Berdasarkan ciapan yang telah dikongsikan oleh @akif_basri di laman Twitter, ada sepuluh fakta tentang pengaruh bapa terhadap anak menurut perspektif psikologi. Beliau menulis ringkasan untaian ciapan ini berdasarkan buku “Do Fathers Matter? What Science Is Tlling Us About the Parents We’ve Overlooked” oleh Paul Raeburn. Goodreads memberi rating 3.5/5 dan Barnes & Noble pula memberi rating 5/5 kepada buku ini. Buku ini merupakan satu buku yang mengupas adakah seorang ayah sangat berperanan dalam pembesaran anak. Berikut merupakan ringkasan fakta tentang pengaruh bapa terhadap anak daripada aspek psikologi.

1. Anak yang ada bapa dan rapat dengannya ketika kecil menunjukkan kurang tantrum atau mengamuk, kurang masalah disiplin dan lebih menjadi dan popular serta disukai di sekolah.

2. Menurut Jean Piaget, perkembangan kognitif kanak-kanak amat aktif pada usia 1-5 tahun. Masa ini sesuai untuk ajar apa-apa pada anak anda. Untuk latihan bercakap, bapa lebih berpengaruh berbanding ibu dalam perkembangan bahasa kanak-kanak. Lagi cantic kalau bapa yang menggunakan banyak perkataan dan kosa kata ketika bermain dan membaca buku cerita.

3. Kalau bapa lebih banyak bermain secara kasar (rough and tumble play) dengan anak, anak akan lebih berani untuk menghadapi risiko dan lebih matang untuk menghadapi masa hadapan.

4. Anak yang ada bapa yang menyokong transisi anak ke sekolah mempunyai hubungan yang lebih baik dengan rakan. Transisi bermaksud peralihan dari satu perkara ke satu perkara. Sebagai contoh, sokong daripada nakal menjadi lebih mendengar kata.

5. Anak-anak yang disokong penuh juga akan mempunya skil sosial yang baik. Maksudnya kemahiran insaniah mereka akan terpupuk daripada kecil berbanding anak yang bapanya langsung tidak peduli mereka.

6. Bapa yang sering bertanyakan hal sekolah kepada anak-anaknya boleh mengelakkan anak mengalami kemurungan. Oleh sebab itu, ada sesetengah anak yang bermasalah di sekolah atau tidak suka ke sekolah wujud kerana orang tuanya tidak ambil peduli.

7. Budak perempuan yang ada ayah yang rapat akan mengalami risiko yang rendah dalam tingkah laku seksual serta seks pra-perkahwinan atau masalah-masalah sosial yang lain. Sebab tu pentingnya peranan ayah dalam menjaga anak perempuan.

8. Sentuhan mesra seorang ayah boleh boost keyakinan anak itu hatta sekecil-kecil sentuhan. Itu merupakan peneguhan positif kepada anak itu untuk terus percaya diri dan bergerak ke hadapan dengan maju.

9. Ayah yang terlibat dengan tukar lampin, mandi dan bagi makan anak selain bermain akan ada hubungan yang rapat dengan anak berbanding bapa yang hanya bermain-main dengan anak tanpa tukar lampin dan suapkan anak makan.

10. Anak perempuan yang rapat dengan ayah mempunyai IQ yang lagi tinggi daripada anak perempuan yang tidak rapat dengan ayah.

Oleh itu, kepada kaum-kaum bapa di luar sana atau bakal-bakal bapa, anda hendaklah rapat dengan anak-anak atas dasar kebaikan yang telah dikongsikan sebentar tadi. Ini terbukti secara saintifik, bukan sekadar karangan semata-mata. Selamat mencuba!

About the Author

Adzrif

Penulis

Seorang 'Wedding Videographer' yang minat melihat detik-detik indah di majlis kahwin. Juga, peminat kopi yang tegar!

View All Articles