Sudahkah anda menderma darah?

Firman Allah S.W.T di dalam al-Quran yang bermaksud

“…dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seseorang manusia, maka seolah-olah dia telah manjaga keselamatan hidup mansuia semuanya”

(Surah al-Ma’idah 5:32)

Derma darah sangat kurang dipromosi di kalangan rakyat Malaysia.

Tahukah anda terdapat banyak kelebihan yang kita boleh dapat daripada menderma darah?

Mahupun daripada segi agam dan kesihatan, daripada segi kebajikan juga akan disediakan apabila kita menjadi penderma darah.  

Dari segi kesihatan, pendermaan darah dapat mengurangkan risiko kemungkinan untuk anda mendapat stroke ataupun serangan sakit jantung kerana pengaliran darah sentiasa menghasilkan darah yang bahru.

Malah, satu unit darah yang anda dermakan itu boleh menyelamatkan nyawa tiga orang yang memerlukan darah.

Dari segi agama, ramai yang mempersoalkan penggunaan darah orang bukan Islam ataupun pedermaan darah kepada yang bukan Islam dan bagaimana hukumnya.

Sesungguhnya agama Islam ini adalah agama yang amat mudah.

Keadaan darurat sentiasa mengharuskan perkara yang dilarang.

Islam sentiasa menggesa kita untuk tolong menolong malah amat digalakkan untuk menderma darah.

Firman Allah bermaksud:

“Dan tidaklah dijadikan ke atas anda sebarang kesukaran dalam agama”

(Surah al-Baqarah 2:286)

Syarat dan ciri-ciri untuk menderma darah

Jadi, apakah syarat-syaratnya untuk menderma darah?

Apakah ciri-cirinya ya?

Marilah rapat rapat kita bacakan syaratnya.

1. Sihat tubuh badan.

Selepas anda mengisi borang di kaunter, akan ada beberapa perkara yang diperiksa oleh jururawat.

Sepertinya, berat badan haruslah 45kg dan ke atas.

Adakah tidur anda cukup 5 jam?

Dan hanya umur 18 ke atas dibenarkan untuk menderma dan jika anda berumur 17 tahun dan ingin menderma, anda memerlukan kebenaran daripada ibu bapa anda.

2. Bawa salah satu dokumen ASAL

WARGANEGARA MALAYSIABUKAN WARGANEGARA MALAYSIA
Kad Pengenalan Awam/ Tentera/ Polis.Tinggal Di Malaysia melebihi 1 tahun.
Lesen MemanduPassport
Kad Pekerja dengan No Kad Pengenalan dan gambar.Permit Kerja dengan nombor passport dan gambar
Kad Pelajar dengan No Kad Pengenalan dan gambar.Kad Pelajar dengan nombor passport dan gambar
Buku Penderma darah (PDN 2) untuk penderma ulangan.
(sumber: Pusat Darah Negara, KKM)

3. Bagi wanita

Untuk yang wanita pula, bagi ibu yang mengandung, sedang haid dan masih menyusu sangatlah tidak digalakkan untuk menderma darah.

Kelebihan Menderma Darah

Tapi, apa kelebihan menderma ni ya?

Selain membantu orang je?

Takkan tu je?

Jangan pandang rendah dengan PDN ya gais.

Banyak kelebihan yang anda boleh dapat.

Di bawah ini adalah keistimewaan rawatan yang kita boleh dapat berdasarakan kekerapan kita menderma darah.

Jadi buat bakal-bakal ibu di sana, boleh lah dapat rawatan percuma dan wad kelas ke berapa untuk melahirkan baby kesayangan nanti!

KEKERAPAN MENDERMAKEISTIMEWAAN RAWATAN
1 kaliPercuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh *4 bulan.
2 kali (dalan tempoh 12 bulan)Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B
2 ~ 5 kaliPercuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *4 bulan.
6 ~ 10 kaliPercuma rawatan pesakit luar selama *1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh *6 bulan.
11 ~ 15 kaliPercuma rawatan pesakit luar selama *2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *1 tahun.
16 ~ 20 kaliPercuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *2 tahun.
21 ~ 30 kaliPercuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *3 tahun.
31 ~ 40 kaliPercuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh *4 tahun.
41 ~ 50 kaliPercuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh *6 tahun.
Lebih 50 kali (bagi penderma“Whole blood”) dan Lebih 150 kali (bagi penderma aferesis)Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.
(Sumber: Pusat Darah Negara, KKM)

Selain mendapat pahala, benefit seperti ini pun kita boleh dapat apabila menderma darah!

Boleh ajak pasangan masing-masing untuk ‘blood donation date’.

Hihihi bukan beshe-beshe punya date ni.

Boleh rujuk ‘Kriteria Penderma Darah’ dan ‘Keistimewaan Penderma Darah’ untuk info lebih lanjut.

About the Author

Farhana

Penulis

Bercita-cita mahu menjadi seorang cikgu Bahasa Malaysia. Yang jadi sekarang, seorang yang minat dengan penulisan dan cheesecake.

View All Articles