Kalau anda sudah berkahwin, anda bukan kahwin dengan pasangan anda sahaja bahkan anda akan berkahwin dengan seluruh ahli keluarganya termasuklah mentua. Untuk mengambil hati mentua, ikuti tips-tips di bawah :
1) Setuju Sahaja
Angguk dan setuju sahaja dengan apa-apa yang dinyatakan pada anda (asalkan relevan dan mengikuti syarak). Sebagai contoh, ibu mentua anda suka akan tema ‘vantage’ tetapi anda tidak suka. Apabila ibu mentua anda memuji tema itu, anda pun angguk dan setuju. Jangan bangkang dia. Untuk perkara-perkara yang logik, setuju sahaja. Jangan membangkang.
2) Jangan Masuk Campur
Kalau ada apa-apa urusan keluarga yang tidak memerlukan anda memberi apa-apa cadangan, jangan masuk campur dan jangan cakap apa-apa. Jangan terlalu loud dalam keluarga tu. Bersederhana, bercakap untuk sesuatu pandangan apabila diminta sahaja.
3) Jangan Kedekut
Jangan berkira sangat tentang duit. Kalau balik kampung, belilah barang-barang dapur untuk mentua. Kalau balik rumah mentua, kalau ada anak-anak buah tu, belilah jajan-jajan,ais krim atau gula-gula untuk mereka. Jangan balik kampung sahaja menghabiskan beras sahaja.
4) Tunjuk Rajin
Tunjuk rajin sikit. Rajin masak, kemas rumah dan sebagainya. Jangan asik tidur sahaja. Kemudian, cuba-cubalah tanya mentua cara untuk memasak ke, cara untuk mendeko rumah ke, baru mentua rasa “Wah,function nya menantu aku.”
5) Ringankan Mulut
Ringankan mulut untuk bertanya apa-apa tapi jangan pot pet pot pet sampai mentua rimas. Rajin bertanya tapi jangan nampak macam anda menyendeng. Berpada-padalah apabila bercakap dengan mentua. Sembanglah dengan mereka macam anda sembang dengan parents anda.
6) Sayang Mentua
Sayang mentua macam anda sayang ibu bapa anda kerana pangkat mereka sudah jadi ibu bapa kedua anda. Anda patut hormat macam anda hormat ibu bapa. Sayanglah mereka macam anda sayang ibu bapa anda.
7) Beri Hadiah
Beri hadiah kepada mentua kalau balik rumah mereka atau hantar secara delivery. Pasti mereka akan rasa dihargai dan rasa lebih gembira untuk mempunyai anda sebagai menantu. Bagi hadiah benda yang mentua suka.
8) Bawa Diri Sendiri
Pandai-pandai bawa diri sendiri di rumah mentua. Janganlah diam sahaja. Pandai-pandailah bersembang dengan ipar-duai dan mentua. Jangan asyik berkepit dengan suami dan senyap sahaja. Bawak diri dan terima mereka sebagai keluarga anda juga.
9) Dahulukan Mentua
Apa-apa pun, dahulukan mentua atas segala-galanya kalau balik rumah. Contohnya, kalau pergi keluar naik kereta, kalau mentua nak duduk depan, bagilah dia duduk depan. Tidak mengapa jika anda duduk di belakang. Tidak rugi apa-apa pun.
10) Jangan Ambil Kesempatan
Kalau dapat mentua yang baik, tolong jangan ambil kesempatan. Hargai mereka. Layan mereka elok-elok. Jangan kurang ajar dan jangan pijak mereka kalau mereka baik. Bersyukurlah jika anda mempunyai mentua yang baik.
Apa-apa pun, berdoalah banyak-banyak kepada Allah supaya dikurniakan mentua, pasangan dan keluarga mentua yang baik. Semoga segala-galanya dipermudahkan.