“Eh Timah, semalam aku pergi kenduri anak Kak Peah. Miker tau dia bagi apa? Dia bagi gula-gula ajer! Ingat teman budak kecik ke?”, kata Minah kepada Timah.

Doorgift oh doorgift.

Doorgift pun boleh jadi buah mulut orang tau.

Oleh itu, anda kalau nak kahwin, anda perlulah bijak untuk memilih doorgift mana yang sesuai untuk diberikan kepada tetamu-tetamu anda.

Sebenarnya, doorgift ini tidak wajib pun.

Namun ia harus diberi untuk menghargai tetamu-tetamu yang sudah bersusah-payah untuk datang ke walimah anda.

Ingat, anda tidak mahu jadi bahan gossip mereka kan kerana tidak jemput mereka?

Jadi, pilihlah doorgift yang sesuai.

Di bawah ada beberapa cadangan doorgift yang sesuai untuk anda beri kepada tetamu-tetamu kesayangan anda:

1) Bunga Telur

Ini merupakan doorgift malar segar.

Dari zaman dulu hingga sekarang semua boleh diberi bunga telur.

Tak ralat pun.

Jimat pun jimat. Cantik pun cantik.

2) Surah Yassin / Al-Mathurat / Surah-surah lain

Boleh juga beri surah Yassin, al-mathurat, surah-surah lain yang dibukukan dalam bentuk berasingan.

Anda boleh juga design reka bentuk surah yang anda hendak beri.

Ini boleh jadi saham akhirat anda juga.

3) Sejadah Mini

Ini satu lagi saham akhirat yang anda boleh peroleh.

Lazimnya orang akan membawa sejadah mini semasa mereka bermusafir.

Anda telah memudahkan urusan mereka dengan memberikan sejadah mini.

4) Planner Mini

Ini paling menarik.

Planner mini ini sangat berguna bagi orang-orang yang tidak pernah ada planner atau takda duit nak beli planner yang mahal-mahal.

5) Kacang-kacang atau Kerepek

Beri kudap-kudapan seperti kekacang atau kerepek juga doorgift yang menarik namun dah biasa orang bagi.

Tapi takpa, kalau ia lebih memudahkan, berilah kekacang atau kerepek ini.

6) Tasbih

Tasbih juga merupakan salah satu saham akhirat yang anda boleh buat.

Kadang-kadang kalau tetamu anda tidak guna, mereka akan berikan kepada orang lain.

Sedekah sudah pun dipanjangkan.

7) Sabun

Sabun buku macam biasa.

Kalau rajin, boleh ukir-ukir nama pengantin atas sabun-sabun tersebut dan balut dengan kain organza atau ribbon.

8) Tuala Muka

Tuala muka yang kecil sahaja saiznya macam sapu tangan.

9) Roti Gardenia

Ni rare.

Lagi rare kalau beri roti Gardenia yang satu buku tu.

Lagi rare kalau kitak miak Sarawak mun berik roti Gardenia rah kenduri kitakorang!

Tapi kalau bukan jenama Gardenia pun takpa. Roti lain pun okay.

10) Gula

Gula pasir Prai yang selalu orang buat bancuh air tu.

Kan barang keperluan orang.

11) Key Chain atau Magnet

Keychain atau magnet yang ada tulis nama anda dan pasangan.

Boleh jadi kenang-kenangan. Tapi jangan tempah yang tidak berkualiti .

Takut nanti kena air terus rosak.

12) Lilin Aroma

Tak perlu beri yang besar-besar pun.

Beri yang macam ada jual di Ikea.

Satu carton baru berapa belas ringgit.

13) Set Toiletries hotel

Yang ni kalau nak jimat, anda beli bekas-bekas kecil di kedai Eco RM2 dan isi sendiri sabun ke dalam bekas.

Memang jimat.

14) Jem Roti

Bagi jem roti pun okay.

Kalau nak senang, pergi kilang terus.

Deal sendiri dengan kilang.

15) Sos Cili tau Kicap

Ini pun sama, kalau nak beri benda-benda dapur macam ni, sila berurusan dengan kilang terlebih dahulu.

Senang urusan anda di kemudian hari.

Apa-apa pun, niatkan dalam hati untuk bersedekah.

Jika anda berniat untuk bersedekah, in shaa Allah majlis anda akan berjalan dengan lancar dan anda akan murah rezeki selalu. Aamiin!

About the Author

Adzrif

Penulis

Seorang 'Wedding Videographer' yang minat melihat detik-detik indah di majlis kahwin. Juga, peminat kopi yang tegar!

View All Articles