Isu curang dalam perkahwinan ataupun curang dengan pasangan ini sudah tidak asing dalam kalangan masyarakat di Malaysia, bahkan di seluruh dunia. Setiap tahun, rekod pasangan curang ini semakin bertambah, dan hampir saban hari, isu pasangan curang ini kerap kali didengari.
Pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah juga turut mengemukakan pendapatnya tentang isu curang ini. Beliau berkata bahawa isu curang ini bukan paksaan, tetapi pilihan. Menurut Fadzilah Kamsah, individu yang berlaku curang akan sedaya upaya meletakkan kesalahan kepada orang lain untuk elak dari dipersalahkan.
Tiada pasangan di dunia ini yang mahu kes kecurangan terjadi dalam rumahtangga mereka. Tetapi apabila berlaku kecurangan, seringkali orang akan bertanya apa punca kecurangan itu berlaku. Adakah punca itu dari suami ataupun isteri ?
“Ada banyak situasi yang boleh mendorong pasangan untuk curang. Kadang-kadang, kecurangan hanya boleh berlaku dengan hanya bermula sebagai kawan sepejabat sahaja. Bermula dari tumpangkan kenderaan sehinggalah timbulnya perasaan.”
Buat pasangan yang sudah berkahwin, sama-samalah kita menjaga rumahtangga kita ini agar kekal harmoni tanpa gangguan orang ketiga !
Oleh sebab itu, perkara ini penting untuk anda tahu bahawa terdapat 3 situasi yang boleh membuatkan pasangan terjerumus ke dalam kes kecurangan.
1.Banyak kesempatan di luar.
Biasanya banyak kali berlaku suami atau isteri menjalinkan hubungan dengan rakan sekerja. Hal ini berlaku kerana terdapat banyak kesempatan di luar seperti di tempat kerja. Kadang-kadang ianya hanyalah bermula sebagai kawan dan atas dasar kerja semata-mata. Seperti contoh suami yang tumpangkan kereta untuk rakan sekerja wanita pulang ke rumah. Perkara itu tampak kecil tapi hanya dengan pertolongan boleh timbulnya perasaan cinta. Begitu juga dengan pasangan yang kerap kali keluar ‘outstation’. Mereka terlaulu banyak kesempatan di luar hingga terjadinya kes curang.
2.Tiada komunikasi dan persefahaman.
Perkara ini amat penting untuk pasangan. Pasangan yang harmoni haruslah membina komunikasi dan persefahaman yang baik antara satu sama lain. Jika ini tiada di alam rumahtangga, hubungan sumi isteri ini akan mula goyah dan akhirnya pasangan tidak akan lagi tertarik dengan perkahwinan yang dibina. Hal ini biasanya akan membuatkan pasangan mula tawar hati dan akhirnya cenderung untuk curang.
3.Gangguan kesihatan mental.
Percaya atau tidak, masalah kesihatan mental boleh menjadi penyebab pasangan anda bersikap curang. Gangguan kesihatan mental ini termasuklah keresahan (anxiety) dan kemurungan (depression) yang membuatkan mereka melakukan perkara berisiko seperti memukul pasangan dan sebagainya. Hal ini membawa kepada keretakan rumahtangga dan akhirnya pasangan memilih untuk curang. Berhati-hatilah dan segera mendapatkan rawatan jika hal ini berlaku !