Pernah tak dengar dialog ni :

“Eh, kau nak tahu Kiah? Semalam hantaran si Mila anak Pak Jangos tu bagi barang murah-murah aje! Takda duit lah tu.”

kata Mak Cik Bawang A kepada Mak Cik Kiah.

Topik hari ini cukup panas iaitu hantaran. Tidak kisahlah hantaran bertunang atau pun sewaktu berkahwin. Bab hantaran ini sangat sensitif kerana banyak mulut yang akan bercakap jika ada yang tidak kena, lagi-lagi di kawasan kampung. Maklumlah dah tiada topik lain hendak dibawangkan. Silap-silap nanti, anda pun akan jadi bahan bualan mak cik-mak cik bawang di kampung anda. Jadi, untuk mengelakkan perkara itu berlaku, anda boleh lihat maklumat penting tentang hantaran di bawah :

1. Jumlah Hantaran

Kalau ikut adat Melayu, pihak perempuan kena bagi dua dulang lebih daripada pihak lelaki. Contohlah kalau pihak lelaki lagi 3, perempuan mesti bagi 5. Baiklah, untuk lebih jelas, anda boleh lihat jadual di bawah :

Pihak lelaki bagi:Pihak perempuan balas:
35
57
79
Di atas contoh sahaja.

2. Hantaran Tunang dan Hantaran Nikah

Benda ni simple sahaja. Kalau nak jimat, ada orang waktu bertunang takda hantaran tapi waktu nikah, sangat grand hantaran dia. Tapi ada orang nak dua-dua ada hantaran, nikah pun nak hantaran, tuning pun nak hantaran. Terpulang kepada pasangan anda nak macam mana. Berbincang dahulu bak kata pepatah Melayu “Muafakat Membawa Berkat.” Cari jalan penyelesaian terbaik, jangan pasal hantaran pun semua nak gaduh.

3. Barang-barang Hantaran

Sebenarnya kena letak apa kan dalam hantaran? Kena letak benda mahal-mahal ke? Jawapannya tidak. Kita kena ikut kemampuan sendiri. Jangan habis duit banyak sangat pada hantaran. Contoh barang yang boleh diberi adalah seperti berikut (Ini cadangan sahaja, anda boleh je bagi benda lain yang anda rasa nak bagi) :

Dulang Hantaran dari Pihak Perempuan

Baju kemeja
Tali pinggang
Cincin
Purse
Sejadah
Kasut
Makanan (Macam hiasan coklat)
Kain pasang
Handphone / Laptop
Al-Quran
Jam tangan
Sirih junjung

Dulang Hantaran dari Pihak Lelaki

Kain pasang / Baju
Beg tangan
Buku
Purse
Sejadah
Kasut
Makanan (Macam hiasan coklat)
Kain pasang
Handphone / Laptop
Al-Quran
Jam tangan
Sirih junjung

Cincin dan sirih junjung merupakan mandatoi, maksudnya wajib ada dalam mana-mana dulang hatta satu dulang sekali pun. Takkan bertunang dengan tangan kosong kan? Hal ini demikian kerana sirih junjung merupakan adat masyarakat Melayu turun temurun.

”Biar mati emak, jangan mati adat”

3. Tips Jimat Barang Hantaran

Anda boleh membeli barang-barang ketika ada jualan atau sales. Nampak sahaja sales, terus grab barang tersebut jika dirasakan berbaloi. Anda juga boleh beli barang yang memang akan dipakai waktu nikah (so nanti tak payah beli barang dah waktu nikah). Jangan beli barang yang pasangan kita memang tak akan gunakan. Sebenarnya, anda boleh diy sendiri dulang-dulang hantaran anda (jika mempunyai waktu lah). Antara Youtube channel yang anda boleh lihat ialah KR Wedding And Event Planner.

Di situ, ada ajar bagaiman hendak diy barang-barang hantaran dengan cara yang sangat kreatif. Anda juga boleh mengupah mana-mana wedding planner untuk uruskan hantaran anda. Boleh cuba survey wedding planner yang berbaloi. Gunakan hashtag sewaktu mencari wedding planner yang berbaloi. Contoh hashtag yang boleh digunakan #hantaranmurahsegamat dan sebagainya.

4. Konsep Hantaran

Konsep hantaran makin tahun akan makin berbeza. Trend yang makin popular pada zaman kini ialah “hidden hantaran”. Hidden hantaran ni boleh buat sendiri sebenarnya dengan menggunakan kain tudung. So boleh jimat di situ. Tambahan pula, hidden hantaran  sangat istimewa kerana tidak memberi ruang kepada mak cik- mak cik bawang untuk mengata barang hantaran anda murah. Ataupun anda boleh back to 90’s menggunakan dulang-dulang zaman mak ayah anda dahulu, nampak klasik tapi classy gitu. Di sini pun boleh berjimat. Apa-apa pun konsep yang anda pilih, pastikan tidak menelan kos yang banyak dan jangan carca-merba. Carca merba di sini bermaksud, contohnya ada dua dulang hidden tapi satu dulang terbuka. Perkara ini akan jadi seperti makan nasi kari bersama coklat Cadburry, kombinasi yang tidak kena.

5. Komunikasi

Apa-apa pun hantaran yang anda hendak beri, anda boleh berbincang dengan pasangan dahulu. “Eh, bukan hantaran sepatutnya rahsia ke? Surprise tiba-tiba dapat kereta!”, beranganlah kau sampai kiamat. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, anda boleh berbincang dengan mendalam dengan pasangan supaya hantaran yang diberikan boleh digunakan pada masa hadapan. Konsep pun boleh bincang, semua bendalah boleh bincang. Hal ini kerana perkahwinan atau pertunangan merupakan persetujuan dua belah pihak, jadi, sekecil-kecil perkara pun kita kena ambil kira.

Jelas tentang hantaran? Kalau tak jelas, bolehlah membuat pembacaan lagi. Semakin banyak anda membaca, semakin banyak anda akan mendapat ilmu. Sekian, selamat bertunang atau berkahwin!

About the Author

Adzrif

Penulis

Seorang 'Wedding Videographer' yang minat melihat detik-detik indah di majlis kahwin. Juga, peminat kopi yang tegar!

View All Articles