Kematangan bukan diukur pada usia, tetapi diukur dengan bagaimana cara kita berfikir. Cara kita berfikir tu sebenarnya penting kerana ia mencorakkan tindakan kita selepas itu. Pernah tak korang tertanya tanya selama korang hidup dengan pasangan korang adakah korang sebenarnya berada dalam hubungan yang matang? Penting sangat ke kematangan dalam sesebuah perhubungan? Jawapannya, mestilah ya! penting. Jom kita tengok apa ciri ciri kita berada dalam sesebuah hubungan yang matang.

1. Selesaikan masalah dan pergaduhan dengan cara yang baik

Pasangan yang matang adalah pasangan yang bijak berkomunikasi dan tidak bertindak mengikutkan emosi dan perasaan. Menyelesaikan masalah dengan baik adalah satu hal yang perlu dipraktikkan dalam setiap perhubungan demi untuk menjaga keharmonian dalam hubungan. Kalau kita sering bergaduh dan bertindak mengikutkan emosi, siapkanlah diri kita untuk hadapi keadaan yang akan jadi lebih teruk, perbincangan yang baik, komunikasi yang baik dan kerjasama yang baik akan membantu kita untuk menyelesaikan masalah dalam perhubungan dengan kadar masa yang pendek, kalau kita bergaduh dengan simpan ego, keras kepala dan bertindak mengikutkan kemarahan, kita seolah olah merosakkan hubungan yang kita bina.

2. Bijak memberi masa & ruang untuk diri masing – masing

Pasangan yang matang tidak akan selalu memaksa keadaan untuk sentiasa bersama malah lebih memilih untuk memahami keadaan pasangan. Mereka bijak dalam mengatur masa dan membezakan priority dalam kehidupan seharian mereka. Apa yang kita dapat lihat pada zaman sekarang ni, ramai pasangan yang gagal memahami masa dan waktu antara satu sama lain, kita harus faham masa kita dengan paangan tak selalunya sama, jangan pentingkan diri dan faham setiap situasi perhubungan dan berikan semangat kepada kerjaya dan hobi pasangan.

3. Setia

Orang yang serious dalam perhubungan akan cukup dengan seorang, maksudnya hanya setia dengan pasangan dan tak ada istilah scandal. Orang matang ni dia tau apa yang perlu dia buat dan apa yang perlu dia fokus tak perlu raih perhatian orang lain dan hanya fokus pada pasangan mereka.

Kematangan ini perlu ada dalam setiap diri setiap orang, setiap hari kita perlu belajar dan perbaiki setiap kesilapan yang pernah kita buat, dari sini kita mula belajar untuk menjadi seorang yang lebih matang, perhubungan yang kekal dan bahagia memerlukan kematangan diri yang tinggi, tanpa kematangan hubungan akan mudah goyah, ingat korang, kematangan itu sebuah proses