Jika anda bekerja di sebuah syarikat dan boss atau rakan sekerja anda ada yang tidak boleh ‘ngam’ dengan anda, anda boleh berhenti kerja tetapi jika anda berkahwin, amatlah susah untuk berhenti kerana ia akan memberi kesan kepada ramai pihak.

Sebenarnya berkahwin ini merupakan komitmen yang sangat besar dan untuk jangka masa yang sangat lama. Oleh itu, perancangan yang sangat rapi perlu dilakukan.

Artikel ini bukan untuk perancangan pasangan yang sudah berkahwin sahaja, artikel ini juga sangat penting untuk pasangan yang baru merancang untuk berkahwin terutama sekali yang sedang ‘date to marry’.

1. Bila Nak Mula Rancang?

Sebaik-baiknya, rancanglah apabila anda dan pasangan sudah ada matlamat untuk berkahwin walaupun anda belum berkahwin.

Berkahwin ini umpama medan peperangan, takkan anda nak masuk bertempur dengan tangan kosong?

Sebab tu anda kena ada perancangan rapi supaya anda menang peperangan itu.

2. Majlis Perkahwinan

Tak perlu terlalu gah.

Persetankan semua kata-kata nista dan keji daripada Bawang Rangers.

Yang penting, anda dan pasangan hidup bahagia tanpa hutang.

Jika sudah terjerat dengan hutang, amatlah susah untuk keluar dari gelumang hutang itu.

3. Tabung Rumah Pertama

Bila dah kahwin, boleh dah mula menabung untuk rumah pertama.

Jangan pergi beli kereta pula sebab rasa beli kereta lagi berbaloi.

Kereta akan jadi liabiliti untuk anda masa hadapan tetapi rumah akan menjadi asset sampai bila-bila sebab nilainya akan menaik.

4. Beli Aset Hatta Rumah Pangsa Sekalipun

Tidak mengapa jika anda hanya mampu membeli rumah pangsa atau orang panggil rumah flat sebagai rumah pertama.

Tidak hina pun duduk flat.

Itu harta anda.

Beli rumah flat lagi bagus daripada anda menyewa sampai ke tua.

5. Kenderaan

FUNGSI KENDERAAN IALAH DAPAT MEMBAWA ANDA KE SATU TEMPAT DARI SATU TEMPAT.

Tidak kisahlah kenderaan itu hanya sebuah motosikal ataupun hanya sebuah Axia.

Masih kenderaan bukan?

Jangan membazir untuk beli kereta mahal-mahal terutama kereta yang lebih daripada gaji anda setahun.

Fuh, banyak tahun tu kena bayar!

6. Gaji untuk Kos Kehidupan Berkeluarga

Gabungkan gaji untuk belanja keluarga.

Guna formula 30% untuk isi rumah, 30% untuk hutang, 5% ekstra, 5% pemberian dan 30% lebihan.

Ataupun anda boleh bincang dengan pasangan tentang pembahagian belanja keluarga ini.

7. Perbelanjaan Isi Rumah

Pastikan belanja isi rumah dan hutang tak lebih 60% daripada pendapatan rumah.

Kalau lebih, cepat-cepat atur semula.

8. Pelaburan

Buatlah pelaburan untuk masa tua.

Pelaburan boleh dibuat dalam bentuk Amanah Saham Berhad (ASB), kalau rasa duit ada banyak sikit bolehlah melabur untuk ASBF.

9. Takaful

Ramai yang anggap takaful tak penting.

Ya, tak jadi apa-apa lagi memanglah tak penting.

Tunggu bila dah jadi apa-apa.

Memang habislah.

Boleh langgan “loving couple policy’ .

Kemudian,rancanglah untuk medical card pula.

10. Harta Pusaka

Dah boleh mula untuk harta pusaka.

Urus dan cuba fikir jauh sikit supaya memudahkan urusan pasangan jika anda meninggal awal daripada yang dijangka.

Perkara ini boleh berurusan dengan Amanahraya.

11. Pencen

Rancang kalau dah pencen nanti, kewangan bagaimana?

Rancang dari sekarang, boleh melabur unit trust atau membeli emas.

12. Tabung Pendidikan Anak-anak

Kalau dah ada anak, boleh buat tabungan pendidikan anak-anak.

Ada banyak cara.

Paling berbaloi Tabung Haji, ASB dan SSPN-i.

13. Ilmu

Pastikan di rumah ada banyak buku.

Penuhkan rumah dengan banyak-banyak buku.

Ini perkara penting supaya satu keluarga akan lebih dekat dengan ilmu.

Ilmu ni satu benda yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Antara ilmu kewangan yang sesuai untuk suami isteri ialah Panduan Bijak Merancang Wang yang dihasilkan oleh tuan Afyan Mat Rawi.

Saya cadangkan untuk anda baca info lanjut tentang panduan tersebut di sini (klik sini).

14. Haji

Daftarlah haji segera.

Daftarkan untuk satu keluarga.

Sekarang ini sudah semakin jauh giliran panggilan haji.

Semoga kita semua berpeluang menjadi tetamuNya.

15. Hal-hal Lain

Rancang pusaka, pelaburan dan lain-lain perlu sentiasa dikemaskini.

Jangan anda sudah melabur kemudian anda biar sahaja, tidak ambil tahu.

Tolonglah cakna kerana ini semua sangat penting.

Kalau malas sangat, selenggaralah dalam tempoh dua ke tiga tahun sekali.

Nah, banyak kan perancangan yang harus dilakukan?

Jika anda rasa leceh, buanglah rasa itu kerana untuk berkahwin, terlalu banyak perkara leceh yang perlu dilalui untuk merasai manis di kemudian hari. Semoga dipermudahkan urusan anda semua!

About the Author

Adzrif

Penulis

Seorang 'Wedding Videographer' yang minat melihat detik-detik indah di majlis kahwin. Juga, peminat kopi yang tegar!

View All Articles