Setiap pasangan mesti inginkan hubungan mereka berjalan dengan baik. Setiap orang mempunyai pertimbangan tersendiri untuk memilih pasangan hidup mereka. Salah satu ciri yang dicari oleh setiap orang ialah kesetiaan kepada pasangan mereka.

Kesetiaan adalah perkara paling penting dalam sebuah hubungan. Setiap pasangan mesti menjaga komitmen dan tanggungjawab masing- masing bagi mengekalkan hubungan jangka Panjang. Wanita yang setia tidak mudah berpaling dengan orang lain semasa mereka dalam hubungan.  Ini antara ciri-ciri wanita setia yang anda perlu take noted supaya hubungan boleh ke step seterusnya jika pasangan anda ada ciri-ciri ini dan lebih menghargainya.

1) Bersikap jujur dan terbuka

Kejujuran adalah penting dalam hubungan yang baik. Individu mesti jujur dalam hubungan mereka. Wanita yang setia adalah wanita yang terbuka dan jujur kepada pasangannya. Mereka tidak akan berbohong kepada pasangannya walau bagaimanapun pahitnya keadaan.

2) Mampu menjaga kehormatan dirinya

Wanita yang setia kepada kekasihnya pasti dapat mengekalkan kehormatan dirinya. Mereka setia kepada pasangannya dan akan menahan pelbagai keinginan dan nafsu.

3) Memperjuangkan hubungan

Wanita yang setia juga mempertahankan hubungan dengan kekasihnya. Individu dalam sebuah hubungan mesti memperjuangkan hubungan.

4) Menerima pasangan seadanya

Salah satu ciri wanita yang setia ialah mereka akan menerima kekurangan pasangannya. Mereka tidak akan menimbulkan kebimbangan dan tidak akan terlalu menuntut latar belakang pasangannya.