Cemburu ialah perasaan atau emosi yang datang dari dalam diri seseorang dan biasanya dikaitkan dengan fikiran negatif seperti perasaan terancam, takut, dan kebimbangan untuk kehilangan sesuatu yang dihargai oleh seseorang, terutamanya apabila ia berkaitan dengan hubungan manusia. Ia boleh jadi sesuatu yang baik dan boleh jadi sesuatu yang buruk jika perasaan cemburu itu tidak dapat dikawal dan melampaui batas.
Cemburu itu boleh tetapi ia perlu berpada-pada. Jangan sampai pasangan merasa bosan dengan sikap cemburu anda yang melampau dan ia boleh menjejaskan hubungan anda dan pasangan.
Jadi bagi mengelakkan sebarang punca pergaduhan berlaku. Jom kenal pasti apa tanda-tanda yang ditunjukkan oleh seorang yang kuat cemburu.
1)Terlalu Masuk Campur
Jika pasangan anda mempunyai kawan yang asyik menyusahkan dia, jangan menghasut dia untuk meninggalkan mereka dan elakkan dari melibatkan diri dalam masalah pasangan anda. Anda tidak sesuai untuk menyatakannya sendiri. Sebaiknya bercakap dengannya secara profesional dan biar dia yang menentukan jalan penyelesaian sendiri.
2)Tidak Beri Ruang
Bagi lelaki, ruang untuk diri sendiri adalah penting. Selain itu, dia memerlukan masa untuk menghabiskan masa bersama rakan sebayanya untuk melakukan perkara yang sama, seperti bersukan dan menonton perlawanan bola sepak. Jangan menghalangnya daripada melakukan perkara yang dia suka lakukan. Beri dia peluang untuk melakukan perkara yang dia suka dan sedikit autonomi.
3)Curiga Sepanjang Masa
kepercaya itu penting dalam perhubungan. Apabila semua perkara yang dilakukannya perlu mendapat persetujuan anda ia akan merimaskan pasangan anda. Tidak semestinya bekerja lewat bererti dia keluar mencari wanita atau lelaki lain. Jadi, letakkan kepercayaan pada pasangan anda agar si dia berasa anda seorang yang memahami.
4)Tidak Suka Dia Habiskan Masa Bersama Rakan-Rakannya
Anda sentiasa melarang dan menghalang pasangan daripada bertemu dengan rakan-rakannya. Ingat bahawa hidupnya bukan untuk anda seorang sahaja. Lelaki tidak suka wanita yang terlalu mengongkong.