Kita semua mesti pernah ada crush kan? Zaman sekolah dulu, lagilah banyak crush korang kan? baik mengaku ! kalau takde ramai sorang dua mesti adakan? haaaa satu je i nak pesan, kita ni jangan nak cepat sangat jatuh cinta dengan orang, jangan mudah sangat nak suka dengan orang yang kita kenal, lagi lagi yang baru kenal. Bahayalah orang yang mudah ada sifat suka dekat orang ni, nanti kena reject dah depress, sedih je, tapi i tengok sekarang ni ramai jugak ye yang dah confess tapi kena reject. Ala kesian korang, kita kena ingat yang kita ni takboleh paksa paksa perasaan orang ya, perasaan ni takboleh dipaksa, okay so harini i akan bagi tips macam mana nak move on dari crush yang baru je reject korang, jangan risau okay!

1. Terima kenyataan

Nak taknak, hari demi hari kita perlu terima yang crush kita tu tak ada perasaan dekat kita. Kalau kita tak boleh terima ibarat macam kita ni memaksa dia, perasaan kalau dipaksa takkan berakhir dengan kebahagiaan, kita kena ingat, kita tak selalunya dapat apa yang kita nak, itulah lumrah hidup, apa yang penting kita cuba buka fikiran kita bahawa perasaan cinta itu hadir atas kuasa Tuhan, jika orang yang kita suka tu takde hati dekat kita walaupun kita dah sedaya upaya berusaha nak pikat hati dia, bermaksud Tuhan tak izinkan. Kita doakan je yang terbaik untuk dia dan kita cuba terima apa yang dah jadi hari demi hari. Rileks la guys, lambat laun nanti akan ada orang yang terima baik buruk kita,

2. Jangan dengar lagu sedih

Elakkan diri kita dari dengar semua lagu lagu sedih, kalau boleh pasang je lagu rancak rancak okay, kalau tiba tiba terdengar lagu sedih dekat mall cuba ajak kawan kawan borak, alihkan perhatian kita dekat benda lain dan jangan focus sangat dekat benda benda sedih. Dalam kereta play je lagu yang chill, rock ke apa apa janji jangan lagu broken ataupun lagu yang boleh buatakan korang teringat dekat crush korang tu.

3. Habiskan masa dengan hobi

Cuba korang gunakan masa korang tu buat hobi korang, pergi food hunting ke, shopping ke pergi cinema ke theme park ke! pergi je keluar habiskan masa korang tu dengan benda menarik, perkara paling penting jangan duduk sorang sorang, sebab apa? nanti termenung korang teringat pulak crush korang tu. Kalau takde kawan yang ramai, korang spend masa dengan family, kalau family busy korang buatlah me time selalu ya.

Korang kena ingat, hidup kita ni pilihan, kita nak sedih ke kita nak happy ke semua pilihan kita, kalau nak bahagia buatlah cara nak bahagia, jangan lah cakap nak bahagia tapi cara macam nak sedih selama lamanya. Nak bersedih boleh, tapi jangan terlalu lama, tak baik untuk iman kita, ingat ye korang! Korang kena yakin, yang manusia ni diciptakan berpasang-pasangan, so kita usaha, doa dan tawakkal ya. Semoga semua pembaca blog kahwin dikurniakan pasangan yang mencintai dan dicintai.