Tahukah anda bahawa dengan memuat naik video di laman sesawang Youtube mampu untuk menjana duit yang banyak dalam tempoh masa sebulan? Youtube ini merupakan satu platform perkongsian video yang sangat mudah untuk anda buat pasif income. Pasif income ni macam gaji atau hasil pendapatan yang bukan daripada pekerjaan asal anda tetapi ada syarat-syarat tertentu.

“Macam mana nak dapat duit daripada Youtube?”

Ada banyak cara sebenarnya untuk anda dapat duit daripada Youtube. Senarainya adalah seperti berikut:

  1. Pendapatan daripada Iklan
  2. Review Syarikat Tertentu
  3. Vlogging Tapi Selit Iklan
  4. Kongsi Tips dan Panduan Kehidupan
  5. Tutorial Masakan
  6. Ajar Bahasa Asing atau Bahasa Ibunda
  7. Program Affiliate
  8. Promote Barang Sendiri

Banyakkan cara untuk dapat duit daripada Youtube tapi untuk permulaan anda boleh cuba dengan benda-benda yang mudah dahulu seperti perkara nombor 4 dan perkara nombor 5. Lagi senang nak famous, perkara nombor 5.

Tak percaya? Mari kita lihat tentang kejayaan seorang Youtuber Suami Isteri yang famous iaitu Sugu Pavithra.

Sugu Pavithra. Merupakan seorang wanita berbangsa India yang membangunkan channelnya dengan membuat video-video masakannya yang mudah untuk dibuat tetapi sangat sedap macam di kedai. Yang menariknya, semua video beliau ialah dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu beliau sangat baik. Kalau tutup mata, mesti ingat orang Melayu yang sedang bercakap. Memang BM dia sangat power.

Sugu Pavithra bermula Youtube channel masakannya dengan diajar oleh satu lagi Youtuber iaitu Kakak Sri disini. Kakak Sri disini merupakan seorang warga Indonesia yang berkahwin dengan rakyat Malaysia berbangsa India. Kakak Sri yang mengajar Sugu Pavithra untuk membuat channel Youtube. Di sinilah titik permulaan seorang Youtuber popular Sugu Pavithra.

Mula-mula video-video Sugu Pavithra ini hanya biasa-biasa sahaja.

Namun makin lama subscribers Sugu makin meningkat kerana resepi-resepi yang dikongsi sangatlah menarik. Lazimnya Sugu akan berkongsi resepi-respi masakan India yang mudah untuk dibuat. Antaranya ialah kari dhal, nasi briyani telur, kari sayur, kari kambing, nasi lemak khas India, telur kari dan kari ikan. Bahan-bahan yang diperlukan dalam setiap resepi yang dikongsi amatlah mudah. Kadang-kadang bahan-bahan tersebut memang ada di dapur kita. Itulah salah satu punca kenapa Sugu famous dengan cepat.

Seterusnya, Sugu juga ada berkongsi tips-tips hack dapur menarik seperti cara memanggang ikan dengan mudah dan juga cara membersihkan kuali sehingga berkilat. Hal ini demikian kerana ada viewer yang mengatakan Sugu selalu guna kuali baharu sedangkan dia menggunakan teknik yang betul untuk mencuci kuali sehingga berkilat.

Pada tanggal 12 April 2020, Sugu ada berkongsi tentang beliau telah dapat surat dari Google yang mengatakan bahawa beliau telah terima ‘gaji’ dari Youtube. Walaupun Sugu tidak kongsikan berapa jumlah yang beliau dapat, tapi sudah semestinya berbaloi dengan hasil usaha selama ini.

Oleh itu, kepada semua orang yang berniat untuk mengumpul duit kahwin, anda boleh cuba untuk menghasilkan channel Youtube ini. Jangan risau. Cuba dulu. Tidak rugi pun jika mencuba. Mana tahu suatu hari nanti anda juga boleh dapat ribuan ringgit daripada Youtube.

About the Author

Adzrif

Penulis

Seorang 'Wedding Videographer' yang minat melihat detik-detik indah di majlis kahwin. Juga, peminat kopi yang tegar!

View All Articles