Pada tahun 2020, pelakon Sharifah Amani sudah berginjak ke usia 34 tahun.

Tetapi wajahnya dan bentuk tubunya seolah-olah masih lagi budak sekolah menengah!

Ramai yang terkejut apabila melihat perbezaan fotonya pada usia muda dan juga pada 34 tahun.

Tiada beza langsung!

Awet muda merupakan satu impian bagi semua orang tanpa mengira agama, bangsa, jantina dan negara.

Semua orang nak nampak muda.

Bahkan ada orang nak nampak muda supaya suami atau isteri tak cari lain dan juga.

Risau kan kalau pasangan anda cari pasangan lain.

Di sini kami akan berkongsi cara untuk jadi awet muda.

1. Makanlah Ulam-ulaman

Mulakan makan ulam-ulaman hari ini.

Jangan tunggu esok. Lakukan hari ini juga.

Tak tahu nak makan ulam apa? Atau tak suka makan pahit?

Makan ulam-ulaman ini tidak semestinya makan pegaga atau ulam-ulam yang pahit it uterus, satu bonus jika anda boleh makan ulam-ulaman yang disebut sebentar tadi.

Anda boleh makan sayur seperti salad atau timun.

Sudahlah dapat jadi awet muda bahkan sedap pula tu untuk dimakan.

2. Banyak Minum Air Kosong

Air kosong merupakan satu minuman yang mempunyai banyak khasiat dan murah tetapi masih ramai lagi orang yang tidak mahu minum.

Banyakkan minum air kosong.

Lagi bagus kalau minum air kosong secawan selepas bangun tidur (tidak perlu gosok gigi, terus minum).

Enzim air liur ketika bangun tidur mampu untuk membantu melambatkan proses penuaan.

3. Elakkan Makan Makanan Berminyak dan Tidak Sihat

Katakan tidak kepada semua makanan berminyak, makanan segera, jajan dan semua makanan yang tidak sihat.

Boleh je makan sekiranya anda tidak tahan tetapi pastikan ada had.

Ubah cara masakan anda dengan jangan menggunakan teknik menggoreng sebaliknya gunakan teknik kukus.

Susah kan? Ingatlah bahawa “beauty is pain”.

4. Banyakkan Senyum

Banyakkan senyum dan ketawa dalam kehidupan seharian.

Gelak sahaja pada jenaka picisan yang suami atau isteri anda lakukan.

Selain dapat menghiburkan hati pasangan anda, anda juga dapat mengurangkan risiko penyakit.

Hal ini kerana senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melalui saraf otak dan juga hormone-hormon.

5. Jangan Beratkan Fikiran

Jangan selalu fikir remeh-remeh.

Selalu fikir yang simple-simple sahaja.

Jangan beratkan fikiran dengan perkara yang bukan-bukan.

Yakinlah setiap masalah yang anda hadapi, pasti Allah akan bantu keluar daripada masalah tersebut. Kalau kepala ringan, kulit pun akan lambat berkedut.

Nah, banyak kan tips untuk awet muda. Tinggal untuk diamalkan untuk anda sahaja. Selamat beramal!

Kredit Gambar: Sweetpictures