Wanita merupakan makhluk yang Allah ciptakan dari tulang rusuk kiri kaum Adam untuk dijadikan teman seperti yang telah Allah berfirman dalam surah Al-Hujurat , ayat 13 yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)….”

Ayat ini juga menunjukkan bahawa lelaki dan perempuan itu sama darjatnya.

Tiada yang berbeza. Mesti anda pernah dengar tentang martabat wanita itu dipandang rendah kerana wanita itu lemah dan banyak benda yang lelaki boleh buat tetapi wanita tak boleh buat kan?

Tetapi Islam itu agama rahmatan lil amin.

Darjat lelaki dengan perempuan sama sahaja.

Kalau lelaki boleh buat pahala banyak-banyak, maka perempuan pun boleh buat pahala banyak-banyak.

Di sini akan disenaraikan empat syarat mudah untuk wanita masuk syurga.

Kan orag selalu cakap banyak ahli neraka terdiri daripada kalangan wanita tetapi anda boleh keluar daripada golongan itu jika anda mengamalkan empat syarat ini dalam kehidupan anda.

1. Cukup Solat Lima Waktu

Rukun Islam kedua.

Solat lima waktu. Mudah bukan?

Solat sahajalah.

Jika anda mengalami kesukaran untuk solat, paksa.

Paksa diri anda.

Solat merupakan satu benteng untuk anda buat kejahatan tau dalam kehidupan.

Solat ni juga senaman.

Solat juga merupakan satu ibadah yang diwajibkan kepada semua manusia memandangkan ia rukun Islam ke-2.

Banyak kan manfaat solat ni?

Jadi, teruskanlah solat lima waktu.

Lagi afdhal kalau solat di awal waktu.

2. Puasa Di Bulan Ramadan

Puasa di bulan Ramadan.

30 hari je kot.

Kalau perempuan lagilah ada excuse tujuh ke lima belas hari yang tidak perlu berpuasa.

Puasa pun banyak kelebihan.

Selain menunaikan rukun Islam yang ketiga, anda juga boleh menjaga tubuh badan agar sentiasa sihat tau.

Ha, jadi tidak perlu risau kalau rasa puasa itu akan menjejaskan kesihatan anda tapi janganlah paksa kalau anda ada apa-apa penyakit yang tidak boleh berpuasa seperti gastrik dan GERD.

3. Menjaga Maruah Sendiri

Macam mana wanita nak jaga maruah?

As simple as ABC, tutup aurat.

Daripada Usamah bin Zaid RA, bahawa Nabi S.A.W. bersabda bermaksud

“tidak aku tinggalkan selepas daripadaku yang lebih berbahaya ke atas kaum lelaki daripada wanita”

(Riwayat al-Bukhari 5096 dan Muslim 2740).

Wanita merpakan fitnah tersebesar lelaki.

Jadi, jagalah maruah.

Jangan terlalu out spoken sampai mengabaikan batas agama.

Just be cool, stay low and take care of you dignity, girls.

Rasulullah pernah bersabda

“Sesungguhnya dunia dan seluruh isinya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah”

(Hadis Riwayat Muslim).

4. Taat Perintah Suami

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud

“Sebaik-baik isteri ialah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau (suami) melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan dia dapat menjaga kehormatan dirinya dan bertamu ketika engkau tiada di rumah”

(Hadis Riwayat Thabrani).

Taatlah kepada perintah suami tetapi janganlah sampai buta mentaati suami.

Jika suami menyuruh melakukan sesuatu yang di sebalik ajaran agama Islam atau menyakiti anda, silakan keluar untuk mendapatkan pertolongan.

Syarat keempat ini tidak akan dapat dinikmati oleh mana-mana wanita yang belum berkahwin.

Sehebat mana pun wanita itu solat, puasa dan menjaga maruahnya tetapi jika dia belum berkahwin, dia tidak akan dapat menikmati syarat keempat ini.

Semoga anda dipertemukan jodoh yang baik-baik jika belum bertemu jodoh.

Keempat-empat syarat ini sangat mudah untuk dilaksanakan oleh wanita.

Yang penting, lillahitaala.

Lakukanlah semuanya kerana Allah.

Semoga Allah permudahkan semua urusan kita!

Kredit Gambar: Sweetpictures