Sudah di hujung 20-an tetapi masih lagi belum berkahwin? Risau akan menjadi ‘single’ sampai bila-bila? Sebenarnya, tidak salah pun jika menjadi single. Cuma stigma masyarakat pada masa kini sangat memanda serong kepada single-single terlajak. Jika anda sudah bersedia untuk melangkah ke gerbang perkahwinan tetapi tidak jumpa jodoh, anda boleh cuba cara-cara di bawah.
“Ala, malulah. Aku perempuan kot. Takkan perigi cari timba?”
Zaman era globalisasi ini, yang perempuan, jangan takut untuk memulakan langkah pertama. Jangan malu, anda cuba dulu. Cara-cara cari jodoh yang akan diberi ini bukanlah membuatkan terus anda berkahwin, lebih kepada anda menambah kenalan.
1. Ramah
Cuba ringankan mulut untuk bersembang dengan semua orang. Tapi bahaya pula kan bercakap dengan orang yang tidak dikenali. Cuba ringankan mulut bersembang atau berhubungan kembali dengan kenalan anda yang sudah lama anda tidak tegur. Contohnya kenalan sekolah, tempat kerja dan sebagainya. Kalau malu nak tiba-tiba chat, cubalah reply-reply story mereka tapi jangan reply semua story mereka , nanti mereka ingat anda psiko.
2. Rajin Pergi Mana-mana Majlis
Rajinkan diri pergi mana-mana majlis keramaian. Contohnya, majlis hari jadi, majlis kahwin, majlis alumni dan sebagainya. Bila sudah pergi majlis keramaian, pastikan anda menunjukkan penampilan yang paling menarik dan persona yang positif. Bahasa mudahnya, luaran mesti nampak cantik atau kemas kemudian pastikan anda sentiasa positif yakni senyumlah selalu. Senyum ni sangat power tau kalau anda cuba amalkan.
3. Pergi Tambah Nilai Diri
Tambah nilai diri dengan join kelas zumba ke, masakan ke, gym ke, komuniti buku ke. Pergi join benda-benda sebegitu. Selain menambah nilai diri anda (anda dapat pengetahuan dan kemhiran baharu), anda juga akan menambah kenalan. Kalau bukan orang yang join benda tu sama-sama dengan anda, mungkin kenalan mereka yang akan kenalkan anda pada mereka.
4. Join Charity
Join charity pun satu benda yang menarik. Selain dapat pahala dan ketenangan, anda juga boleh menambah kenalan. Selalunya orang yang suka melakukan charity ni, orang yang baik-baik. In shaa Allah, jika anda ada jodoh berkahwin dengan mereka, pasti mereka akan baik dengan anda dan anda akan bahagia sampai bila-bila sehingga ke Jannah.
5. Minta Tolong Kenalan
Minta tolong orang ketiga untuk aturkan sesi taaruf dengan individu yang mereka percayai. Walaupun cara ini agak kolot, ini merupakan cara yang terbaik. Hal ini kerana anda berhubungan melalui pihak ketika dan sesi taaruf pun akan ditemani pihak ketiga, jadi kurang dosa yang akan dilakukan. Jika anda tidak minat dengan calon itu, tidak mengapa, anda boleh pergi ke calon lain sebab anda berkenalan pun melalui pihak ketiga. Jika ada yang berkenan, lagi bagus!
6. Daftar Akaun Di Laman Web Cari Jodoh Muslim
Mungkin anda seoarang pemalu. Segan nak minta tolong dari kenalan anda kan? Tak apa, mungkin anda boleh cuba cari jodoh di portal seperti Baitul Jannah. Di situ akan membuka peluang anda untuk jumpa calon pasangan yang sesuai. Anda boleh klik sini untuk daftar akaun secara percuma. Cuba sahaja, yang penting berusaha kan?
Yang penting sekali, doalah kepada Allah kerana Allah yang memegang hati-hati manusia. Kadang-kadang jodoh tu datang tanpa disangka. Bila dah datang, jangan gelojoh, tenang dan kenalilah pasangan anda sebaiknya supaya tidak tersalah pilih. Bak kata pepatah orang putih, marriage is a gamble. Oh sebelum itu, mohon jemput tonton 11 video percuma tips memikat lelaki. Anda cuma perlu masukkan nama dan email anda. Video tersebut akan dihantar ke email anda ya. Selamat menonton!