Berkahwin dengan pegawai kerajaan seperti cikgu juga merupakan satu bonus. Kerjaya guru merupakan satu kerja yang sangat mulia.

1) Cuti Sekolah Sama Dengan Anak-anak

Selalunya cikgu-cikgu akan bercuti pada waktu cuti sekolah, sama dengan waktu sekolah anak-anak melainkan. Hal ini agak mudah untuk anda merancang percutian keluarga sebab tidak perlu apply cuti lain-lain. Bila cuti sama dengan anak-anak, mudahlah ada orang jaga anak-anak waktu cuti sekolah. Anak-anak akan diberi perhatian yang lebih waktu cuti sekolah. Namun begitu, cubalah faham pasangan anda apabila dia dipanggil untuk bekerja sewaktu cuti sekolah kerana pentadbir ada kuasa untuk memanggil guru-guru untuk bekerja dalam cuti sekolah dalam tempoh tertentu. Sebabtu kadang-kadang waktu cuti Sabtu dan Ahad pun, kalau pentadbir panggil datang sekolah, mereka kena datang.

2) Ada Gaji Tetap dan Pencen

Disebabkan guru merupakan Pegawai Pekhidmatan Pendidikan (DG), mereka ada gaji tetap dan berpencen. Jika anda berkahwin dengan seorang cikgu, bersyukurlah kerana mereka mempunyai gaji yang tetap dan in shaa Allah kewangan akan kukuh. Orang-orang tua cakap, kahwin dengan cikgu ni tak kaya tapi tak miskin juga, dia tengah-tengah, syukur atas segala yang ada. Tapi anda sebagai pasangan kena faham, kadang-kadang pasangan kita yang cikgu ni selalu spend duit dia pada kebajikan anak-anak murid dia. Jika perkara ini berlaku, anggap sahaja pasangan anda sedang bersedekah. In shaa Allah, rezeki orang bersedekah ni takkan putus.

3) Waktu Bekerja Lazimnya 7 pagi hingga tengah hari

Lazimnya waktu bekerja mereka dalam lingkungan 7 pagi hingga tengah hari (bergantung kepada sekolah, ada sekolah pukul 2, ada sekolah pukul 3). Apa kebaikannya pada anda? Anda dapatlah spend banyak masa dengan pasangan anda kalau anda tidak bekerja. Kalau anda bekerja juga, adalah orang balik rumah awal untuk tengok-tengokkan rumah. Tetapi anda kena faham, kadang-kadang , cikgu ni ada meetinglah, Ladap lah, rumah sukanlah, apa lah, jadi mereka akan balik lambat sebab ada aktiviti di sekolah.

4) Pandai Bercakap dengan Orang

Cikgu ni dia ada skill bercakap yang sangat baik. Jadinya, bila pasangan anda bergaul dengan keluarga anda, in shaa Allah dia tidak akan kekok dan mudah untuk membina suasana yang baik. Budak-budak pun akan suka mereka sebab cikgu ni kebanyakannya sudah biasa bergaul dengan budak-budak. Mudahlah kerja anda untuk membawa pasangan anda masuk ke dalam keluarga anda dengan kemahiran komunikasi yang ada pada pasangan guru anda itu.

5) Dihormati

“Eh, kamu isteri Cikgu Bakri kan?

Nanti cakap pada dia ya yang Mak Cik nak ucap terima kasih sebab ajar anak Mak Cik menulis. Dah pandai dah si Alias tu menulis. Dulu punyalah payah nak menulis. “

Percaya atau tidak, istilah “suami” atau “isteri” cikgu tu akan lekat pada anda sampai bila-bila walaupun pasangan anda telah berpencen. Begitulah tingginya pandangan masyarakat terhadap profesion keguruan. Anda jangan rasa tersinggung atau terganggu kalau ramai sangat orang beramah mesra dengan anda dan pasangan anda kerana guru dan masyarakat memang rapat dan tidak dapat dipisahkan.

Oleh itu, berkahwin dengan cikgu ini merupakan satu detik yang indah tetapi perlu mempunyai banyak pemahaman kerana kerjayanya yang tidak mudah. Jika anda masih belum mengumpul duit kahwin, saya cadangkan untuk anda baca tips mudah kumpul duit kahwin RM20,000. Anda hanya perlu masukkan nama & email anda, tips mudah itu akan dihantar ke email anda. Selamat mencuba!

Kredit Gambar: Perak Today

About the Author

Adzrif

Penulis

Seorang 'Wedding Videographer' yang minat melihat detik-detik indah di majlis kahwin. Juga, peminat kopi yang tegar!

View All Articles