Selalunya banyak artikel yang menulis tentang ‘ciri-ciri perempuan solehah’, ‘calon isteri mithali’, ‘ciri-ciri perempuan yang baik’ dan semua tentang perempuan.

Asyik-asyik bercakap tentang perempuan.

“Perempuan sahaja ke kena ada ciri-ciri yang baik kalau nak ada suami?

“Lelaki boleh suka hati ke bersifat teruk? Sebab takda orang kisah kan? Lelaki kan boleh buat apa-apa sahaja”.

Tidak!

Lelaki pun ada ciri-ciri yang patut perempuan elak.

Kalau anda jumpa lelaki yang ada ciri-ciri yang bakal kami sebut di bawah, silalah angkat kaki.

Jadi, mari kita lihat ciri-ciri lelaki yang patut perempuan elak.

1. Pisau Cukur

Baru pertama kali dating, sudah diminta belanja macam-macam.

Makan perempuan bayar, wayang perempuan bayar dan semua perempuan bayar.

Lelaki itu tidak ada rasa bersalah pun kalau perempuan belanja.

2. Selalu Lari Daripada Masalah

Kalau ada apa-apa masalah tentang perhubungan atau pihak perempuan ada masalah, terus lari, tak mahu bincang.

Selalu sahaja ubah topik kalau ada masalah.

Susah ni kalau jadi suami, sebab dalam rumah tangga memang ada banyak masalah.

3. Mulut Kuat Maki

Maki atau carutan seolah-olah menjadi zikir di bibirnya.

Kalau anda masih belum berkahwin dan ada hubungan dengan lelaki sebegini, janganlah teruskan.

Kelak nanti diri perempuan yang akan merana.

Kalau sudah stuck dengan lelaki sebegini, kami doakan anda tidak dicederakan dalam aspek emosi.

4. Terlalu Over Self Love

Self love penting tapi kalau dah melebih-lebih sangat, tak bagus.

Contohnya, lelaki itu terlalu bermegah dengan kejayaannya sehingga menganggap orang lain tidak bagus dan layan orang lain macam sampah sahaja.

5. Pengongkong

Ini masalah besar.

Mengongkong 24 jam sampai perempuan takda privasi langsung dan rasa rimas.

Lelaki macam ni memang patut ditinggalkan kerana mereka tidak faham dengan perempuan atau situasi jika mereka masih mengamalkan sikap mengongkong.

6. Pemalas

Semua benda dari kecil ibu bapa yang sediakan.

Jadinya sampai dewasa terbawak-bawak perangai ni.

Kalau dah kahwin, tanggungjawab ibu bapa tu berpindah kepada isteri.

Isteri macam hamba untuk siapkan semuanya untuk lelaki.

7. Tidak Solat

Solat itu tiang agama.

Kalau tak solat, habislah semuanya.

Suami kan ketua keluarga.

Kalau suami pun solat tunggang-terbalik, apatah lagi rumah tangga yang dibina.

Jadi, elakkan lelaki macam ni.

Ada banyak sangat kan ciri lelaki yang perempuan patut elak.

Oleh sebab itu orang-orang tua pernah berkata, perkahwinan ini umpama bermain judi.

Jika lelaki yang baik jadi suami anda, maka menang besarlah anda.

Jika lelaki yang jahat jadi suami anda, maka kalah teruk lah anda.

Nauzubillah.

Semoga anda dikurniakan lelaki yang baik untuk menjadi suami anda.

About the Author

Adzrif

Penulis

Seorang 'Wedding Videographer' yang minat melihat detik-detik indah di majlis kahwin. Juga, peminat kopi yang tegar!

View All Articles