Punyalah besar tanggungjawab seorang lelaki sehingga selalunya orang selalu bercakap tentang lelaki punya persediaan sahaja sebelum berkahwin. Tetapi apalah sebuah rumah tangga itu jika tidak diserikan dengan seorang isteri yang betul-betul sudah bersedia. Anda sebagai seorang gadis juga perlu membuat persediaan sebelum bergelar isteri, tidak kisahlah anda bakal berkahwin lagi dua hari, dua minggu, dua bulan, dua tahun, tidak tahu lagi bila mahu berkahwin atau tidak jumpa lagi bakal imam. Jangan risau, persediaan ini merupakan persediaan yang perlu diambil oleh semua gadis apabila sudah menginjak usia 20 tahun. Tetapi kalau lagi muda anda tahu tentang perkara ini, lagi bagus kerana ini merupakan ilmu untuk diri sendiri juga.
1. Ilmu Tentang Agama
Agama merupakan perkara nombor satu yang perlu dihadam sebaik-baiknya oleh semua orang tanpa mengira lelaki dan perempuan. Agama merupakan aspek yang sangat penting bagi sesebuah rumah tangga. Rumah tangga + Pengetahuan agama = Bahagia.
“Tak payah tahulah pasal agama sangat. Tahu sikit-sikit dah lah. Nanti boleh tanya suami kan?”
Memang anda boleh tanya suami kalau suami anda berpengetahuan. Kalau yang jenis semua benda tak tahu atau jenis palatao tu? Tak ke naya hidup anda nanti. Sebagai seorang perempuan, walau sejahat mana pun anda, selalulah selit di dalam hati bahawa anda orang beragama dan anda perlu agama untuk kehidupan ini. Islam tidak perlukan anda tetapi anda yang perlukan Islam. Bacalah buku. Kalau malas baca buku, boleh baca bahan di internet seperti laman sesawang Jabatan atau Majlis Agama Islam Negeri. Kalau malas juga membaca di internet, boleh menonton video-video di Youtube. Kalau malas menonton video di Youtube, tanyalah orang yang lebih berpengetahuan dalam agama seperti ustazah. Jangan malu bertanya. Anda sebagai orang yang mencari ilmu yang perlu mencari ilmu, bukan ilmu itu yang cari anda. Jika anda ada pengetahuan tentang agama, maka jika berlaku (tidak mintalah jadi) apa-apa yang tidak baik dalam rumah tangga, anda tahu hak anda dan nasib anda akan terbela. We need this knowledge to empower us, girls!
2. Tahu Masak
Sebenarnya, anda semua tahu memasak tau. Tahu masak dan pandai masak merupakan dua perkara yang berbeza. Tahu masak, anda tahu masak yang basic-basic. Jadilah untuk hidup tapi kemahiran ini akan meningkat dari semasa ke semasa. Pandai masak pula, anda memang pandai masak macam cheflah. Boleh buka restoran dah. Dalam perkahwinan, anda bukan mahu membukan restoran. Cukuplah anda tahu memasak dan enak ditelan oleh suami. Nanti makin lama anda akan pandai masak dengan sendiri. Jaranglah orang pandai masak ni tiba-tiba dia pandai masak. Selalunya mereka akan pandai berdasarkan pengalaman memasak mereka. Jadi, be courage. Masak je tau! Anda boleh sebenarnya cuma kalau tidak yakin, belajarlah dahulu daripada orang-orang yang berpengalaman seperti keluarga anda atau kawan-kawan anda. Ada sesetengah orang, dia tak boleh belajar dengan keluarga, dia akan boleh belajar dengan kawan. Jika sudah tahu memasak, in shaa allah, tiada masalah makan dah apabila berkahwin nanti. Mak mentua pun jatuh suka pada menantu dia ni.
3. Ilmu Rumah Tangga
Ilmu rumah tangga juga perlu dituntut. Perkara ini boleh diaplikasikan oleh gadis-gadis yang betul-betul sudah dekat mahu berkahwin. Kalau mahu express, belajarlah dengan ahli keluarga. Jangan segan untuk bertanya kerana mereka faham anda sedang belajar. Contohnya, tanya macam mana nak uruskan suami, apa yang perlu dilakukan untuk memikat suami dan sebagainya. Ilmu ini juga boleh dibaca melalu pembacaan meluas.
4. Beauty Is Pain
Nak cantik memang seksa. Pelangi hanya akan muncul selepas hujan rebut melanda, okay? Anda kena usaha sikit kalau nak cantik. Beberapa sebelum majlis perkahwinan atau anda rasa kesedaran itu sudah sampai, jagalah diri anda sebaik mungkin. Kalau lambat lagi nak kahwin pun boleh ikut nasihat ini. Untuk penjagaan muka, amalkan penjagaan yang terbaik. Mulakan dengan asas iaitu pencuci muka, penyegar muka, pelembab dan sunscreen. Jika asas ini anda sudah lakukan, pasti muka anda akan tidak mengalami masalah yang banyak. Jika mampu, boleh juga buat facial di pusat rawatan kecantikan. Untuk penjagaan badan, eat clean and exercise regularly. Cuba untuk makan menggunakan formula suku-suku separuh dan bersenamlah sekurang-kurangnya tiga kali sekali (kalau hari-hari pun boleh juga, lagi bagus). Pasti anda dapat kelihatan cantic sebelum majlis perkahwinan anda.
5. Mental dan Emosi
Banyakkan berfikir di luar kotak. Anda kena latih mental anda untuk makin kuat. Jika sebelum kahwin, apabila anda mengalami apa-apa masalah, tenang dahulu. Kemudian berfikirlah secara rasional cara untuk menyelesaikan masalah itu. Bila nak kahwin ni, mental kena kuat. Jangan sikit-sikit nak down, down boleh tapi jangan terlalu lama kerana down sahaja tidak boleh menyelesaikan masalah. Belajar juga kawal emosi. Jangan terlalu ikutkan emosi apabila berhadapan dengan apa-apa kesukaran. Jangan biarkan diri anda dikawal emosi kerana diri yang dikawal emosi ni selalunya akan membuat perkara-perkara yang tidak sepatutnya.
Ada banyak lagi persediaan yang perlu dilakukan oleh anda sebagai seorang gadis sebelum kahwin. Tetapi lakukanlah sedikit demi sedikit kerana lama-lama akan menjadi bukit. Usahalah walau sedikit kerana Allah tidak melihat hasil tetapi melihat usaha anda.