“Dulu apa yang aku faham… duit aku adalah duit aku. Duit dia (suami) pun ada hak aku juga”

Wanita ini berkongsi perjalanan perkahwinannya yang bermula daripada ‘zero’ ke sesuatu yang indah.

Pengguna twitter Nadia (@nedybasir) telah mengkongsikan bagaimana dia belajar berkongsi pendapatannya bersama si suami.

Dia memulakan dengan perfahaman awalnya tentang wang yang dia ada adalah miliknya seorang dan juga wang suaminya ada haknya juga.

 Tetapi setelah dia berbincang dengan suaminya, baru dia mengerti makna berkongsi.

Dia mula berkongsi wang simpanan miliknya bersama si suami.

Dia mengajar suami untuk mula menabung dan mula tambahkan duit poket untuk si suami.

Dan secara tak langsung, si suami akan berikan yang lebih banyak dan berlipat ganda daripada apa yang dia berikan kepada sang suami.

Inilah salah satu kelebihan berkongsi rezeki.

Apa yang diberi selalunya akan berlipat ganda datang kepada kita semula.

Nadia ada menyatakan yang kehidupannya sedikit sebanyak lebih baik dari sebelum ini. Suaminya ada mengatakan yang,

“Abang rasa hidup abang mewah sangat sekarang. Macam tak ada sikit pun kurang. Dulu abang beli selipar RM10 sampai selipar tu putus pakai. Sekarang ni selipar pergi pasar pun pakai RM150”

Dan ini mengeksperisikan betapa bahagianya sang suami apabila mendapat isteri yang sangat supportive dalam hidupnya.

Nadia sangat bersyukur dengan apa yang dia sudah ada dan baginya itulah kebahagiaan buatnya.

Banyak yang dia pelajari daripada suaminya.

Dia selalu mengingati dirinya untuk tidak membandingkan dirinya dengan orang lain dan itu adalah salah satu kunci untuk terus bahagia dalam rumah tangga.

“Jika ada yang terkurang boleh baiki, kalau tak tahu… boleh belajar, yang penting jangan compare. Duit pun boleh cari”

Nadia juga mengkongsikan detik bahagia sewaktu dia menyambut tarikh lahir masing masing.

Dia memberi tips bahawa lelaki tak akan tahu apa yang perempuan mahukan.

Jika anda bagi hint sekalipun, mereka tetap tak akan faham.

Lelaki akan faham apa yang kita mahukan kalau kita tunjuk secara terang kepada meraka.

Sewaktu birthday suaminya, dia mengajak kawan-kawan suaminya yang lain untuk menyambut dan makan kek sekali.

Suaminya sangat gembira bila disambut begitu.

Jadi dia faham yang isterinya pasti akan gembira sepertinya juga kalau disambut ulang tahun begini.

Suaminya membalas kebahagian yang dia dapat dengan menyambut ulang tahun Nadia sebanyak, bukan satu, ataupun dua kali, tetapi 3 KALI sambutan ulang tahun.

Inilah yang dinamakan cinta tak akan mati selagi ada yang memekarkannya.

Benarlah dalam rezeki kita pasti ada rezeki orang lain.

Bila kita berkongsi, pastikan ikhlas dengan niat membantu dan tidak mengharapkan pulangan.

Dalam perkahwinan janganlah kita berkira tak kisahlah suami ataupun isteri.

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi Rezeki.”

(Surah Saba, 34:39)

Dengan berkongsi rezeki milik kita, kita akan berasa lebih tenang dan gembira apabila melihat orang lain turut bahagia dengan apa yang kita sudah berikan.

Ia juga boleh menjadi saham untuk kita di akhirat nanti.

Rezeki itu tak akan putus hadir.

Nadia dan suami sedang menunggu cahaya mata yang akan lahir tak lama lagi.

Kami daripada Blog Kahwin mengucapkan tahniah dan mendoakan agar semuanya dimudahkan urusan!

About the Author

Farhana

Penulis

Bercita-cita mahu menjadi seorang cikgu Bahasa Malaysia. Yang jadi sekarang, seorang yang minat dengan penulisan dan cheesecake.

View All Articles