Sedar atau tidak, rezeki yang diberi oleh Allah kepada anda sangat banyak.

Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Allah tetap beri rezeki kepada anda walaupun anda kadang-kadang alpa dan lupa tentang kewujudanNya.

Namun begitu, anda boleh buat beberapa amalan ini (sebenarnya apa-apa amalan pun pasti akan Allah balas dengan rezeki yang melimpah-ruah) yang boleh anda lakukan sebagai magnet rezeki.

Lagi-lagi untuk mereka yang bakal bergelar suami atau isteri orang.

1. Tahajud

Tahajud boleh dilakukan dua rakaat je sebenarnya.

Bangun, solat dua rakaat.

Settle.

Tapi tak syoklah kalau dah bangun nak solat dua rakaat sahaja kan?

Boleh juga disertakan dengan solat sunat taubat dan solat sunat hajat.

Lepas solat tu, mintalah banyak-banyak dari Allah.

Minta sahaja apa-apa.

Doa anda pasti akan diangkat.

Sebenarnya, jawapan untuk doa anda itu bukannya “tidak”, Allah tidak pernah tak dengar doa hamba-hambaNya.

Allah akan beri yang terbaik buat hamba-hambaNya.

Jangan lupa untuk didoakan murah rezeki dan dicukupkan segala-galanya terutamanya duit untuk kahwin bagi mereka yang sedang mengumpul duit.

2. Yassin

Surah Yassin merupakan Mub’mah atau maksud dalam bahasa Melayunya pemberi berita baik.

Surah Yassin juga merupakan hati al-Quran.

Lazimnya orang-orang Melayu baca surah Yassin pada malam Jumaat kan?

Anda boleh cuba untuk membaca surah ini setiap hari selepas subuh.

In shaa Allah, semua urusan anda dipermudahkan dan anda akan rasa ada kelainan dalam hidup anda.

Jika diceritakan tentang fadhilat surah Yasin, tidak akan cukup untuk satu artikel.

Oleh itu, yakinlah dan dalamilah maksud surah Yasin serta amalkanlah setiap hari.

3. Dhuha

“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu. Ya Allah jika rezeki masih di langit turunkanlah. Jika di bumi keluarkanlah. Jika sukar permudahkanlah. Jika haram sucikanlah. Jika jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikanMu, keindahanMu, kekuatanMu, kekuasaanMu. Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.”

Bait-bait doa selepas menunaikan solat dhuha memang jelas meminta rezeki daripada Allah.

“Aku buat solat dhuha tak dapat-dapat pun rezeki banyak. Miskin je aku.”

Hey!

Jangan cakap begitu sebab anda buat solat dhuha ini untuk tempoh yang jangka masa panjang.

Anda akan dapat lihat juga kebaikan daripada anda mengerjakan selalu solat dhuha sama ada cepat ataupun lambat.

4. Al-Waqiah

Surah Al-Waqiah merupakan satu surah yang boleh menjemput rezeki.

Surah ke-56 di dalam al-Quran ini.

Perkara ini selari dengan daripada Ibnu Mas’ud r.a.

Rasulullah S.A.W. bersabda

“Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

(Hadis Riwayat Al-Baihaqi).

Jadikan surah ini sebagai amalam setiap hari.

Sekejap sahaja masa yang diperlukan untuk membaca surah ini.

5. Ayat 1000 Dinar

Ayat seribu dinar atau ayat 2 hingga 3 surah At-Talaaaq merupakan ayat yang mempunyai banyak kebaikan.

Ayat ini boleh dibaca untuk tawakal dalam sesuatu perkara, untuk hilang resah, waktu naik kenderaan dan sebagainya.

Maksud ayat ini juga berkisarkan tentang menyerah diri kepada Allah dan yakin Allah akan membantu hamba-hambaNya ketika susah.

Jika pada saat ini, anda sedang dihimpit apa-apa masalah yang sangat menekan, lagi-lagi berkaitan urusan kahwin, cubalah amalkan ayat ini.

6. Doa Ibu

Doa ibu memang tiada hijab ya.

Beruntunglah kalian yang masih ada ibu.

Mintalah doa daripada ibu.

Walaupun nanti ibu anda akan rasa “eh buang tabiat kea pa anak aku ni?” tapi minta sahaja.

Jangan malu-malu.

Doa ibu merupakan doa yang paling mustajab sebab tiada hijab kan.

Di kesempatan ini, tolong ya jaga perasaan ibu bapa betul-betul.

Hal ini kerana tanpa mereka pasti anda tidak akan dapat hidup di muka bumi ini.

Cubalah amalkan perkara-perkara yang disebut, pasti ak=nda akan rasa perubahan terjadi dalam kehidupan anda.

Selamat beramal!

Kredit Gambar: Sweetpictures