Berdebar, takut, gementar dan gembira semua bergabung menjadi satu perasaan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Jangan panik! Anda Cuma perlukan beberapa permainan komunikasi sahaja. Di sini akan dikongsikan beberapa tips untuk anda berjumpa dengan keluarga pasangan a.k.a bakan keluarga mentua:

1. Buat Research tentang Mereka

Sebelum berjumpa dengan keluarga pasangan, pastikan anda buat sedikit research tentang mereka terdahulu. Maksudnya, bagaimana perangai keluarga pasangan, apa yang mereka suka dan tidak suka serta sebagainya. Research ini bertujuan untuk memastikan anda sentiasa berada di atas landasan yang betul. Anda bolehlah cari cara yang betul untuk approach mereka.

2. Bawa Buah Tangan

Jangan datang dengan tangan kosong sebaliknya bawalah buah tangan untuk mereka. Antara buah tangan yang anda boleh bawa ialah buah-buahan, kek, cookies dan makanan. Hal ini kerana makanan yang umum seperti itu pasti disukai oleh mereka. Kalau anda tahu apa makanan kegemaran mereka, lagi senang.

3. Pakaian dan Penampilan

Jangan pakai atau bersolek terlalu over. Cuba jadi minimalist untuk satu hari. Selalunya orang-orang tua ni tak suka orang-orang yang make-up berlebihan ni. Pemakaian juga, pakailah pakaian yang sopan. Jangan pakai warna-warna yang striking, pakailah pakaian berwarna pastel atau lembut supaya sejuk mata orang-orang yang memandang.

4. Ramah dan Sopan tetapi Jangan Berlebihan

Berbuallah topik-topik yang berkenaan dengan mereka tetapi secara sopan. Pastikan anda tidak meninggikan suara dan kurang ajar dengan mereka tetapi jangan berlebihan. Berlebihan di sini bermaksud anda macam terlalu mengampu mereka. Nanti silap-silap anda dilabel sebagai kaki ampu pula dari kalangan keluarga mereka dan anda akan digelar badut. Perkara ini merupakan perkara realiti tau. Jangan overlah, itu je.

5. Santai dan Jadilah Diri Sendiri

Santai dan tenang. Jangan nampakkan anda terlalu nervous. Tak berbaloilah nak nervous-nervous. Nervous boleh membawa banyak kesalahan akan berlaku. Kekal tenang, anggap sahaja anda sedang berbual dengan keluarga anda sendiri. Hormat mereka seperti mana anda menghormati keluarga anda sendiri. Tambahan, jangan fake dan jadilah diri sendiri. Hal ini bermaksud, anda kena jadi diri sendiri dan berilah positive vibe tu ketika berada bersama-sama mereka.

Jika anda mengamalkan tips-tips di atas, in shaa Allah, peratusan anda untuk memikat hati ahli keluarga pasangan ialah tinggi. Yang penting, kekal tenang dan santai serta yakin. Pasti Allah akan membantu anda. Semoga urusan anda dipermudahkan, selamat berjumpa keluarga mentua!

Tagged in:

,

About the Author

Adzrif

Penulis

Seorang 'Wedding Videographer' yang minat melihat detik-detik indah di majlis kahwin. Juga, peminat kopi yang tegar!

View All Articles