Bagi ibu mengandung dan juga penggemar kucing, pasti pernah terlintas dalam kepala, selamatkah untuk aku membela kucing sewaktu aku hamil ataupun bila anak aku dah lahir?

Sebenarnya selamat je nak bela kucing.

Cumanya ramai orang kata ianya tak selamat adalah sebab ada satu virus ini bernama Toksoplasmosis yang boleh menyebabkan cacat pada janin sewaktu kehamilan.

Virus ini bukannya boleh dijangkiti dengan kontak secara direct iaitu dengan hanya menyentuh kucing.

Ianya boleh didapati melalu najis kucing.

Tetapi toksoplasmosis bukanlah datang daripada kucing sahaja.

Jika anda tak cuci sayur ataupun buah-buahan dengan betul boleh berisiko besar untuk terkena virus ini.

Toksoplasmosis adalah parasite tozoplasma yang kucing boleh kena jika kucing anda memakan tikus, burung ataupun jika kucing anda memijak tanah yang tercemar dengan parasite.

Lagipun sewaktu anda hamil adalah satu phrase stress yang anda akan selalu hadapi, betul tak?

Dengan adanya kucing di sebelah anda, maka boleh berkurang tahap stress itu secara langsung.

Tapi ada beberapa perkara yang perlu dilihat untuk menjaga kucing semasa hamil:

1. Vaksin

Vaksin adalah satu perkara yang penting bila memelihara kucing bagi mengelakkan penyakit yang tidak diingin berjangkit kucing anda.

2. Kebersihan

Jadi amatlah tidak digalakkan untuk ibu mengandung ‘scoop’ najis kucing.

Dan jika terpaksa pun, pakailah glove dan kemudian basuh tangan sampai bersih.

Tapi ok ke kalau bayi yang dah lahir, duduk dekat dengan kucing kita?

Ada beberapa penyelidikan dah dilakukan yang dengan memelihara kucing di rumah sebenarnya dapat mengurangkan risiko bayi daripada terkena flu ataupun batuk sepanjang tahun pertama hidupnya. (12bulan)

Tetapi ada beberapa perkara yang anda perlu alert bila anda kucing di rumah.

  1. Sentiasa awasi cara kucing anda tidur bersama bayi anda kerana risiko untuk kucing tidur atau tutup wajah bayi anda masih ada.
  2. Sentiasa bawa kucing anda ke veterinary klinik. Jangan tangguhkan vaksin dan ubat cacing untuk si kucing.
  3. Boleh elakkan memberi wangian ataupun bedak kepada kucing anda ataupun yang boleh menyebabkan bayi alergi.
  4. Kuku kucing anda tidak tajam dan sentiasalah potong kuku kucing. Terus jauhkan kucing daripada bayi jika kucing anda kelihatan agresif secara tiba tiba.

Kucing adalah haiwan yang sangat penuh dengan sifat ingin tahu.

Apabila anda baru balik daripada hospital dengan bayi anda, perlahan-lahan perkenalkan bau bayi anda kepada si kucing agar mereka tak terasa terlalu terkejut dengan manusia yang baru.

Kucing juga sebenarnya adalah makhluk yang sangat lemah lembut dan suka dimanjai.

Jadi, anda sebagai ibu kepada anak anda dan juga ibu kepada si kucing memainkan peranan sangat besar untuk memperkenalkan mereka berdua dengan penuh cermat.

Takut ada pula yang cemburu kerana tak dapat kasih sayang secukupnya.

Kesimpulannya

Janganlah dengar dengan orang yang kata bela kucing boleh menyebabkan keguguran ataupun boleh bawa malang.

Semua itu adalah sangat karut.

Kucing adalah haiwan kesayangan Nabi Muhammad S.A.W.

Selalu kita dengar ada yang sanggu buang kucing ditepi jalan.

Selepas dah baca ni, harap boleh dimanfaatkan!

Sama-samalah kita sayangi kucing!

About the Author

Farhana

Penulis

Bercita-cita mahu menjadi seorang cikgu Bahasa Malaysia. Yang jadi sekarang, seorang yang minat dengan penulisan dan cheesecake.

View All Articles