Tweet oleh @imnewborn_ pada 17 Disember 2019 yang menyatakan “Kenapa perempuan suka beli tudung banyak banyak tapi kepala ada satu je kan” telah mendapat perhatian warganet.

Ramai yang memberi respon kepada tweet ini sama ada daripada kaum lelaki mahupun kaum perempuan.

Tapi bila fikir-fikir balik, betul juga kan?

Kenapa perempuan suka sangat beli tudung sampai banyak sangat.

Cuba anda tengok ahli keluarga atau pasangan anda.

Tiap hari tudung yang berbeza bukan?

Nah, mari kita lihat sebab sebenarnya kenapa perempuan banyak sangat beli tudung.

1) Sebab Nak Matchy-matchy dengan Banyak Baju

Setiap baju ada warnanya tersendiri.

Tiap warnanya mesti ada warna tudungnya tersendiri.

Selalunya perempuan ada tudung yang berbeza-beza bagi setiap baju yang mereka ada.

Contoh kalau pakai baju merah jambu, tudungnya mesti sedondon dengan baju merah jambu.

Kadang-kadang setiap tona warna, perempuan mesti ada sekurang-kurangnya satu tudung bagi satu tona warna.

Jangan terkejut ya.

2) Sebab Godaan Membeli yang Tinggi

Pantang ada diskaun.

Nampak sahaja diskaun terus nak beli.

Itu tandanya marketing atau branding jenama tudung itu mantap.

Sampai orang asyik membeli sahaja.

Kadang-kadang, perempuan ni dah ada dah tudung jenis itu tapi sebab godaan, dia beli juga.

Anda sebagai lelaki, cubalah nasihat pasangan kalau ada yang jenis begini.

Hal ini kerana membazir tau kalau beli benda yang tidak perlu.

3) Sebab Cantik

Tudung-tudung keluaran seperti Naelofar Hijab, Aidijuma Scarf, Radiusite dan Daisy and Luth sangat menarik dan cantik.

Boleh jenguk ke Instagram mereka untuk lihat rekaan-rekaan tudung mereka.

Anda yang lelaki pun boleh terpaut tau dengan rekaan-rekaan mereka yang sangat cantik.

Perempuan pantang nampak tudung cantik, mesti ada keinginan nak beli.

Kalau ada duit, mesti dia beli.

Confirm!

Perempuan kan suka benda-benda yang cantik.

4) Sebab Nak Cuba Stail Baharu

Selalunya perempuan akan beli tudung sebab nak cuba stail baru.

Tudung kan ada macam-macam stail.

Bawal, tudung sarung, tudung instant, selendang instant dan selendang (shawl) yang selalunya terkenal.

Perempuan akan beli tudung yang daripada pelbagai jenis ni supaya dia boleh pakai ikut kesesuaian.

Contoh kalau bersukan, dia akan pakai tudung Raqtive yang ringan sebab material dia sesuai untuk bersukan walaupun dia jenis ‘bawal person’.

5) Sebab Nak Buat Koleksi

Ada sesetengah perempuan sangat obsess untuk buat koleksi.

Sebagai contoh, dia akan beli semua koleksi Ariani.

Kalau Ariani keluarkan tudung baharu sahaja, terus dia grab.

Tak tunggu esok, hari ni juga dia beli.

Perempuan akan rasa puas kerana ada banyak koleksi tudung yang dia kumpul.

6) Sebab Tudung Pun Pakaian Macam Baju

Akhir sekali, perempuan ada banyak tudung sebab tudung kan macam baju.

Maksudnya pakai sekali, kena basuh dah.

Sebab tu lah perempuan ada banyak tudung.

Pakai sekali, basuh. Itu kalau jenis yang jaga kebersihanlah.

Kalau ada satu tudung je, macam mana nak rotate tudung?

Busuklah tudung tu.

Ha, sudah terjawab bukan misteri kenapa perempuan suka sangat beli banyak tudung?

Oleh itu, anda sebagai lelaki janganlah terlalu sterotaip tentang ini kerana tudung pun pakaian untuk tutup aurat dan Allah memang suruh tutup aurat.

Lagi cantik kalau anda beli tudung untuk pasangan anda, mesti andalah man of the match!

About the Author

Adzrif

Penulis

Seorang 'Wedding Videographer' yang minat melihat detik-detik indah di majlis kahwin. Juga, peminat kopi yang tegar!

View All Articles