Daripada Abu Hurairah ra, daripada Nabi Muhammad saw bersabda: “Perempuan itu dikahwini kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang beragama – nescaya bahagialah engkau.”

(Mutaffaqun Alaih)

Wang hantaran merupakan wang yang dihadiahkan oleh pihak pengantin lelaki kepada pihak pengantin perempuan. Wang hantaran tu lah yang selalunya anda dengar sampai mencecah puluhan ribu. Tak mampu? Terlalu banyak? Jangan risau, sebab tu ada hadis yang menunjukkan yang terbaik untuk memilih pasangan ialah kerana sekufu. Sekufu ni bukan bermaksud sama-sama kaya atau sama-sama miskin. Boleh juga kerana skufu pemikiran. Seperti yang telah disebut berkali-kali dalam artikel sebelum ini, komunikasi amatlah penting. Anda boleh gambarkan komunikasi itu sama dengan perkahwinan. Jadi, sila rujuk di bawah tentang macam mana nak dapatkan nilai terbaik untuk wang hantaran:

1) Terangkan Ekonomi

Terangkan ekonomi kewangan anda. Jangan malu sebab kalau sebelum kahwin pun anda sanggup tipu mentua, apatah lagi nanti sudah berkahwin. Jujur sahaja tapi janganlah melampau sampai minta nilai rendah sangat. Runding, runding dan runding. Jika anda jujur dan kejujuran anda dapat dilihat oleh mentua, dengan izin Allah, pasti wang hantaran dapat diberi dengan nilai yang berpatutan. Sebab mereka pun pernah melalui perkara yang anda sedang lalui, ibu bapa ni memang takkan sanggup nak menyusahkan anak-anak muda yang ingin mendirikan masjid. Jujur dan jangan lupa doa kepada Allah ya?

2) Terangkan Perancangan

Jika anda rasa wang hantaran yang ditetapkan terlalu tinggi atau rendah, anda boleh ambil masa untuk terangkan segala perancangan yang mungkin boleh digunakan oleh pihak pengantin perempuan. Tapi perancangan ni jangan anda pergi bentang macam pembentangan di kuliah pula depan semua orang. Bentang depan pasangan anda. Beritahu bakal isteri anda, kenapa mesti wang hantaran itu bernilai seperti yang anda minta. Tapi jangan pentingkan diri fikir nak jimat sahaja. Perkahwinan ini sekali seumur hidup, jadi pastikan berbaloi tapi jangan berlebihan. Wang hantaran tu tak semestinya untuk kenduri sepenuhnya kan? Boleh jadi untuk hidup selepas majlis perkahwinan. Perkara ini akan dikupaskan pada artikel yang akan datang.

3) Strategi Mengumpul

Macam mana nak kumpul duit hantaran? Takkan tiga puluh ribu pihak lelaki sahaja kumpul? Matilah nak berhutang. Tahukah anda, memang ada pihak lelaki yang berhutang gara-gara untuk wang hantaran dan juga kenduri. Berbaloi kah? Jawapannya tidak. Jangan berhutang untuk keseronokan satu hari. Tenang, bincang dan rancang. Sebenarnya memang lelaki patut kumpul serratus peratus wang tersebut tapi kalau anda mahu kahwin awal, anda boleh membahagikan untuk kumpul wang tersebut mengikut peratus, 50-50, 70-30 atau 80-20. Terpulang kepada pasangan tapi anda kan lelaki, bertanggungjawab sikit, takkan nak 50-50? Dan kalau dah minta bakal isteri kumpul sekali, jangan nanti dah kahwin buat tak tahu sahaja. Pastikan anda bayar semula bila sudah ada wang. Baru macho kalau begitu!

Sekian, selamat mengumpul duit!

Kredit Gambar: Astro Awani

tips kumpul duit kahwin

About the Author

Adzrif

Penulis

Seorang 'Wedding Videographer' yang minat melihat detik-detik indah di majlis kahwin. Juga, peminat kopi yang tegar!

View All Articles