“Kau nak kahwin dengan anak Wak? Boleh tapi ada syaratnya.”, kata Wak Mastor kepada Jamal. 

“Apa syaratnya,Wak?”, ujar Jamal gementar. 

“Lima puluh ribu untuk wang hantaran. Ada berani?”, Wak Mastor berkata sambil tersenyum sinis.

Jamal mula sedih memikirkan masa depannya dengan Senah.

Anda atau pasangan anda menghadapi masalah yang sama dengan si Jamal? Jangan risau. Tenang dulu, jangan mudah melatah. Semua benda kita boleh bawa berbincang. Perkara pertama yang anda perlu tahu ialah apa itu sebenarnya perbezaan antara kedua-dua perkara ni? Kenapa mahal sangat wang hantaran? Wajib ke ? Habistu mas kahwin kena bayar juga?  Di sini, anda akan dapat merungkai satu persatu tentang perbezaan antara mas kahwin dan wang hantaran.

“Berilah mereka mahar dengan penuh ketulusan. Tetapi jika mereka rela memberikan sebagian dari mahar, maka ambillah dengan cara yang halal dan baik.”

(An nisa : 4)

1. Mas kahwin ialah pemberian wajib kepada isteri.

Pada zaman kini, masyarakat lebih memandang wang hantaran berbanding mas kahwin sedangkan mas kahwin perkara yang wajib. Mas kahwin ni yang seperti anda tahu, nilainya mengikut negeri. Berikut dilampirkan nilai mas kahwin mengikut negeri (Tahun 2020).

NegeriKalau kahwin dengan janda :Kalau kahwin dengan anak dara:
Johor22.5022.50
Melaka100100
Negeri Sembilan1224
Selangor300300
Kuala Lumpur4080
Perak101101
Pulau Pinang2424
KedahTidak ditetapkanTidak ditetapkan
Perlis  Tidak ditetapkanTidak ditetapkan
Pahang22.5022.50
TerengganuTidak ditetapkanTidak ditetapkan
KelantanTidak ditetapkanTidak ditetapkan
Sabah80100
Sarawak120120
Labuan8080
Sumber: Majlis Agama Islam Negeri Masing-masing

2. Pihak pengantin lelaki perlu membayar mas kahwin.

Tiada diskaun kerana perkara ini memang sudah termaktub dalam al-Quran. Setiap negeri mempunya nilai masing-masing mengikut berkahwin dengan janda dan bujang. Namun begitu, ada juga pihak pengantin lelaki yang mengambil inisiatif untuk memberikan mas kahwin lebih dari yang ditetapkan. Pun tidak salah. Perkahwinan kan merupakan satu penyatuan dua keluarga, terdapat banyak perkara yang boleh dibawa berbincang.

Barang kemas yang dipakaikan sewaktu bernikah itu pula bukan mas kahwin. Ada pihak yang keliru sama ada itu mas kahwin atau tidak. Lazimnya mas kahwin akan diberi dalam bentuk tunai namun begitu, ada juga pihak pengantin yang mahukan mas kahwin itu diterjemahkan dalam bentuk emas. Jadinya sebenarnya barang kemas yang kita lihat pengantin dipakaikan ketika majlis pernikahan itu kebanyakannya merupakan hadiah daripada pengantin lelaki kepada pengantin perempuan.

3. Mas kahwin ini sepenuhnya milik mutlak pengantin perempuan.

Keluarga tidak boleh sentuh. Keluarga pengantin perempuan hanya boleh sentuh wang hantaran. Wang hantaran sangat berbeza dengan mas kahwin ya. Wang hantaran lazimnya digunakan oleh pihak pengantin perempuan untuk menyelesaikan kenduri mereka. Maksudnya, wang hantaran bukan mas kahwin. Ia perkara lain. Wang hantaran ditetapkan oleh pihak pengantin perempuan. Sebab itulah wang hantaran selalunya berpuluh-puluh ribu (Ikut budi bicara pihak pengantin perempuan juga).

Namun begitu, apa-apa pun, musyawarah antara kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan perempuan sangat penting dalam sesuatu perkahwinan. Wang-wang tersebut tidak boleh dibazirkan begitu sahaja. Perlu ada perancangan yang baik untuk kedua-dua belah mempelai supaya masa depan lebih cerah. Jadi, berbincanglah sebaik-baiknya. Communication is the key.

Sekian, gunakan wang hantaran dengan bijak!

tips kumpul duit kahwin

About the Author

Adzrif

Penulis

Seorang 'Wedding Videographer' yang minat melihat detik-detik indah di majlis kahwin. Juga, peminat kopi yang tegar!

View All Articles