akan pesan walaupun anda tidak promote.

Nah, di situ anda sudah memenangi sesuatu.

Produk itulah yang perlu dihasilkan banyak sedikit kerana orang tidak putus-putus memesan.

Bila sudah kukuh dan stabil, barulah Cik Madihah membuat jenamanya sendiri iaitu Madihah Scarf.

Apabila sudah buat jenama sendiri, anda hendaklah tahu serba-serbi tentang jenama anda sebab itu jenama anda dan anda bertanggunjawab ke atas jenama anda.

Jangan jual barang tidak berkualiti pula.

Contohnya, lihat Naelofar Hijab.

Kenapa orang duk beli tudung mereka walaupun mereka tidak promosikan sangat pun tudung mereka?

Kerana kualiti yang bagus. Mereka jaga kualiti mereka.

Yang paling penting, anda tahu macam mana anda nak mula.

Pepatah orang tua kata, kalau nak buat sesuatu kena ada ilmu dulu.

Oh ya, Cik Madihah juga ada menulis panduan dari A hingga Z secara mendalam tentang cara beliau memulakan bisnes tudung.

Kalau anda benar-benar serius untuk menjual tudung bolehlah try baca panduan lengkap bisnes tudung yang Cik Madihah tulis (klik sini).

Manatau sebenarnya rezeki anda boleh jadi macam Vivy Yusof pemilik Fashion Valet.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu kan?

Selamat memulakan bisnes tudung!

About the Author

Adzrif

Penulis

Seorang 'Wedding Videographer' yang minat melihat detik-detik indah di majlis kahwin. Juga, peminat kopi yang tegar!

View All Articles