Ramai orang mahu berkahwin. Tapi apa yang anda fikirkan apabila anda mendengar perkataan “perkahwinan”. Duit merisik, Bertunang, Majlis ke dua-dua belah pihak, Duit selepas kahwin, pelbagai proses perlu ditempuh. Dari proses merisik sehinggalah berakhirnya majlis kedua-dua belah pihak, wang mengalir laju saja.

Mana taknya, semuanya sangat mahal pada zaman ini. Itulah yang menyebabkan ramai orang mahukan tips untuk kumpul duit kahwin, supaya boleh digunakan untuk pelbagai tujuan.

1)Mengetahui kemampuan anda dan menetapkan matlamat.

Jika anda sudah bertemu dengan orang yang anda rasa sesuai untuk menjadi peneman hidup anda, tetapkan niat untuk berkahwin. Jangan sibuk dating saja. Hidup memerlukan objektif dan matlamat. Anda mungkin boleh merancang untuk berkahwin dalam dua atau tiga tahun lagi. Anda mempunyai masa yang mencukupi untuk menyimpan wang.

Selain itu, bincanglah antara kedua-dua belah pihak apa yang perlu dibuat bagi membuat analis tentang kemampuan diri. Kos perkawinan ini bergantung sepenuhnya kepada jenis hantaran, pelamin, baju pengantin, katering, jurugambar dan sebagainya.

2)Menabung Bersama

Bukan satu pihak sahaja yang perlu bersusah payah untuk mengumpul wang untuk perkahwinan. Ajak pasangan anda untuk menabung untuk mencapai matlamat bersama. Bukan satu pihak sahaja yang perlu bersusah payah untuk mengumpul wang untuk perkahwinan.

Cuba bahagikan perbelanjaan perkahwinan mengikut pendapatan masing-masing jika anda berdua ingin melakukannya. Contohnya, bakal suami yang mempunyai pendapatan yang lebih tinggi mempunyai keupayaan untuk menyumbang lebih banyak wang kepada tabung perkahwinan.

Memandangkan anda membelanjakan wang bersama orang yang anda sayangi, anda akan lebih bermotivasi untuk mencapai matlamat anda sendiri. Ini boleh diteruskan sehingga anda berkahwin.

3)Cari Pendapatan Sampingan

Ramai orang mencari pekerjaan sampingan kerana kos hidup yang tinggi. Selain itu, mereka yang ingin mengumpul wang untuk perkahwinan, membeli rumah pertama, membeli kereta, dan tujuan lain sering mencadangkan ini. Selain membuat simpanan daripada pendapatan utama, pendapatan sampingan boleh membantu anda mencapai matlamat tabungan anda dengan lebih cepat. Walaupun ia mengambil masa dan tenaga, ia sangat berbaloi untuk dilakukan.

4)Kurangkan Perbelanjaan

Mengurangkan perbelanjaan adalah satu syarat penting untuk berjaya dalam mengumpul duit kahwin. Anda dan pasangan anda harus memberi tumpuan kepada keperluan daripada keinginan. Membeli pakaian kerana ingin mengikuti fesyen terkini adalah satu contoh kehendak.