Walaupun terdapat banyak ujian dan rintangan, masih ada cara lagi untuk menyelamatkan tali pertunangan anda.

Jangan mengalah sebelum menyerah!

Di sini ada dikongsikan cara untuk selamatkan hubungan pertunangan :

1) Emosi

Jaga emosi anda sewaktu bertunang.

Jangan diikutkan sangat hati itu.

Syaitan mudah sangat mengacau.

Buktikan pada syaitan yang anda takkan kalah dengan hasutannya!

2) Jealous

Kalau rasa cemburu sahaja, istighfar banyak-banyak.

Letak mind set, yang dia belum sah lagi jadi suami/isteri anda.

Jangan terlalu desak pasangan anda, nanti dia rimas.

3) Takut salah buat keputusan

Takut salah buat keputusan?

Buat solat istiharah.

Doa banyak-banyak pada Allah pasal keputusan anda.

Allah pasti akan tunjuk yang terbaik.

4) Gangguan orang ketiga

Gangguan orang ketiga ni senang sahaja nak handle, block and ignore kalau terjadi pada anda.

Kalau terjadi pada pasangan anda, apa lagi, angkat kaki lah.

Cheating is not an accident, it is a choice!

5) Berubah fikiran

Macam main jongkang-jongket.

Hari ni rasa nak, esok rasa taknak pada pasangan anda.

Lepas solat sahaja, apa-apa solat pun, doa pada Allah agar diberikan ketetapan hati kepada anda dan pasangan.

6) Duit

Duit sampai bila-bila pun memang takkan cukup.

Saranan paling terbaik ialah waktu kumpul duit tu, niat untuk beribadah sebab anda nak membina masjid, bukan nak buat dosa.

7) Adultery

Darah muda, nafsu mesti menggila.

Sebabtu elakkan keluar berdua-duaan di tempat gelap dan tidak ramai orang.

Jangan sentuh pasangan, kalau anda hormat dia, jangan sentuh dia.

8) Kedekut

Kalau kedekut, sebenarnya, boleh jadi sebenarnya dia kedekut sebab nak kumpul duit kahwin.

Dia bukan kedekut pada anda sahaja tetapi dengan diri dia pun dia kedekut sebab nak simpan duit kahwin cepat-cepat.

9) Tak percaya

Build trust. Itu sahaja.

Kalau bercinta sepuluh tahun elok sahaja, takkan bertunang berbulan-bulan rasa tak percaya pulak.

Anda sudah kenal pasangan anda, percaya tapi jangan letak kepercayaan tu 100%, percayalah berpada-pada.

10) Hot temper

Kenal pasti kenapa pasangan anda selalu sangat perangai panas baran dia keluar.

Kalau itu memang sifat semula jadi dia, fikir-fikirkan sama ada anda sanggup ke hadap perangai itu sampai bila-bila?

11) “Nanti lepas kahwin dia berubah macam mana?”

Positif.

Sentiasa berfikiran positif, janganlah asyik negatif.

Sentiasa berfikiran positif dan berdoalah kepada Allah supaya pasangan tidak berubah walaupun selepas kahwin.

12) Komitmen

Kalau Nampak pasangan tidak boleh beri komitmen, berbincanglah antara kalian berdua dahulu.

Cari punca masalah.

Semua manusia boleh bagi komitmen sebenarnya tapi ikut hati dia sama ada dia mahu atau tidak.

Kalau dia tidak mahu, mungkin dia ada masalah mana-mana.

13) Pengaruh Media Sosial

Jangan bandingkan kehidupan anda dan kehidupan orang lain kerana kita semua berbeza.

Tiada anda yang lagi satu dalam dunia ni, just appreciate hubungan anda dan pasangan.

14) Pertunangan Jarak Jauh

LDR ni satu je lah  kata kunci dia.

Percaya dan setia.

Kalau anda tak percaya pasangan dan tidak setia, macam mana nak meneruskan perhubungan ini?

Setiap kali ada anasir yang mengganggu, pastikan anda fikir, apakah perasaan pasangan anda kalau dia tahu anda curang.

15) Bakal Pasangan Anak Emas

Untuk benda ni, senang je.

Slow talk heart to heart dengan pasangan anda.

Sembang elok-elok dengan dia tentang benda ni sebab nanti akan effect pada masa akan datang.

Kepada yang sedang bertunang, bersabarlah. Allah tahu niat murni kalian untuk mendirikan rumah tangga. Stay strong!

Kredit Gambar: Husna Rahman

About the Author

Adzrif

Penulis

Seorang 'Wedding Videographer' yang minat melihat detik-detik indah di majlis kahwin. Juga, peminat kopi yang tegar!

View All Articles