Selalu anda lihat yang jadi rider-rider food delivery macam Food Panda, Grab, Mc Delivery dan sebagainya semua lelaki kan? Sebenarnya kebanyakan daripada mereka sedang mengumpul duit kahwin jika ditanya. Anda boleh menceburi dalam pekerjaan-pekerjaan ini jika anda rasa anda mampu melakukannya.

“Alamak, saya tak konfidenlah nak bawak motor laju-laju. Saya takut saya lambat.”

Anda ada masalah seperti brader/sis di atas? Kalau ada, anda boleh memulakan bisnes makanan. Kenapa makanan? Bila difikirkan logik, makanan merupakan satu bisnes yang akan ada permintaannya sepanjang masa sebab manusia memerlukan makanan untuk hidup. Kalau jual benda lain, semua benda ada musim. Takut musim barang yang anda hendak jual itu cepat berlalu. Oleh itu, anda boleh cuba untuk membuat bisnes makanan. Tak perlu pun pergi buka gerai atau pergi sewa kedai. Jimat kos anda kan?

Bagaimana nak mulakan Bisnes Makan & Delivery Dari Rumah?

Anda boleh menjual makanan secara kecil-kecilan dari rumah. Tapi semuanya anda yang lakukan dari A hingga Z. Beli barang pun anda, masak pun anda dan hantar makanan pun anda. Dengan cara ini, wang akan lebih mudah untuk dicari dan keuntungannya memang anda dapat sendiri. Macam susah kan? Ingatlah demi si dia yang anda ingin halalkan. Berkorban sikit.

Mula-mula, anda cuba market dulu. Jangan terus buka order banyak-banyak. Sikit-sikit dulu. Makanan yang hendak anda jual tu janganlah yang mahal sangat-sangat. Yang biasa-biasa sudahlah. Contohnya macam soto, spagethi, macaroni dan jenis-jenis nasi. Tapi kalau nak senang, spagethi lah sebab anda hanya perlu masak spaghetti dan kuahnya. Hanya perlu dua komponen sahaja iaitu spagethi dan kuah. Tiada tambahan telur, bawang goreng dan sebagainya. Mudah kan?

Kalau ada sambutan, baru boleh ambil order banyak-banyak sikit. Makin banyak order, makin besarlah untung anda dapat. Untuk hari anda bekerja pun boleh buka order tetapi jangan banyak sangat tapi kalau weekend boleh buka order banyak-banyak sebab kebanyakan rakyat Malaysia memang suka makan pada waktu hujung minggu kerana mereka malas masak.

Berapa nak caskan untuk harga delivery?

Untuk delivery pula, tetapkan cas berpatutan. Jangan letak terlalu murah dan jangan letak terlalu mahal. Letaklah harga berpatutan. Anda juga boleh buat jika pelanggan beli 5 bungkus ke atas, free delivery. Pelanggan suka perkataan-perkataan ‘free’ ni. Lagi cantik kalau anda hantar betul-betul di hadapan pintu rumah mereka. Untuk permulaan, jangan cover bahagian jauh-jauh. Buka order untuk kawasan sekitar anda dahulu. Nanti bila dah kukuh baru boleh cover jauh-jauh. Sebagai contoh, jika anda tinggal di Teras Jernang, Bangi. Coverlah di bahagian Bangi sahaja. Jangan sampai ke Puchong Perdana.

Di samping berniaga, niatkan dalam hati anda untuk beribadah. Dengan menjual makanan ni niatkan dalam hati untuk menghalalkan si dia dan memudahkan urusan orang. Jual makanan ni dapat memudahkan urusan orang sangat-sangat tau.

“…Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”

Hadis Riwayat Muslim.

Sangat beruntung tau berniaga makanan ni, dapat duit dan dapat pahala sebab permudahkan urusan orang. In shaa Allah urusan anda untuk mengumpul duit kahwin juga akan dapat dipermudahkan. Saya cadangkan untuk anda baca panduan Bisnes Makanan Delivery yang ditulis suadara Syaiful ini. Beliau akan bantu dan ajar anda macam mana untuk dapatkan 100 pelanggan pertama dengan mudah dan kos yang rendah melalui Bisnes Makanan Delivery.

Kredit Gambar: Tikmasak

About the Author

Adzrif

Penulis

Seorang 'Wedding Videographer' yang minat melihat detik-detik indah di majlis kahwin. Juga, peminat kopi yang tegar!

View All Articles