Asalammualaikum, semua!

Kalau anda kahwin, perkara yang sangat penting sekali ialah kewangan dan kemampuan. Kalau ada kemampuan dan kewangan, inshaa Allah semuanya akan berjalan lancar. Macam mana nak ada kewangan yang kukuh? Anda kena ada kerja yang tetap, tak kisahlah kerja swasta mahu pun kerajaan. Penting tau!

“Tapi apa beza kerja swasta dengan kerajaan? Sama je kan? Asalkan kerja kan?”

Sebenarnya boleh sahaja kerja di mana-mana sektor tetapi pada zaman ekonomi yang tidak menentu ini, lebih baik jika anda mampu, kerjalah dengan pihak kerajaan. Cuba lihat perbezaan antara kerja swasta dan kerja kerajaan.

1. Gaji Tetap

Kerja swasta tiada gaji yang tetap tetapi kerja kerajaan ada gaji yang tetap. Seperti yang kita tahu, kerja swasta ni selalunya bergantung kepada keuntungan perkara yang diusahakan mereka. Jika rendah keuntungannya atau pekerja cuti, pasti gaji akan dipotong. Kerja kerajaan pula memang gajinya tetap mengikut gred pegawai kerajaan tersebut tidak kisahlah apa-apa yang berlaku pun. Senanglah nanti ekonomi rumah tangga pun terjamin.

2. Ada Pencen

Kerja swasta tiada wang pencen tetapi kerja kerajaan ada pencen. Pencen ini akan dibayar oleh pihak kerajaan kepada pegawai selepas mereka bersara. Jadi tak perlu risau untuk kerja apa selepas bersara. Kalau kerja swasta kemungkinan nanti bila sudah bersara, perlu mencari kerja lain untuk menampung kehidupan kerana duit KWSP pun tidak dapat memberikan kehidupan yang selesa.Hal ini sangat sulit kerana nanti kita dan pasangan sudah tua atau mungkin pasangan kita sudah meninggal dunia.

3. Jaminan Pekerjaan

Kerja swasta tidak ada jaminan yang mereka akan kekal bekerja buat selama yang mereka mahu tetapi kerja kerajaan ada jaminan. Pada bila-bila masa saja, jika syarikat jatuh muflis, senang-senang sahaja majikan boleh memecat pekerja. Pegawai kerajaan pula terikat dengan perjanjian yang telah ditandatangani sewaktu mula-mula melapor diri untuk berkhidmat. Agak sukarlah untuk dibuang kerja walaupun selalu ada ura-ura yang kerajaan mahu mengurangkan pekerja. Dengan adanya perjanjian ini maka, gaji pun tidak akan terputus dan kewangan perkahwinan pun akan lebih kukuh.

4. Lulus Pinjaman

Pihak bank akan lebih sukar untuk memberi pinjaman kepada orang yang kerja swasta dari orang yang kerja kerajaan. Kenapa? Sebab yang kerja kerajaan ni gajinya tetap dan tiada masalah nak bayar pinjaman tapi kerja swasta ni ada risiko untuk hilang kerja. Pihak bank tidak akan memberikan pinjaman kepada golongan-golongan berisiko. Macam tu juga bila keluarga mentua pilih menantu, mereka lebih suka anak mereka kahwin dengan kerja kerajaan berbanding swasta walaupun kerja swasta lebih tinggi gajinya.

5. Banyak Bonus dan Elaun

Elaun dan bonus kerja swasta akan diberi jika syarikat perkara yang diusahakan mempunyai untung yang lebih. Jika kerja kerajaan pula, terdapat pelbagai jenis elaun yang akan diberikan kepada pegawai-pegawainya mengikut keperluan masing-masing. Bonus pula, lazimnya setiap tahun pasti ada untuk kerja kerajaan tetapi kalau kerja swasta kena tengok jenis syarikat juga. Yang kerja swasta kadang-kadang dua tahun tiada bonus. Bila kerja kerajaan ni, banyak sikitlah wang yang akan diperoleh untuk menampung kehidupan mahu pun untuk perkahwinan nanti.

Jika anda berminat untuk kerja kerajaan, saya sarankan anda baca panduan dan tips untuk lulus temuduga kerajaan (KLIK SINI). Semoga Tuhan permudahkan urusan kita semua.

About the Author

Adzrif

Penulis

Seorang 'Wedding Videographer' yang minat melihat detik-detik indah di majlis kahwin. Juga, peminat kopi yang tegar!

View All Articles