Ibu mentua merupakan ibu kepada suami atau isteri anda.
Anda kena faham, setiap orang mempunyai ragam yang berbeza-beza kerana semuanya tidak sama.
Mungkin ibu mentua kawan anda sangat baik kerana sayang kawan anda macam anak mereka sendiri tetapi anda jangan berharap ibu mentua anda juga begitu.
Tapi anda boleh berdoa agar dikurniakan ibu mentua yang baik-baik sahaja.
Hal ini kerana ibu mentua juga merupakan ibu anda apabila anda sudah berkahwin.
Jadi, mari kita selidik perangai-perangai ibu mentua yang mungkin akan anda hadapi apabila berkahwin.
Ntah-ntah ada yang sudah hadapi kerana anda sudah berkahwin.
Tapi kes-kes ini merupakan kes common yang berlaku dalam kalangan pasangan yang sudah berkahwin.
1) Ibu mentua mudah cemburu
Senang sangat cemburu.
Sikit-skit cemburu.
Kalau anda duduk lama sikit dengan suami atau isteri anda, nanti dia cemburu sebab dia rasa dia terabai.
Sedangkan anda juga tanggungjawab suami atau isteri anda.
2) Ibu mentua selalu nak ada dengan isteri atau suami anda
Kes ni berat sikit.
Kalau boleh dua puluh empat jam dan tujuh hari seminggu nak ada sahaja dengan suami atau isteri anda.
Pantang hilang sahaja suami atau isteri anda mesti dia cari.
Kalau biasa-biasa sahaja tahap kejeleketannya, tidak mengapa.
Ni sampai ke bilik tidur pun mahu ikut, parah!
3) Ibu mentua kaki bawang
Kaki bawang atau kepoh.
Semua benda yang dia nampak, dia akan cerita pada ipar-duai anda.
Tidak selesalah kan sebab ibu mentua sendiri kan.
Nanti habis ipar-duai anda akan rasa anda ni teruk padahal cerita yang disampaikan sangat berbeza dengan yang berlaku.
4) Ibu mentua queen control
Semua benda mesti ikut arahan dia.
Kalau tak ikut, nanti akan tarik muncung sejengkal.
Semua benda mesti ikut acuannya walaupun salah.
Aduh, sabar sahajalah pasangan yang menghadapi masalah ini.
Buka mulut karang, dikira kurang ajar.
5) Ibu mentua suka minta wang
Suka sangat minta duit.
Pantang anda muncul depan mata, minta duit.
Kalau betul-betul perlu duit, tidak mengapa.
Anda pun bukanlah kejam sangat tapi kalau dah sebulan sampai separuh gaji anda, anda hendak makan apa?
Pasir?
6) Ibu mentua babling machine
Ibu kuat bebel.
Hal kecil macam tergoreng ayam sampai rangup pun dibebel sampai 5 jam.
Lagi teruk kalau asyik diungkit sepanjang perkahwinan anda.
Itu boleh jadi racun tau dalam perkahwinan.
7) Ibu mentua judgemental
Terlalu judgemental. Sangat kuat.
Anda sebenarnya ambil kisah tentang mentua anda tapi dijudge mahu bodek.
Adui, jika tidak dilayan elok-elok dikata derhaka pula.
Pening kepala anda.
8) Ibu mentua penyibuk terlampau
Penyibuk tu sampai hal dalam kain pun nak tahu.
Kalau setakat cari bahan nak topik tu, anda fahamlah juga.
Ni sampai hal hubungan seks anda dan pasangan pun ingin diketahuinya.
Rimas tau tambah malu.
9) Ibu mentua suka buat drama
Ini perangai yang bahaya.
Contoh, ibu mentua anda memang tidak suka anda.
Anda terlanggar bahu dia.
Tetapi dia punya sakit tu macam anda pukul dia.
Kemudian, dia mengadu pula pada suami atau isteri anda.
Peh, padu beb!
10) Ibu mentua susah dibawa berbincang
Sangat sukar untuk dibawa berbincang.
Kalau ajak bincang, ada sahaja alasan yang diberi dan dia pasti cuba sedaya upaya untuk mengelakkan diri.
Macam belut.
Oleh itu, kalau anda ada ibu mentua begini, berdoalan agar Allah ubah perangainya.
Jika anda belum berkahwin, berdoalah agar anda tidak berjumpa dengan ibu mentua sebegini.
Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.
Kredit Gambar: Sweetpictures