Nak Kurus Sebelum Kahwin Dengan Cepat? Ikuti 10 Tips Ini!

“Alamak, lagi sebulan nak kahwin tapi badan on point lagi!” .

Anda merupakan bakal pengantin yang runsing tak tahu apa nak buat untuk kurus?

Jangan risau, ikuti tips-tips ini, confirm badan hot sebelum hari perkahwinan.

1. Minum Segelas Air Kosong Selepas Bangun Tidur

Sejurus anda bangun tidur, sebelum menggosok gigi, amalkan pengambilan secawan lebih kurang 500 mililiter.

Selain mampu meningkatkan sistem penghadaman, amalan ni boleh buat muka anda awet muda.

Pasti pasangan anda makin tak sabar nak kahwin!

2. Amalkan Minum Cuka Epal

Minum cuka epal dengan memasukkan satu sudu cuka epal dicampurkan dengan secawan air (ikut keselesaan nak banyak mana) 30 minit sebelum ambil sarapan. Pastikan minum cuka epal ini menggunakan straw kerana campuran cuka epal ini boleh menipiskan enamel gigi. Amalan ini boleh memudahkan penghadaman makanan dan juga meningkatkan kecantikan kulit. Pasti anda boleh tampil kurus pada majlis perkahwinan nanti.

3. Senaman Kardio

Ala, kena bersenam ke? Tak perlu lama—lama, hanya 30 minit sehari.

Senaman bukan sahaja mampu menguruskan badan tapi dapat meningkatkan stamina untuk anda bersedia menghadapi majlis perkahwinan yang pastinya memerlukan tenaga yang banyak.

Antara cadangan channel Youtube yang boleh dirujuk untuk senaman ialah POPSUGAR Fitness, Sabrina Chairunnisa,STRONG bi Zumba dan Chloe Ting.

4. Intermittent Fast / Puasa

Anda boleh lakukan IF jika mahu tengok result yang cepat.

Caranya ialah puasa selama 16 jam dan hanya boleh makan selama 8 jam atau mana-mana pecahan waktu yang sesuai.

Namun sewaktu berpuasa, anda boleh minum air jika rasa lapar.

Bagi yang Muslim, bolehlah berpuasa sunat Isnin dan Khamis.

Selain kurus, puasa juga mampu menurunkan kandungan gula dalam darah.

Jika anda kurus dengan sihat, pasti pasangan makin sayang walaupun setelah lama berkahwin nanti.

5. Teh Hijau Untuk Step Up Game!

Minumlah secawan teh hijau sebelum tidur.

Boleh tingkatkan metabolism badan.

Tapi jangan pula anda minum betul-betul sebelum tidur.

Nanti asyik masuk ke tandas sahaja waktu malam kerana teh hijau ini berfungsi sebagai pelawas.

Uncang the hijau itu boleh dijadikan masker untuk wajah yang flawless.

Anda dapat dua bonus dari teh hijau ini, kurus dan juga wajah yang berseri untuk majlis perkahwinan nanti!

6. Suku-suku Separuh

Makanlah sepinggan ikut formula suku (karbohidrat), suku (protein) dan separuh sayuran serta buahan.

Jangan lupa untuk kunyah dulu makanan-makanan ini sebelum ditelan supaya mudah dihadam.

Jika formula ini diamalkan, bukan badan yang kurus sahaja anda dapat tetapi badan yang sihat juga akan dimiliki supaya kekal sihat untuk menguruskan majlis perkahwinan gilang-gemilang nanti.

7. Waktu Haram Makan

Haram untuk makan selepas jam 7 malam!

Ini amaran keras kerana badan manusia memerlukan 2 jam untuk menghadam makanan.

Jika anda makan jam 8 malam, anda hanya boleh tidur pada jam 10 malam.

Isilah masa malam anda dengan pasangan anda sama aada secara bersemuka atau maya supaya perancangan kahwin dapat dilakukan dengan lebih jelas.

8. Tidurlah Sayang

Tidur awal supaya anda tidak lapar di lewat malam dan mula mengambil makanan pada waktu malam.

Selain itu, tidur yang cukup juga boleh membuatkan badan kurus dan berfungsi dengan lebih baik dan meningkatkan mood anda.

Takdalah nanti anda bergaduh dengan pasangan sebab mood sentiasa baik.

9. Disiplin dan Konsisten

Apa-apa pun, disiplin dan konsisten dalam semua yang anda lakukan.

Jangan mudah berputus asa.

Ingat mengapa anda mulakan gerakan untuk menguruskan badan.

Anda kena berjuang habis-habisan untuk kelihatan paling mantap pada majlis perkahwinan nanti.

Majlis perkahwinan ini hanya sekali tau seumur hidup.

10. Be Happy, Jangan Stress

Akhir sekali, jangan stress. Jangan asyik nak timbang berat dan mengeluh berat tak turun.

Ini semua proses. Anda tak boleh dapat instant result sekelip mata.

Semuanya memerlukan kesabaran.

Bergembiralah dalam menjalani proses ini.

Sentiasa minta sokongan keluarga, pasangan dan rakan-rakan.

Ingat semula matlamat anda untuk kelihatan ramping pada majlis perkahwinan anda!

Semoga berjaya!

Jika anda dah cuba 1001 cara seperti beli ubat kurus, tapi masih belum berjaya kuruskan badan, saya sarankan anda baca tips dan panduan formula kurus ini (KLIK SINI).

Serius, anda tak perlu tahan lapar atau tidak makan langsung, hanya fokus untuk ikuti formula kurus sehingga ke majlis perkahwinan anda.

About the Author

Adzrif

Penulis

Seorang 'Wedding Videographer' yang minat melihat detik-detik indah di majlis kahwin. Juga, peminat kopi yang tegar!

View All Articles