Solat merupakan tiang agama yang sangat perlu dilakukan. Menunaikan solat lima waktu sehari semalam merupakan rukun Islam yang kedua. Solat sangat penting ya sama ada anda sudah berkahwin mahupun belum berkahwin. Kalau dah berkahwin, lagi senang untuk ingat-mengingati antara satu sama lain untuk solat di awal waktu. Mula-mula memang rasa terpaksa tapi lama-lama itu akan jadi tabiat yang rasa janggal untuk tinggalkan amalan solat awal.
Tapi kalau anda baru nak berusaha solat awal, anda boleh cuba tips-tips yang bakal kami kongsikan di bawah ini :
Ambil Wuduk Awal-awal Sebelum Azan
Ambil wuduk awal-awal sebelum azan sangat berkesan sebab apabila anda sudah berwuduk, anda akan rasa janggal untuk lengah-lengahkan solat. Apabila anda berwuduk sebelum masuk waktu, anda boleh baca al-Quran dahulu atau anda boleh berzikir di sejadah dahulu atau kalau dah kahwin, bolehlah dengar tazkirah sama-sama. Kan sweet gitu?
Jangan Lengah-lengahkan Solat Setelah Azan
Sejurus sahaja azan berkumandang, anda kena cepat-cepat bergegas ambil wuduk dan solat. Anggap macam itu panggilan telefon penting yang perlu dijawab. Macam kalau ada orang call anda, mesti anda nak cepat-cepat jawab telefon dia kan? “Saya bekerja, waktu rehat tak tetap. Macam mana nak solat awal waktu?”. Cubalah usaha untuk rehat pada waktu solat. Faham, agak rugi sebab membazir waktu rehat tapi nak masuk syurga bukannya mudah.
Selalu Ingat Malaikat Izrail
Dalam sehari, malaikat Izrail selalu melihat semua manusia. Apabila anda melengah-lengahkan solat, selalu letak dalam hati “Ya Allah, nyawa aku ni sangat mudah kau nak cabut tapi kau bagi lagi aku peluang untuk solat dan kumpul pahala.”. Jika anda selalu ada pemikiran begini, anda akan rasa ringan untuk solat awal.
Taubat
Cuba buat solat taubat dan minta pada Allah. Solat taubat ni tidak semestinya buat waktu Qiamulail. Boleh juga anda buat selepas masuk waktu makghrib dan sebelum waktu Isyak (in between waktu. Minta pada Allah supaya ampunkan dosa anda dan bukakan hati untuk tidak melengah-lengahkan solat.
Jangan Makan Banyak Sangat
Jangan makan sampai kenyang. Nabi sendiri pun cakap berhenti makan sebelum kenyang. Kalau perut anda kenyang sangat, itulah punca anda akan malas untuk solat. Lagi-lagi kalau solat zohor, sebelum itu anda makan dan perut anda kenyang, kemungkinan besar anda akan tertidur dahulu sebelum zohor. Jadi, kurang-kurangkanlah makan sampai kenyang sangat ya?
Tips-tips ini bukanlah rigid, anda boleh ubah suai ikut keselesaan masing-masing. Semoga kita semua mendapat keredhaan Allah dan sentiasa di bawah rahmat-Nya. Aamiin!