“Nak pergi kenduri kahwin kawan, tapi tak tahu nak bagi hadiah apa”

Selalu persoalan ni yang sentiasa berlegar-legar di kepala korang bila tiba musim kahwin kan? Mana taknya, bila musim kahwin, ramai lah kawan-kawan yang ajak pergi majlis kenduri mereka. Lagi lah buntu hadiah apa yang nak bagi sebagai tanda ingatan buat kawan-kawan yang dah menamatkan zaman bujang.

Kalau boleh of course lah korang nak bagi hadiah yang berguna, hadiah yang memberi manfaat buat pengantin. Ataupun orang kata lebih bagus jika hadiah itu boleh digunakan bertahun-tahun kan? First of all, korang mestilah tahu jenis-jenis hadiah yang berguna untuk pengantin selepas mereka berkahwin.

Ini senarai contoh ringkas jenis hadiah kahwin untuk kawan supaya kawan lebih appreciate hadiah korang ! 

1. Barangan elektronik 

Pengantin mana tak gembira kalau dapat barangan elektronik kan? Zaman sekarang dah moden, banyak barangan elektronik yang dijual di pasaran. Kalau dulu korang selalu bagi water heater, vacuum tapi sekarang korang boleh bagi air fryer, coffee maker, water dispenser dan sebagainya. Barang-barang ini pun sudah tentu banyak kegunaan buat mereka selepas berkahwin.

2. Hiasan rumah

Biasanya pengantin baru mesti akan pindah rumah baru dan sebagainya. Banyak barang-barang rumah yang harus dibeli jika berpindah ke rumah baru. Inilah masa yang sesuai untuk hadiahkan mereka hiasan rumah seperti langsir, karpet dan frame hiasan dinding. Mesti mereka dah tak payah beli hiasan rumah dah. Duit pun banyak jimat !

3. Perkakas dapur

Perkakas dapur pun sangat berguna untuk memasak. Periuk, rak pinggan atau set pinggan mangkuk pun boleh dijadikan hadiah. Kalau ada duit lebih boleh beli yang berjenama. Barulah nampak exclusive gitu ! Ataupun boleh berkongsi duit ramai-ramai dengan kawan-kawan untuk hadiahkan mereka barangan dapur berharga. Pasti mereka gembira dan teruja.

4. Kelengkapan bilik

Barang kelengkapan bilik tidur sangat sesuai dan berbaloi. Korang boleh hadiahkan set cadar, tilam atau bantal. Bertahun-tahun pun mesti boleh digunakan lagi. Kalau simpan lama pun takkan rosak sebab biasanya barangan seperti ini tahan lama. Boleh juga mereka guna untuk kelengkapan bilik-bilik lain selain bilik utama untuk keluarga mahupun tetamu.

Zaman sekarang ni zaman serba canggih. Hadiah-hadiah tu semua korang boleh beli dekat Shopee, Lazada atau Tiktok je. Order terus sampai depan rumah. Banyak juga dijual di kedai-kedai dan shopping mall. Kebanyakannya semua cantik dan berkualiti.

Lepas ni jangan bagi benda yang sama je. Bagi something out of the box. Fikirkan apa yang mereka perlukan 2-3 tahun akan datang. Tak perlu mahal asalkan ianya berguna. Semoga idea-idea ini bermanfaat untuk korang. Lepas ni mesti tak buntu dah nak bagi hadiah apa bila dijemput ke kenduri kahwin kawan !