Nak kahwin tapi tak pandai masak.

Nanti apa pula kata mentua?

Mampu ke nak masak walaupun tidak pernah jejak ke dapur?

Jangan risau, ikuti sahaja tips-tips di bawah dan dijamin anda akan jadi sehebat Chef Ramsay sebelum majlis perkahwinan.

1. Kenali Bahan-bahan dan Perkakas Masakan

Anda perlu berkenalan dahulu serba sedikit dengan bahan-bahan masakan.

Buat sedikit research di Google.

Tak perlu tahu dengan lebih mendalam, cukup sekadar tahu bahan-bahan asas.

Bahan-bahan asas yang dimaksudkan ialah bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia, garam, gula, kicap manis, kicap masin dan sebagainya.

Perkakas masakan seperti kuali, periuk nasi, periuk, oven dan sebagainya.

Nanti bila dah kahwin takdalah dengan bakal mentua terkial-kial tak tahu semua benda.

2. Catat Resipi

Untuk tumbuhkan rasa minat nak memasak, anda boleh catat resipi yang anda suka di dalam aplikasi note di dalam telefon pintar anda.

Boleh juga menggunakan aplikasi Notes atau Evernote.

Bila kita catat resepi di dalam handphone, mudahlah bila-bila kita nak masak nanti.

Mana tahu tiba-tiba datang melawat rumah pasangan, tiba-tiba mak mentua test kita punya power untuk memasak sebelum kahwin.

3. Belajar dengan yang Berpengalaman

Jika anda di rumah, cubalah jenguk-jenguk ke dapur tu, jangan-jangan sudah terbakar? Hehe.

Kalau hari ini memang anda hanyak tahu goreng telur atau masak air sahaja, cubalah belajar dengan yang berpengalaman.

Contohnya dengan ibu bapa, adik-beradik dan juga rakan-rakan.

Jangan malu nak menuntut ilmu kerana ilmu masakan ini, selepas kahwin pun kita masih perlu belajar lagi ; dengan keluarga pasangan anda pula.

4. Magis Bawang-bawang dan Cili-cili

Kebanyakan masakan menggunakan tumisan bawang merah, bawang putih atau cili-cili.

Antara masakan yang menggunakan tumisan ini ialah

  • sup (bawang putih, bawang merah),
  • masak merah (bawang putih, bawang merah dan cili),
  • buttermilk (bawang putih, daun kari),
  • kuah spagetthi carbonara (bawang putih, bawang Holland)
  • dan banyak lagi.

Boleh rujuk aplikasi seperti TikTok untuk hack masakan menarik.

Masakan-masakan yang dicadangkan di atas merupakan masakan yang mudah.

Boleh campak-campak aja, terus siap boleh tambat hati pasangan dan keluarga mentua walaupun belum kahwin lagi.

Orang kata, tak pandai memasak tak apa, asalkan rajin memasak sebab air tangan anda merupakan pengikat kasih sayang pasangan.

5. Pengalaman Merupakan Guru yang Terbaik

“No one is born as great cook,one learns by doing”.

Julia Child

Jika hari ini anda pernah memasak 0 menu masakan, esok cubalah masak apa-apa hatta telur goreng sekalipun.

Sekurang-kurangnya anda mencuba bukan?

Sebab pengalaman merupakan guru yang terbaik.

Biarlah hangit atau tak jadi macam dalam group Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni, sekurang-kurangnya anda tahu apa yang salah dan akan baiki pada masa hadapan.

Makin lama anda akan makin power masak sampailah boleh berganding dengan mak mentua nanti selepas kahwin.

Selamat mencuba!

About the Author

Adzrif

Penulis

Seorang 'Wedding Videographer' yang minat melihat detik-detik indah di majlis kahwin. Juga, peminat kopi yang tegar!

View All Articles