Sudah tentu kita ingin mempunyai hubungan yang berkekalan dengan pasangan kita.Walau bagaimanapun, hubungan yang berterusan boleh menyebabkan kebosanan, yang boleh menjejaskan kualiti perhubungan dan malah boleh menyebabkan banyak pergaduhan.
Oleh itu, komunikasi amat penting dalam perhubungan bagi memastikan pasangan anda dalam keadaan baik. Jangan biarkan kata-kata terputus dan anda menyesal di kemudian hari. Tanda-tanda, tingkah laku dan tindakan seseorang yang mula tidak dapat melihat masa depan dengan pasangannya adalah halus, dan mungkin kelihatan normal.
Jadi, jangan terlalu selesa. Pastikan anda mengetahui tentang perubahan dari awal, jadi masih belum terlambat untuk menyelamatkan hubungan anda. Jom kita lihat apa tanda-tanda yang anda boleh lihat sekiranya pasangan anda sudah mula bosan dengan anda.
1)Banyak Mendiamkan Diri
Diam seribu bahasa, tak ada sebab tiba-tiba pasangan anda diam dan tidak mahu bercakap kerana mereka mula rasa tidak berminat dengan hubungan ini lagi. Sikap macam ni mesti diselesaikan dengan cepat dan tidak boleh diabaikan selama berbulan-bulan, ia boleh menjadi keruh dan lama kelamaan kedua-dua akan mula tawar hati.
2)Tidak Berminat Untuk Melihat Anda
Mesti perasaan anda rasa tak tenangkan bila anda lihat pasangan tidak mengendahkan anda lagi, seolah anda tidak wujud dan banyak memberikan alasan walaupun sudah beberapa kali anda cuba untuk mendapatkan perhatian pasangan. Ini boleh dikatakan pasangan anda sudah tidak berminat dengan anda. Sama ada dari segi penampilan mahupun sikap.
3)Lama Membalas Pesanan Ringkas
Perkara ini adalah perkara yang sering berlaku kepada pasangan kekasih yang bergaduh atau hilang begitu sahaja. Kalau setakat baca pesanan ringkas dan tak balas, memang sakit hati. Bagi anda yang mengalami perkara seperti ini, berhati-hatilah. Kesan terburuk yang akan berlaku ialah perpisahan.