Bulan Ramadan merupakan bulan yang diberkati oleh Allah yang membawa seribu satu rahmat. Bulan Ramadan juga merupakan bulan di mana umat Islam akan berpuasa di siang hari. Hanya boleh makan pada malam hari. Ramai orang yang menjadikan bulan Ramadan titik permulaan untuk mendapatkan badan yang ramping. Lagi-lagi bakal pengantin yang akan berkahwin dalam masa yang terdekat ini. Oleh itu, mari lihat apakah yang anda boleh lakukan untuk kurus dalam bulan Ramadan ini.

1) Sahur Dengan Air Nabeez

Air Nabeez ini merupakan air kosong yang direndamkan carikan kurma di dalamnya. Sebelum anda tidur pada malam hari, cariklah 1, 3 atau 5 biji kurma (nombor ganjil) dan rendamlah di dalam air kosong . Jangan letak dalam peti ais, cukup sekadar anda menutup bekas minuman dengan apa-apa sahaja. Ini merupakan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. dan berkesan untuk membekalkan tenaga kepada orang yang berpuasa pada siang hari. Air ini juga boleh melancarkan penghadaman.

2) Jangan Tidur Selepas Sahur

Selepas sahur, janganlah tidur. Hal ini kerana jika anda bersahur dan perut anda kenyang,makanan tidak sempat lagi diproses dan anda akan mengalami banyak masalah jika anda tidur selepas sahur. Antaranya ialah perut akan rasa sebu, perut buncit dan juga pening kepala. Oleh itu, kekallah berjaga sehingga masuk waktu subuh. Pasti pagi anda akan rasa diberkati.

3) Perbanyakkan Solat Sunat

Solat merupakan salah satu senaman juga. Hal ini telah terbukti dengan kajian-kajian yang dilakukan oleh ramai saintis termasuklah saintis Barat. Anda boleh perbanyakkan solat sunat ketika bulan puasa ini dan juga boleh diamalkan selepas bulan puasa juga. Antara solat sunat yang anda boleh lakukan ialah taubat, solat sunat hajat, solat sunat tahajud,solat sunat solat sunat sebelum subuh, solat dhuha, solat sunat selepas dan sebelum zohor, solat sunat selepas mahgrib, solat sunat selepas isyak, solat terawih dan solat sunat witir. Anda boleh melakukan solat-solat ini di samping dapat pahala, anda juga dapat tubuh badan yang sihat.

4) Bersenam Sejam Sebelum Berbuka

Bersenam sejam sebelum berbuka. Ambillah masa sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Tak perlu buat aktiviti yang berat pun, cukuplah sekadar berzumba atau HIIT workout. Kalau rasa penat, cubalah untuk berehat sebentar. Kenapa waktu petang? Waktu ini, badan sudah bersedia untuk membakar lemak kerana tiada makanan yang diambil pada siang. Jadi, berusahalah.

5) Jangan Tidur Siang

Pantang ya tidur siang. Tidur siang ni memang tiada kajian saintifik yang mengatakan boleh menggemukkan tetapi perasan tak kalau anda tidur siang, muka anda akan jadi lebar? Jadi sebaik-baiknya, tahanlah mengantuk itu. Cubalah untuk membaca al-Quran atau menolong ibu bapa di rumah.

6) Solat Maghrib Dahulu

Apabila berbuka puasa, solatlah maghrib dahulu. Jangan terus makan berat. Berbukalah dengan kurma dan secawan air dahulu. Pergilah solat maghrib dahulu. Bila solat, otak akan rasa bertenang dahulu. Keinginan nak makan akan menurun. Jadi anda akan kurang makan.

7) Minum Air Secukupnya

Minumlah air kosong secukupnya. Air sangat penting untuk tubuh badan. Nanti badan takdalah dehidrasi. Minum air selepas berbuka dan waktu bersahur. Cuba elakkan air manis. Jangan sentuh langsung air manis. Kalau nak sangat air manis, minum setengah cawan sahaja. Cubalah minum cukup sekadar rasa.

8) Tidur Awal

Tidur awal. Agak-agak habis sahaja tarawih, tadarus dan sebagainya, cubalah lelapkan mata. Macam mana nak tidur awal? Jangan main telefon bimbit apabila anda baring. Baring terus pejam mata. Usaha nak tidur.

9) Doa

Berdoalah kepada Allah. Doa banyak-banyak kepada Allah supaya boleh turunkan berat badan anda. Doa itu merupakan senjata yang paling ampuh. Jadi, silakan berdoa. Mintalah banyak-banyak dari Allah.

Jadikanlah bulan Ramadan ini lebih baik dari Ramadan sebelum ini kerana belum tentu kita akan berjumpa dengan Ramadan seterusnya. Di samping beribadah, kita boleh kuruskan badan. Selamat beramal!

Kredit Gambar: FMT News

About the Author

Adzrif

Penulis

Seorang 'Wedding Videographer' yang minat melihat detik-detik indah di majlis kahwin. Juga, peminat kopi yang tegar!

View All Articles