Pada 17 Mei 2020 ada satu thread di Twitter milik @datininaz yang berkongsi tentang tips beliau berkahwin dengan bajet tidak melebih RM5000 pun!

Ini bukan majlis nikah sahaja tau, ini majlis proper.

Beliau ada senaraikan apa yang belia buat untuk kos serendah itu.

Sangat bijak.

Satu hingga empat merupakan senarai yang wajib ya untuk berkahwin.

1. HIV Test (RM1)

2. Kursus kahwin (RM80 hingga RM120)

Kursus kahwin ni kena ikut negeri dan tempat.

Ada tempat mahal dan ada tempat yang murah.

3. Upah Tok Kadi (RM160)

Anda jangan ingat panggil

Tok Kadi tu free-free sahaja.

Kena ada upah juga.

4. Mas kahwin (RM22.50)

Pengantin ini mengikut kadar mas kahwin negeri Johor Darul Takzim.

Mas kahwin juga mengikut negeri dan syarat-syarat tertentu.

Senarai di bawah pula merupakan kemahuan majlis proper dengan bajet yang sangat menarik.

Bakal-bakal pengantin bolehlah tengok-tengok.

Mana tahu anda boleh potong kos untuk majlis kahwin anda nanti ke.

5. Dulang hantaran (RM200)

Dulang hantaran tak payah pergi upah orang.

Buat sendiri je.

Pengantin ini menyiapkan dulang hantarannya sebulan sebelum majlis bermula.

Rajin kan?

Jangan cakap anda tak pandai, tapi usaha yang penting.

Kalau tak pandai, belajarlah.

6. Pelamin (RM350)

Tak payah ambil pelamin yang besar-besar.

Ambil mini pelamin, cukup.

Ada banyak sahaja pihak di luar sana yang menawarkan pelamin dengan harga yang murah.

Tinggal nak cari sahaja.

7. Kad Jemputan (RM0)

Aik? RM0?

Ya, RM0 kerana pengantin ini menggunakan segala kecanggihan pada zaman ini.

Beliau membuat e-card jemputannya sendiri.

Caranya ialah menggunakan aplikasi Phonto.

Selain Phonto, anda juga boleh menggunakan Adobe Photoshope, Illustrator dan juga Canva.

Nak edit sendiri pun senang ikut cita rasa anda.

Apabila sudah siap, hantar pada keluarga dan kenalan.

Kalau nak simpan satu, cetaklah sendiri.

8. Baju Pengantin (RM200)

Pengantin membeli kain dan ibunya yang menolong jahitkan baju pengantin.

Beliau juga ada menyarankan supaya baju boleh disewa jika anda mahu kelihatan cantik tetapi lagi berbaloi kalau anda beli terus baju yang simple tapi cantik.

9. Katering 200 pax (RM2200)

Beliau mengambil catering Warisan Ibu yang beliau jumpa di Facebook pada tahun 2018.

RM11 untuk per pax.

Makanan semua cukup dan disertakan dengan buah-buahan sekali.

Anda bolehlah usha-usha Facebook Warisan Ibu.

10. Doorgift (RM0)

Pada pengantin, tak perlu jika mahu save budget.

Kalau nak juga, boleh beli di Shopee, ada macam-macam doorgift yang murah.

11. Make Up Pengantin (RM0)

Pengantin ini menyolek mukanya sendiri tetapi tetap cantik!

Hal ini kerana pengantin practice make up itu selama tiga bulan sebelum majlis berjalan.

Kalau teringin juga mahu make up mewah, tengok dulu poket ada bajet berapa.

12. Inai Pengantin (RM20)

Pengantin disponsor oleh kawannya yang merpakan henna artist.

Kalau anda hendak jimat, anda boleh pakai inai di jari sahaja.

Anda boleh beli HennaLine punya inai daun.

Murah pun murah, cantik pun cantik.

13. Khemah (RM250-400)

Beliau mengambil khemah sebanyak 2 buah sahaja kerana tetamu tidak akan datang secara serentak.

Beliau juga ada berpesan supaya jangan hiraukan mulut-mulut puaka mak cik bawang.

Kahwin budget tetapi lepas kahwin anda boleh bergembira dengan duit simpanan kahwin yang tidak terguna itu.

Yang penting, sama-sama berusaha cari duit dan percaya pada rezeki.

About the Author

Adzrif

Penulis

Seorang 'Wedding Videographer' yang minat melihat detik-detik indah di majlis kahwin. Juga, peminat kopi yang tegar!

View All Articles