Kalau tak ada perasaan sedih, takkan wujudnya rasa bahagia, macam ayat dekat atas ni, betul tak? Korang mesti tau kan perasaan sedih takkan pernah hilang dalam diri seseorang, ianya dah menjadi lumrah buat kita sebagai manusia yang akan sentiasa diuji. Ketika kita sedang bersedih semestinya kita perlu mencari kekuatan dan kesabaran untuk kembali bersemangat meneruskan hari yang mendatang. Kita perlu mengambil peranan penting ketika kita sedar dan tahu apabila orang yang kita sayang dan cinta sedang berada dalam kesedihan, dalam blog harini i akan berikan sedikit sebanyak perkongsian tentang apa yang boleh kita lakukan dan bantu pasangan kita ketika mereka sedang diuji dengan rasa sedih.
1. Jangan marah /mempersoalkan perasaan yang dirasai pasangan
Dengar macam simple, tapi ramai sangat yang i nampak setiap kali orang datang meluah dekat dia, dia terus akan cari salah dan salahkan orang yang meluah tu, kita perlu tahu dan faham, setiap kali ada orang datang meluah dekat kita bermaksud, dia inginkan kita mendengar luahan hatinya bukan untuk kita beri pendapat, marah dan cari salah dia. Boleh je kalau kita nak bagi pendapat tapi, kita perlu ada masa yang sesuai atau melainkan orang tu sendiri yang minta pendapat dari kita. Kita perlu ingat ya, untuk bantu orang yang sedih ni bukan mudah, kadangkala kita tak boleh nak faham apa yang sedang bermain difikirannya, tapi kita boleh membantunya dengan mendengar masalahnya tanpa menyalahkan si dia.
2. Jadi pendengar yang baik & setia
Bila kita tahu & sedar yang pasangan kita ni sedang diuji dengan rasa sedih, kita mainkan peranan kita sebagai pasangannya dengan bertanya tentang apa masalah dia dengan menggunakan nada suara yang baik dan perkataan yang baik. Kita tak boleh terus menerus memberikan nasihat. Kita cuba dulu dengar luahan hati pasangan kita dan sambil itu kita cuba juga untuk ingatkan dia yang kita sayangkan dia dan selalu ada dekat dengan dia, dengan cara ini pasangan akan rasa dirinya tidak berseorangan dan masih ada orang yang sentiasa ada disampingnya serta membuatkan mereka rasa lebih selamat. Jadilah seorang pendengar yang baik dan sentiasa setia menjadi pendengar yang hebat untuk pasangan kita.
3. Ajak buat perkara yang pasangan suka
Bila pasangan kita sedih, cuba kita gembirakan hati mereka dengan membawa mereka ke tempat yang mereka suka dan ajak dia lakukan aktiviti yang dia suka seperti pergi ke pantai, main layang-layang bersamanya dan tenangkan fikiran di pantai bersama pasangan. Luangkanlah masa kita dengan dia lebih sikit dari hari yang biasa.
Ingat ye korang semua apa yang i cakap ni, kalau pasangan kita sedih janganlah korang pergi marah pulak cakap “eh awak ni asyik sedih je dah kenapa” jangan cakap macam tu ya korang, paling penting berikan masa dekat pasangan korang kalau diorang nak sorang sorang dan kalau diorang nak korang teman, jangan tinggalkan !